Travel

Saturday, October 11, 2014

In Cafe di Damansara Perdana ~ Organic Food

Hari ni Mama ada training CWA ( CIMB Wealth Advisor) unit trust kat Damansara Perdana. Mama baru dapat lesen unit trust consultant/ejen pada 2 October 2014 dan hari ni official training yang pertama. Banyak lagi yang Mama nak belajar pasal investment nih dan banyak ilmu Mama dapat pasal sales & investment. 

Waktu lunch, Mama dan 2 member baru jalan-jalan area situ cari makan. Jumpa 1 small cafe yang menarik. Sebab takde dah kedai makan yang lain, kami decide makan kat situ. 

Tengok menunya kat papan hitam kat dinding tu. Baru perasan semuanya menu organic. Interesting! Mula-mula Mama nak try "wafu carbonara" dari menu Organic Pasta. Tapi dah habis plak. So tukar ke "Soba Miso Noodle - Gluten Free" ( gluten tu apa tak tau.. Hahahah). Air plak, GOM (pun tak tau ape benda. Tapi campuran apple & lemon. 

Decoration cafe ni sangat menarik. Terasa macam duk tepi pantai pun ada. 
Teringin nak datang lagi nak rasa dessert & coffee dia. Cam mana agaknya rasa "organic" tu.

Jenuh mendongak tengok menu.

Itu tukang masaknya. Dapur kecik, lama gak nak tunggu makanan sebab depa masak 1-1 kut.

Kawan baru - Murni & Dilla.
Air tu staw nya BULUH!! besor lubangnya.. susah nak sedut. Hahahha
Fresh juice - GOM ( apple & lemon ) RM12.90
Ice blended - chocolate RM13.00
Acai Berry dlm kotak - x tengok plak harga.

Soba Miso Noodle ( RM20 ) - soba(mee jepun) yang di masukkan dalam miso sup (biasa miso sup ni pelengkap makan ngan nasi). On top nya ada slice chicken. Overall Mama suka!!

Ini Dilla yg order " Banh Mi Style Sandwich with Organic Baguette" RM22.90 (beef)

Dalam sandwich yang telah dibedah siasat. Hehehe..
Ada beef slice, pelbagai jenis fresh vege & herb yang tak tau nama. 


Bleh tambah gula ka garam ka kalau tak cukup rasa.

Menu coffee & teas.

Perabot dalam cafe yang rare.

Minggu depan ada training lagi. Dah terbayang nak makan kek organic nya tu. 
Nanti Mama cerita lagi ye. 

1 comment:

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget