Travel

Tuesday, October 29, 2013

Japan Trip : Rinku Premium Outlet

Selesai check-in di Nikko Hotel dan membersihkan diri, masa untuk ke Rinku Premium Outlet. Rinku cuba berjarakkan 1 stesen dengan Kansai Airport, memang dari awal lagi Mama dah masukkan Rinku    Premium Outlet dalam jadual.

Disebabkan sepanjang berada di Jepun ni guna kereta sewa, jadi anak-anak Mama belum merasa naik densya(keretapi) lagi.

Beli tiket keretapi.. Terkial-kial.. Huhuhu

Posing dengan Makwan.

Family picture without Aisya & Amna.

First time Papa nak kendung Ali dengan baby wrapping. Cool kan? :)

Ali yang sangat comel & comfortable dalam kendongan Papa.


Sampai dah... Dari jauh dah nampak Seacle ni. Kalau siang boleh la kita naik. Tapi dah malam, dah tutup. ( errrr....baru pukul 8.30pm )

Yeaahhh!! Jauh jugak nak berjalan dari Stesen ke Premium Outlet ni.. Ditambah dengan cuaca yang sejuk gini. grrrrrgggrrrr... Gigil jugak la.

Ini tempat yang Mama nak pegi sangat ni.. Tambah plak dapat voucher diskaun dari Untie Anis..tak sabar nak shopping!!
TAPI malangnya dah TUTUP!! Uwaaaaaaaa!!!!!! Sangat kuyashiiiii.. Semua kedai tutup pukul 8.00malam. Cuma dapat pandang handbag idaman dari dinding kaca......

Kesedihan Mama terubat dengan restaurant ini - SAIZERIYA. Nasib baik restaurant kat sini tutup pukul 10.00 malam. Dapatlah dinner kat Saizeriya malam ni. 
Saizeriya memang restaurant favorite Mama Papa. (Rasanya bukan Mama & Papa je.. Semua student Malaysia kut). Spaghetynya memang sedap dan harga berpatutan. Minum boleh refill plak tu..Kat sinilah Mama kenal Cappucino. 

Menu bergambar yang memudahkan Aisya & Amna mengorder.

All time favorite - shrimp sarada.

Kinoko Pizza

Seafood Spagethy

Squid Ink Spagethy - sedap niiiii... Aisya & Amna takut tengok spagethy nih. Kihkihkih

Drink bar. Bleh pilih nak minum apa.. Minum sampai kembung.

Total dinner malam ni. Berpatutan kan?

Licin semuanya.. Memang kelaparan. Huhuhu

Last posing.

Anak-anak Mama yang berlari je kejenya..

Menunggu keretapi kembali ke Kansai Airport.

Train tak ramai orang, duduk kerusi panjang sorang satu. Huhuhu

Lengang...

Dari stesen ke bangunan hotel.

Hotel Nikko Kansai Airport. Masa untuk berehat. Malam terakhir di Jepun. 

Memang tak puas, banyak lagi tempat nak pegi.. Banyak lagi makanan yang tak sempat nak makan. Tapi rezeki sampai di sini saja.
Sehingga berjumpa lagi.. InsyaAllah kalau ada rezeki.

3 comments:

  1. bestnya saizeriya...

    ReplyDelete
  2. bestnya saizeriya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best kan Saizeriya...natsukashi

      Delete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget