Travel

Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Tuesday, August 12, 2014

DIY : Crumple Shawl Sequin Lace yang Glam♡

Bahan:
1 helai crumple shawl : RM15
6cm x 150cm sequince lace : lebih kurang RM6.125 ( semeter rm98, sy beli setengah meter - letak kat baju raya anak-anak. Ada banyak lebih lagi)

Cara-cara:
1) Potong sequince lace ikut lebar yang dikehendaki. 
2) Semat sequince lace pada crumple shawl dengan peniti. Seelok-eloknya dalam 6cm-10cm dari tepi shawl. Supaya sequince lace elok terletak atas kepala.
3)Jahit dengan mesin perlahan-lahan. Pastikan gunakan benang warna sama dengan sequince lace.
Siap! Shawl anda sekarang lebih glam!! :)

*saya bukan tukang jahit profesional, cara saya mungkin salah atau kurang tepat :)







Monday, February 03, 2014

DIY : Kufi Art ~ Perhiasan Dinding

Hari ni mood DIY membuak-buak.. Tengok dindingku yang kosong kosong kosong mula la otak duk laju berputar-putar mencari idea nak semakkan dengan apa dinding nih. Hehehe.. Dulu letak gambar kawin dengan frame DIY dari kotak plastik CD tu..(lupa plak nak amik gambo..isk!) bila dah cat dinding baru, mestilah nak letak benda baru plak kan.

Tenung-tenung dinding ni, takde pun ayat Al-Quran. Terus teringat "Allah" "Muhammad" dalam tulisan kufi. Google sat and jumpa tulisan yang dicari-cari. Petak-petak je tulisan kufi ni, boleh buat nih. Minta kat Aisya buku matematik, try sketch ikut petak-petak dia. 

Tengok gambo lah, senang nak citer (^^)

Berkenan kombinasi warna nih.
Gambar kredit : Google

Gambar ni sebagai panduan.
Gambar kredit : Google



Trial ikut petak-petak buku matematik. Senang bangeetttt!!!


Buat dalam skala yang lebih besar. Sebab nak letak dalam frame. Acu kat frame tu, OK la size ni. Lebar 3 kotak buku matematik.


Dah siap lukis, terus gunting dan lekat kat kertas. Mula-mula letak kat kertas hitam ni, sebab banyak beli kertas ni hari tu.


Masa untuk tebuk-tebuk pulak. Beg kertas maxis kaler hijau jadi mangsa. Sebab frame yang ada kaler hijau dan pink. Jadi nak guna kombinasi 2 kaler tu lah. Tapi kertas kaler pink takde. Masa nih teringat beg kertas Ariani. Malangnya takdak! Takpe, pikir lain kali. Settle hat ni dulu.


Masa untuk tampal-tampal. Boleh je nak lukis terus guna kertas kaler hijau ni, tak yah tampal2. Tapi macam tak advanture dan kurang nilai2 kekreatifan tu.. Ekekekek


Scene tukang sebuk mesti ada, selagi tak siap. Kononnya memang nak suruh Amna @ Aisya siapkan kolaj sisik ikan nih. Tapi baru buat dua baris dah penat. Ate ca ne...


Asalnya nak buat latar belakang hitam tapi malangnya, bila diframekan, tak naik plak warna hijau tu. So, tukar plan. Gunting balik and tampal kat kertas putih. Dan ini lah hasilnya.

Untuk "Muhammad", kena tunggu kertas warna pink lah. Tungguuuuuu....







Monday, March 11, 2013

Shawl Project : AMBRYNAA Shawl

Selepas belajar jahit manik baru-baru ni, SC dah plan macam-macam nak jahit.
SC nak tumpukan perhatian pada jahit manik pada shawl sebab SC sangat suka shawl❤

Project Shawl pertama ni, SC namakan AMBRYNAA shawl. Gabungan lace & manik. SC gunakan shawl halfmoon plain warna shocking pink & lace warna hijau. Hari ni SC cuma dapat jahit lace pada shawl, manik belum lagi.

Dah siap nanti SC upload lagi yer. Tak sabar nak siapkan! :)

Tuesday, September 11, 2012

D.I.Y Project : Bunga Lollipop di Baju Kurung Moden

Lollipop Flower kembali lagi!! Kali ni BESAR punya dijahit di bahu baju kurung moden.

Idea ni tercetus bila termenung (tak la termenung sangat) tengok dress Pink Fushia yang dah lama beli kat Poplook tak terpakai-pakai lagi ( yang order baru pun ader lagi!! Huhu) Di sebabkan kaler dan patern yang agak GLAM di mataku ini.. Takde occasion yang seswai.

Tiba-tiba datang ilham nak pakai dengan baju kurung moden aka baju rayaku yg agak pendek tu pegi open house raya.Tapi bila dipadankan baju warna coklat dan kain warna pink, macam takde connection. Maka wayar otak ku yang masih berhubung ni terus bagi ilham buat bunga Lollipop dari lebihan kain satin shawl ari tuh.

Maka dengan kelam kabutnya kain di gunting, di bakar dan di jahit. Dan jadi lah bunga Lollipop sebesar tapak tangan. Memang dari jauh dah nampak lah bunga tu.. Kihkihkihkih..

Cam mana? Glamer tak baju open house ku? Hehe

D.I.Y Project : Lollipop Flower Kurung Moden

Lollipop Flower kembali lagi!! Kali ni BESAR punya dijahit di bahu baju kurung moden.

Idea ni tercetus bila termenung (tak la termenung sangat) tengok dress Pink Fushia yang dah lama beli kat Poplook tak terpakai-pakai lagi ( yang order baru pun ader lagi!! Huhu) Di sebabkan kaler dan patern yang agak GLAM di mataku ini.. Takde occasion yang seswai.

Tiba-tiba datang ilham nak pakai dengan baju kurung moden aka baju rayaku yg agak pendek tu pegi open house raya.Tapi bila dipadankan baju warna coklat dan kain warna pink, macam takde connection. Maka wayar otak ku yang masih berhubung ni terus bagi ilham buat bunga Lollipop dari lebihan kain satin shawl ari tuh.

Maka dengan kelam kabutnya kain di gunting, di bakar dan di jahit. Dan jadi lah bunga Lollipop sebesar tapak tangan. Memang dari jauh dah nampak lah bunga tu.. Kihkihkihkih..

Cam mana? Glamer tak baju open house ku? Hehe

Saturday, September 01, 2012

D.I.Y project : Shawl Lollipop Flower

Pertama kali buat shawl. Kain material satin benang hitam, so warna belakang tudung gelap sikit. Boleh pakai vice versa. Tepi kain bakar dengan api lilin jer.. Hehehe..

Ditambah perhiasan bunga lollipop dari kain yang sama. Cara nak buat saya tengok tutorial dari youtube ;p.

Ada lagi kain untuk buat shawl ni. Seronok plak rasenyer.

Cam mana OK tak?

Friday, August 31, 2012

DUIT RAYA SIMPAN KE BELANJE?

Apa nak buat dengan duit raya Amyras & 'Ali? Aisya awal-awal dah request nak pegi Kidzania. Sebelum ni Mama minta Aisya kumpul duit untuk tiket masuk semua orang. Huhuhu...
Amna nak beli Barbie.

Tak leh layan sangat nafsu mainan anak-anak ni.. Heheh. So, hari ni Papa & Mama amik cuti pegi Tabung Haji simpan duit raya Amyras & buka akaun 'Ali. Kebanyakan yang datang Tabung Haji hari ni simpan duit raya anak-anak. Papa lak request penyata Tabung Haji.

Selesai urusan di Tabung Haji, pergi CIMB bank. Buka akaun SSPN untuk anak-anak. Lenguh woo nak mengisi 4 borang.. Huhu. Minimum untuk buka akaun RM20 jer. Staf bank yg jaga kaunter kata tak perlu isi sampai 4 borang. 2 borang jer.. 1 borang utk pendeposit + anak pertama. 2 borang untuk anak anak yg lain. Mana la tau kan.. Staf yg bagi borang tu la yg salah. Uhuk!!

Selesai urusan di bank, pegi JPJ plak. Papa nak buat International Driving License. Kena bawa gambar passport size, Malaysia Driving License, Mykad & RM150. International Driving License ni boleh pakai setahun. Tak ramai orang di JPJ Kuala Kubu, so tak lama la menunggu.

OK.. Settle dah urusan yang wajib2 ni. Masa untuk isi perut. Sementara tu sempat jugak Mama & Papa posing style Lisa&Yusry... Kekkekeke

Lepas makan, singgah jap kat butik Radiusite... Hmmmm x de yang menarik. Pegi Nagoya plak.. Beli kain nak buat shawl sendiri kononnya! Tengok la menjadi ke tidak... Kekeke



Daisypath Anniversary tickers