Travel

Showing posts with label opis. Show all posts
Showing posts with label opis. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

Upacara Meletak Batu Asas Kilang Baharu Perodua dan Pelancaran Model 'S' Series Perodua

Hari ini sempena sambutan 20 tahun Perodua, ada event besar kat Perodua. Buat julung-julung kalinya pelancaran model kereta di buat di Perodua. Biasanya dibuat di hotel. Kali ni buat kat padang Perodua, pasang khemah besaarrrr punya, boleh muat 5 ribu lebih orang dalam khemah tu.

Walaupun kepanasan duk dalam khemah tu, tapi excited nak tengok perasmian model 'S' series mengatasi segalanya. Cewah!!

Duduk depan skrin besar. So, amik gambar dari skrin besar jer la. Sebab khemah depan pentas utama dah penuh.

Mama tak reti nak cerita pasal kereta ni..apa beza 'S' series dengan model yang sedia ada? Itu kena tengok sendiri kat Perodua outlet atau layari www.perodua.com.my

Yang Mama tau, warna specialnya Ozy Orange. Sekali pandang macam kaler merah, tapi lain. Ada banyak ciri-ciri tambahan tapi harga boleh dapat dari 25 ribu.

















Friday, January 11, 2013

10 Tahun ~ already??

Sempena 10 tahun perkhidmatan di syarikat yang gemilang ni, Mama & Papa dapat hadiah. Mama pilih jam tangan Tissot dan Papa pilih digital camera Canon. Antara pilihan hadiah yang lain:
1) set pinggan mangkuk ( errr.. Macam org tue jer paternnya.. Tak minat )
2) microwave ( kat umah dah ade )
3) Jam tangan ( ada beberapa jenama, tapi Tissot la paling glamer kut )
4) digital camera ( ada 2 pilihan jenama )

Tak banyak pilihan puuunnn :( , so blasah jer la amik jam tu. Tahun-tahun sebelum ni ada rantai tangan emas & loket emas. Dah target nak amik tu. Tapi malangnya. Tahun ni takde sebab harga emas mahal. Sob!sob!sob!

Nak citer la sikit pasal sejarah kerje kat sini. Balik dari belajar, dapat kerja kat Shah Alam. Tapi tak sampai setahun kerja kilang Jepun tu nak tutup. Kilang kecik jer.. Total staff tak sampai 100 orang pun. Heheh.... Lepas kilang ni inform nak tutup, dapat call dari JAC ( recruitment company) tanya berminat tak nak pegi interview automotive company. Jadi, hari interview Mama amik cuti half day ( punya la baik masa tu.. Amik jer la cuti 1 hari kan? Heheh ). Siap tulis reason ' interview ' kat borang cuti. Hahhaha!!

Masa datang interview macam biasa la pakai baju kurung pakai highheels. Mana nak tau kena masuk dalam kilang kan? Sebenarnya ada 3 org candidate, tapi yang datang 2 orang jer. En HR bawak masuk dalam kilang. Mak oiii jauhnya kena jalan kaki. Sampai ofis kena buka kasut plak. Isi borang, lepas tu pegi bilik interview kat office sebelah. Ofis sebelah boleh pakai kasut pulak! Kasut dah tinggal kat pintu sana. Kaki ayam jer lah!

Yang menginterview adalah En. HR ( tukang amik kat guard tadi ), Cik Manager ( HR Manager masa ni, skrang dah GM) & En. GM ( GM Logistic masa ni )
En. GM testing nihonggo - tanya 2 perkataan yang biasa guna dalam kilang. 2-2 perkataan tak tau!! Hahhahah..
Bila ditanya ada apa-apa soalan tak? Mama pun tanya la.. Ada japanese allowance tak? Nak tau Cik HR Manager jawab apa? "Sini bukan penterjemahan negara" #sentap!

Dipendekkan cerita, Mama diterima.. Siap minta masuk cepat. Kalau ikutkan Mama nak stay kat Shah Alam sampai kilang kat Shah Alam tutup. Dapat la banyak sikit pampasan. Tapi sebab kilang kat Rawang ni minta masuk cepat, maka pada 21 January 2002, bermula lah Mama bekerja di sini dengan memakai uniform serba putih macam amah hospital.

Papa masuk bulan May 2002, Mama
happy sangat sebab Papa kerja 1 company. So, bermulalah ke'belangkas'an, pegi balik kerja sama. Lepas balik kerja terus dinner kat kedai sambil tengok 'Winter Sonata'.
Nasib baik dept jauh-jauh. Kalau tak mau breakfast, lunch, tea break pun sama. Hehhehe

Selama 10 tahun ni, Mama merasa la di lambung-lambung ke department lain.
Jan 2002 - May 2009 : CMK (boss cool & best gila!! Tapi boss kena transfer dept lain plak...sedih sangat2!!)
May 2009 - May 2010 : VID (bosan, sebab boss banyak keje kat luar jer. Opis pun jauh dengan dept mate yg lain)
May 2010 - April 2012 : HR (new job scope. Banyak belajar benda baru, very good experience. Tapi tak kena dengan jiwa)
April 2012 - terkini : MDO

Sebulan pertama kerja memang boring gila! Takde kawan, dah la opis asing dengan staff lain. Housemate plak hari-hari tenet... Tunang Mama tak balik dari Jepun lagi masa ni (Papa la tu..) Memang bosan gila. Siap dah print surat berenti kerja!! Tapi arwah emak tak putus-putus minta Mama bersabar. Tup-tup 10 tahun dah kerja. Huhuhu...

Setahun-dua yang pertama memang rasa kerja ni tak mencabar langsung.. Memang selalu usha-usha internal vacancy kat HR tapi masa ni HR jarang open vacancy kat internal staff. Asik amik external jer.
Bila dah masuk 4-5 tahun, rasa selesa sangat buat kerja ni.. Memang niat nak kerja sampai pencen lah kat sini. Bonus tiap2 tahun pun banyak!
Tapi panas tak sampai ke petang, boss dah abis contract. Sementara tunggu boss baru, Mama tergantung tak bertali.. Cewah! Tiba-tiba jer dapat surat transfer department lain. Memang tak pernah terpikir nak pindah department. Mula-mula memang tak nak pegi, tapi bila difikir-fikirkan mungkin ini yang terbaik. Tapi rasa sedih masa tu, kenapa HR tak explain dulu, kenapa terus bagi surat. Memanglah company berhak transfer staff kemana-mana, tapi apasalahnya kalau bagi hint2 kan. Tapi siapa la kita, kuli cuma.. Ikut jer lah..

Bila boss kat VID abis contract, Mama di transfer 'sementara' di HR. Lepas 6 bulan dapat surat permenant pulak....layan jer.

Bila ada vacancy kat MDO, Mama apply dan pegi interview. Untuk jawatan ni banyak 'drama' jugak..
Alhamdulillah, Mama dapat & masih bertahan... Tapi sampai bila tu, tunggu dan lihat.. Huhuhu...Semoga diberi kekuatan... Amin!






Saturday, September 22, 2012

Potluck - Kiwi Panna Cotta

Wahhhh..bunyinya kemain lagi....apekebenda cotta cotta nih? ekekkek
Dari sumber pakcik google, Panna Cotta ni maknanya Cooked Cream. Dessert dari Italy.
Ini semua Untie Shequeen  punya pasal. Disebabkan kesedapan Kiwi Panna Cotta yang Untie Shequeen bagi pada Mama..Mama terus terjebak nak try jugak. Sebenarnya rasa dia lebih kurang agar-agar susu..takpun dadih susu...tapi sebab guna gelatin dan whipping cream...terus jadi Italiano..hehhe
 
Sempena majlis sambutan raya ngan kawan-kawan Mama di opis, Mama nak cuba la buat Kiwi Panna Cotta ni. Sebelum nih Mama try buat Manggo Panna Cotta...rasanya Manggo lagi sedap kut....
Mama tak ingat dah original resepi Mama amik kat mana, tapi cenggini la yang Mama buat.
 
Bahan-bahan:
1 cup (200ml) susu segar
1 cup (200ml) whipping cream
2 sudu besar gula
2 sudu kecil gelatin (dilarutkan dalam air panas)
1 sudu kecil essen vanilla
 
2 biji buah kiwi
1 sudu kecil gelatin (dicairkan dalam air panas)
1 sudu besar gula
 
Cara Memasak:
Buang kulit Kiwi, kisar1 biji kiwi  bersama gula dan sebiji lagi dipotong dadu. Masakkiwi yg dikisar  sekejap atas api dan masukkan gelatin yg sudah dicairkan. Setkan dalam bekas lutsinar. Mama guna bekas dadih. Masukkan dalam peti ais. Mama letak tempat beku.
 
Untuk bahagian susunya pula..campurkan semua bahan kecuali gelatin dan essen vanilla. Bila gula dah larut dan ada buble sikit, tutup api. Masukkan essen vanilla dan gelatin. Keluarkan kiwi dari peti ais dan masukkan campuran susu. Simpan semula dalam peti ais di bahagian bawah. Kalau atas nanti jadi ais batu pulak. Panna Cotta ni memakan masa nak beku..lebih kurang 4 jam. Jadi bersabar yer. Mama mula-mula takut tak jadi..setiap jam check peti ais...ekeke
Bila dah beku, boleh la letak kiwi yg dipotong dadu di atasnya.
Mama nak buat guna strawberry sebenarnya..tapi kat BB nih hampeh..strawberry pun takder! hehhe
 
 
Kiwi Panna Cotta

Kiri : Manggo Castard with Yogurt by Kak Ayu. Kanan : Gebukan nampak Tart Nenas tu...nyummmmm!!

Kiri : Meehun goreng Hijas. Kanan : Bolognese Spagethy by Su

Atas : Sambal Tumis Udang Terangkat dari Yattie. Bawah : Wedges & Fun Fries dari Abg Halim.

Atas : Ayam Rendang dari Abg Halim. Bawah : Daging Rendang dari Kak Hana.

Saturday, September 08, 2012

SAMBUTAN HARI RAYA DI OFIS MAMA

Setiap tahun ofis 'sebelah' akan buat open house sempena sambutan Aidilfitri. Seronok betul tengok decoration setiap floor. Semakin kreatif dan semakin menarik.

Paling Mama suka decoration ala2 rumah kampung. Ada jala, kawah, tempayan, hidangan kueh2 ala2 kampung. Memang cantik!!
Sakan Mama & kawan-kawan berposing.

Makanan jangan cakap la.. Tiap2 floor lain2 menunya. Kalau makan semua memang boleh pecah perut. Yang paling terkesan dan melekat diingatan Mama ni ubi rebus dan sambal tumbuk ikan bilis. Sedapnyaaaa... Tahun lepas pun ada jugak. Masih segar diingatan. Hehe

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah menjemput dan menjamu. Semua makanan sedap-sedap belaka. Tahun depan jemput lagi yer :)


Daisypath Anniversary tickers