Travel

Showing posts with label Universal Studio Singapore. Show all posts
Showing posts with label Universal Studio Singapore. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

Universal Studio Singapore 3D2N : Day 3 ~ Masa untuk balik dah.....

Hari ke 3 di Johor Bahru. nak balik dah ari ni..
Lena betul tido, penat punya pasal..huhuhu

Pagi sarapan pagi kat Salt & Pepper Cafe. Takde selera sangat nak makan banyak2 hari ni. Menu pun sama jer macam semalam. Nasi lemak, bihun goreng etc. Nasi lemak tu OK la kut hari2 ada. Tapi macam bihun goreng tu, tukar la hari ni mee goreng ker..keutiaw goreng keeerrrr...isk! Tak variasi sungguh!

Aimy makan roti sambil layan Angry Bird. rosakkk..rosakkk..


Mak oiii...happy nya muka :)



Mama makan ni je pagi ni..roti jer..


Papa berselera mama tengok, makan nasi lemak, bihun goreng. Roti cicah telur separuh masak lagi..


Rasa cam tak kenyang plak akan roti jer..try makan bubur....hmmmm..failed!! Tak sedap. :(


Babai Salt & Pepper Cafe. Ini kali terakhir kut jejak kaki kat sini.


Lepas makan, bdak-bdak layan mandi kolam plak.


Aisya kata kolam nih kecik...ambooiii..nak besor mana lagi sayang ooiiii....

Muka happy dapat mandi kolam.

Jam pukul 10.30 pagi, tapi panas terik!
Posted by Picasa
Masa untuk check-out.

On d way balik, singgah kat R&R Ayer Keroh. Mak ooiii punya la banyak lalat!! Masa datang singgah kat R&R Pagoh pun banyak lalat! Tapi kat Ayer Keroh nih laaaaagiiiiii banyak! Tak lalu nak makan kat sini....
Kenapa R&R blah Selatan ni banyak lalat? Dah lah rekabentuk kurang menarik...
Rasanya elok lagi R&R arah Utara macam R&R Tapah & R&R Ulu Bernam.

Tamat sudah percutian 3 hari 2 malam :)

Thursday, November 17, 2011

Universal Studio Singapore 3D2N : Day 2 ~ Part 5 Aduhhhh...letihnyaaa!!

Keseronokan di USS belum berakhir lagi...
Tapi dah pukul 5.00 petang, memang tak larat dah sebenornya,
pikir nak rehat duk lam aircond jer nih...tapi ada 2 jam lagi sebelum USS tutup.
Last zone adalah New York. Kat sini tgk Light, Camera, Action! : Presented by Steven Spielberg.
Penonton dapat rasa suasana, hurricane, bangunan nak runtuh, letupan..dan paling gerun..tetiba ada kapal besar macam nak langgar penonton..terkejut mak! hehehe
Kat New York ni tak nampak plak karektor keluar :(...sepatutnya boleh jumpa Marilyn Monroe..tapi tak de punnnn....

Papa konon nak naik cab la tu.. :)
 
Kat New York nih ada satu kedai souviner jual topi. Kat luarnya memang diletak topi2, sapa2 boleh posing tuk amik gambar. Comel tengok bebudak nih pakai topi yang bermacam2.

kemain posing Aisya & Amna :)

Pukul 5.30 petang, ada Madagascar Boogie!, tapi Papa dah tak larat (sebab mendukung Aimy). Ajak pegi minum jer. So, pegi minum petang kat Celebrity Cafe & Bakery.

Bahagianya dapat minum ice cafe latte~~~!! Tambah plak dengan Pecan Tart with Vanilla ice cream.. MmMm..shiawaseee...Pecan Tart tu ada 2 slice, tak abis pun. 1 slice bawak balik :)..sampai ke rumah Bukit Beruntung Mama bawak...huhuhu.. Papa minum Chocholate Peanut Shake dengan Wafer with Chocholate Ice cream. Aisya & Amna pula, Strawberry Shake.

 
Muka happy dapat dessert!

Amna yang amik gambar2 ni

Lepas abis lepak2 makan dessert, pegi kedai souviner beli souviner sikit.
Untuk Papa & anak2, beli Polo t-shirt SGD30 for 2 lai. T-shirt paling murah yang Mama jumpa. Tapi kaler tak banyak choice la. Kaler pink & hijau ajer yang ada. Papa nak sedondon ngan bdak2, pun amik PINK jugak! huhuhuhu..

Souviner lain, Mama beli fridge magnet, paling murah harga SGD3.90. Tapi design tak banyak choice la...USS kena perbanyakkan lagi design. Souviner lain tak menarik perhatian Mama sangat macam mug, payung, pencil, pen etc. Lagipun budget ciput kan...huhuhu....Seb baik Mama peknen, so tak der perasaan nak beli baju tuk diri sendiri. Tuk diri sendiri pun beli fridge magnet jer...huhuhu
Pukul 7.00 malam, USS tutup (week days). Staff USS dah start beratur & ucap bye bye pada semua guest.

Masa menunggu ke pukul 7.00 malam tu, Amna main2 berlari2 sampai terjatuh. Mama buat tak tau jer, tengok jer dari jauh..dah biasa sangat Amna main2 sampai jatuh ni. Tapi ada staff USS datang tolong Amna..alamak! hehhe..Papa pun pegi la tengok. Sikunya luka sikit, staff USS bawak pegi masuk Guest Service tuk dapatkan rawatan. Papa kena interview, jatuh pasal apa, pakai kasut apa etc.


Pemandangan waktu malam

Janji dengan Mr. Ah Ken nak balik pukul 8.00 malam. Ada 1 jam lagi, so jalan2 pusing keliling Sentosa World tu. Ada kedai gula2 besar sangat! Candylicious, rasanya macam pernah tengok kat TV. Kimora buat party harijadi anaknya kat kedai Candylicious ni. tapi bukan la kat Singapore. Mama tengok dari luar jer. Decoration kat luarnya cantik sangat. Ada pokok2 candy, ada chocholate bar besar...Aisya & Amna seronok posing. Mama memang tak nak masuk dalam. Takut over budget masuk lam tu nanti...hahahaha!

 
Seb baik la bdak2 ni tak meraung ajak masuk ke dalam :)

Pusing2 lagi, nampak Hard Rock Cafe plak. Amik gambar dari jauh jer la...pun takut nak masuk..nanti over budget...ekekkeke

 
Bdak2 nih happy jer berlari sana-sini..tak penat ker?

Tepat pukul 8.00 malam, tunggu kat parking tempat sampai pagi tadi tunggu Mr. Ah Ken. Lambat jugak Mr. Ah Ken sampai. Kalau naik bas kena tunggu sampai pukul 10.00 malam. Apa la nak buat sampai koi 10.00 malam tu...seb baik naik keta...buat tukar2 jadual.

On the way balik ke JB. Mula2 lalu Singapore Kastam. Jem oooo nak sampai ke Kastam ni. Nasib baik Mr. Ah Ken dah biasa menciluk2. Masa jem tu, Mama terperasan ada signboard, untuk kereta Singapore, minyak kereta kena lebih dari takuk separuh. Kalau tak kena denda SGD500!!

Macam lalu Kastam pagi tadi, pegawai keluar dari booth dan panggil nama sorang2. Lepas tu kaunter lain plak, kena periksa bonet kereta. Driver kena turun dan bukakkan bonet belakang.
Lepas tu, lalu kat Kastam Malaysia, kat sini Mama & Papa terkejut sebab sekejap sangat! Pegawai tak tengok pun passport2 tu. Mr. Ah Ken hulur passport, dia susun 7 passport tu. Prapp!Prapp!..Hulur balik kat Mr. Ah Ken. Laaa...macam tu jer? hehhehe...

Aisya & Amna awal2 dah lelap. Tinggal Aimy ralit tengok lampu, maklum la petang tadi dah tido.
Sampai kat hotel, mandi2 terus tido. Ikutkan Papa nak ajak pegi makan Ayam Penyet.
Tapi dah tak daya dah Mama..huhuhu..

Kalau nak gi USS, malam memang kena stay kat Singapore atau JB. Jangan la malam tu balik terus ke KL. memang tak larat weeehhhhh! :)


Tuesday, November 15, 2011

Universal Studio Singapore Trip 3D2N : Day 2 ~ Part 4 Papaaaaa!!! Tolonggggg!!!

Papaaa!!!
Tolong !! Frankenstein tangkap Amna!!


Tolongggggg!!! Mama pun kena tangkap dengan Frankenstein!!
"Cepehhh!!cepehh!!cepehhh!!" Terdengar orang berlari dari belakang....
Papa datang untuk menyelamat!!

 Arrgghhkkk!! Papa pun kena tangkap jugakk!!

 Sekian, drama sebabak di USS :)

Selepas berdrama dengan Frankenstein, Mama & Papa gi solat gilir2.
 Ada surau kat dalam Annual Pass Lobby. Dalam Annual Pass Lobby ni ada Baby Centre, Lost & Found dan Surau. Tapi dalam map takde mentioned surau tau! Masuk jer dalam Annual Pass Lobby ni dan akan nampak pintu sebelah Lost & Found. Situ la surau. Dalam tu ada disediakan sejadah & telekung. Nak amik air semayang kena gi toilet seberang sana.

Mama ada baca forum, sebelum nih USS tak sediakan pun surau, tapi diorg e-mail kepada management USS minta sediakan surau. Alhamdulillah, sekarang dah ada. Cuma agak tak strategik la bilik tu, sebab kiblatnya mengadap pintu masuk- keluar :). Pemisah antara lelaki dan perempuan pun takde. Tapi syukur la dari takde langsung kan?

Baby Centrenya ada facilities untuk tukar lampin & bilik untuk breast feed. Ada air panas & sejuk untuk buat susu. Ada tv & toys untuk bdak2 lepak2. Masa Mama masuk, takde sapa pun kat sini.

Sebelah Guest Service ada Annual Pass Lobby
 Lepas selesai solat dan tukar lampin Aimy, gerak semula tuk next attraction - Donkey LIVE.

Antara gerai2 yang ada kat Madagascar

Shrek Castle di Far Far Away
 Donkey LIVE dalam zone Far Far Away, dapat tengok donkey menyanyi :). Mama heran jugak, donkey Live ni dalam bentuk movie, tapi macam mana dia leh berinteraksi dengan penonton.

Depan studio Donkey Live ni ada restoran halal, Goldilocks. Kat sini ada jual nasi goreng, kalau sesapa yang mesti makan nasi tu, sini la satu2nya restoran halal yang jual nasi.

Depan studio Donkey Live & area luar restoran Goldilocks
Selepas tu, masuk zone LOST WORLD. Kat dalam ni attractionnya memang Mama tak leh naik la...ala2 roller coster kaki tergantung tu...kalau tak peknen memang Mama tarik Amna naik..huhuhu
Sementara tunggu show WaterWorld pukul 4.00 petang, jalan2 & amik gambar jer sekitar Lost World ni.
Ada air pancut, selamber jer bdak2 min air kat situ
 Start pukul 4.00 petang, masuk WaterWorld. Rasanya, show WaterWorld nih yang paling ramai boleh masuk. Kalau tak nak basah jangan duduk depan-depan. Sebab diorang memang akan sembur air kat penonton. 2 kali tgk kat USJ, kali nih tengok kat USS. Memang tak mendukacitakan.

show yang dinanti-nanti - WaterWorld
Selepas tu masuk zone ANCIENT EGYPT.
Kat sini paling best adalah Revenge of the Mummy, tapi Mama tak leh masuk gak..Papa dah tak larat sebab terpaksa dukung Aimy yang tengah tidor. Nak letak kat dalam stroller Aimy tak nak..jadinya yang naik stroller Aisya & Amna.

Lalu jer kat Ancient Egypt ni..
 Lepas tu lalu zone Sci-Fi City, kat sini ada rollercoaster paling ganas dalam USS - Battlestar Galactica: HUMAN vs. CYLON. Tapi tak naik la..tengok jer...huhuhu
Amna ajak naik Accelerator, macam cawan berpusing2 tu..semua naik kecuali Aisya. Penakut sungguh!


Muka pucat Papa...heheheh
Masa ni dalam pukul 5.00 petang, memang penat sangat dah rasanya, nak lepak minum ais jer rasa tekak ni.
Next entry Mama update pasal minum petang plak :)

See ya!

Sunday, November 13, 2011

Universal Studio Singapore Trip 3D2N : Day 2 ~ Part 3 Lunch Time!

Selepas habis tengok Monster Rock Live Musical Show, kat depannya ada Restoran Mel's Drive In. Restoran ini sama namanya dengan sebuah restoran dalam filem American Graffiti. Pernah tengok ke filem tuh? Mama pun tak pernah...hehheh..Hiasannya ala-ala era 1950-an, ada Juke Box, ada 4 biji keta klasik 'parking' kat luar restoran & sebiji keta polis.

Kat USS ni, 6 buah restoran yang halal. Mel's Drive In, Friar's, Goldilocks, Oasis Spice Cafe, Marty's Casa del Wild & Celebrity Cafe & Bakery. Kat pintu restoran ada dilekatkan logo Halal dari Majlis Ugama Islam Singapore. Kat setiap area, mesti ada 1 restoran halal.

Mel's Drive-In ni lebih kurang macam McD, mainly burger & fries. Mama beli Chicken Burger & Fish Burger untuk Papa. Setnya termasuk fun fries & air. Air boleh pilih nak air apa, Mama pilih ice lemon tea. Untuk Fun Friesnya boleh pilih sos, Mama pilih apa ntah..tetengok dapat macam beef bolognese & cheese...hehhehe..

Untuk Aisya & Amna, Mama pilih Kid Meals, set beef burger, fun fries & air. Untuk Kid Meals dapat bekas gambar Woody Woodpacker. Ingatkan nak pau la sikit burger diorang, sebab kalau ikutkan sizenya besar..tapi tetengok habis la plak diorg makan..hehheh..Tapi fun fries tak sentuh pun.
Papa pun tak makan pun fish burger, makan fun fries pun dah kenyang. So, yang tak abis bungkus letak dalam bekas woody. Sampai ke hotel la burger Papa. Bdak2 nih yang abis kan kat hotel.
Teringat masa pegi Universal Studio Japan, makan fun fries ngan cinnamon stick jer..Memang bagus la ada USS ni, takde masalah nak makan :)

Harga set burger kat sini dari SGD9.90 ~ SGD12.90. Boleh jugak tambah SGD8.90 untuk t-shirt Mel's Drive-In.

Chicken Burger ~ tebal kan chickennya

Masa makan ni, kat dalam dah penuh. Jadi Papa pilih makan kat meja luar. Waktu nih tak la panas sangat, kira OK la makan kat luar pun. Masa tengah makan tu, ada plak show dari Daddy O's. Memang kena dengan masa lah! Memang Mama target dapat tengok show nih masa makan ni :)


Lunch sambil tengok Daddy O's Show

 Tengah makan, nampak karektor Woody keluar kat area Hollywood. Amna nak amik gambar ngan Woody. Eh? nak plak Amna amik gambar ngan karektor ni. Tadi takut, apa lagi..layannnn :)


Aimy ngan muka blurnya. Mama macam biasa, over excited. hehheh

 Bila dah dapat amik gambar dengan Woody & Bini dia (Bini ke? hehhe)..Amna dah start 'panas' nak amik gambar jer..mula2 kat stage Daddy O's tadi, lepas tuh kat kereta klasik yang parking depan restoran. Layannnnn.... :)


amboiii..kemain lagi Amna posing!
Lepas puas posing, nak pegi cari surau. Dalam forum pasal USS yang Mama baca, ada mentioned pasal surau. Tapi dalam map tak der tulis tau! So, nak pegi Baby Center tempat yang diorg mentioned ada surau tu. Baby Center ni dekat entrance blah kiri. Kat blah kanan ada tempat sewa stroller. Papa tak larat nak dukung  Aimy dah :)

On d way nak pegi tempat sewa Stroller, Poe dari Kungfu Panda plak keluar. Apa lagi, terus beratur la nak amik gambar :)
Waktu tengahari macam ni tak ramai sangat orang kat area Hollywood ni, so sekejap je la dah bleh dapat bergambar.
Lepas tu jumpa Bootie Boob, tapi tak sempat nak amik gambar :(

Family Photo with Poe Kungfu Panda
 Kat Beverly Hills Garage ni boleh sewa Stroller Single, Stroller Double, Electric Chair & Wheel Chair. Kalau rasa tak larat nak berjalan tu, leh la sewa Electric Chair tu :)
Papa sewa Stroller Double dengan harga SGD15,boleh pakai sepanjang hari, boleh la Aimy & Amna naik. Aisya dah besar boleh jalan.
Bagus stroller ni, tak rasa berat pun bila tolak walaupun 2 orang yang naik.

Amna & Aimy posing kat display item

Ok, kena stop sini dulu..nanti hang plak entry Mama ni :)
Jumpa di next entry!


Saturday, November 12, 2011

Universal Studio Singapore Trip 3D2N : Day 2 ~ Part 2 The Arrival

Dah sampai di Universal Studio Singapore!
Masa ni kira-kira pukul 10.15 pagi. Tak ramai sangat kat Globe USS ni, so ada space nak amik gambar. Ini tempat wajib amik gambar kalau gi mana-mana Universal Studio tau. Kalau tak amik gambar kat sini, kira macam tak sampai..hehhehe..
Aisya ngan Amna seronok main kabus yang keluar dari bawah globe tu.


Trademark Universal Studio
Selain dari beli tiket melalui Travel Agent dan online, tiket USS boleh jugak beli direct dari Kaunter Tiket kat USS ni. Masa sampai ni, kaunter tiket masih buka. Maknanya ada lagi tiket. Mama pernah baca, kalau peak season tiket kat kaunter ni cepat habis, sebab USS ada limit quota.

Dah puas bergambar kat globe baru masuk entrance. Map & show time USS boleh dapat kat booth bila dah masuk ke area HOLLYWOOD. Map & show time phamplet nih WAJIB amik..kalau tak tak tau bila show mula dan takut terlepas.

Sebenarnya Mama dah buat jadual sebelum nih, mula2 nak tengok show apa, berpandukan show time yang tertera dalam website. TApi malangnya, show time yang ada dalam website dan show time yang ada dalam phamplet TAK SAMA! Contohnya untuk show Waterworld, dalam website tulis 3 kali, tapi untuk hari ini (tulis dalam phamplet tu dari 7~10hb November 2011) ada 2 kali jer. Mungkin show time yang ada dalam website tuh untuk hari cuti sahaja. Waktu ramai orang.

Oleh sebab itu, terpaksa la ubah jadual...
Memandangkan Mama ni peknen 7 bulan dan bawak budak kecik umur 2 tahun, banyak la ride yang tak boleh naik. Jadi, Mama tumpukan pada Show ajer...tapi ade jugak ride ringan2 yang Mama boleh naik..
nak tau ride apa, kena follow citer Mama sampai abis lah :)

1) USS tiket kaunter
2) Booth untuk Map & Show Time
3&4) Boleh plak jumpa orang Perodua kat sini :)
5) Entrance

Mula2 akan jumpa HOLLYWOOD, kat sini banyak souviner Shop dan Cafe. Hari2 tertentu USS buka area Hollywood ini waktu malam dengan harga tiket SGD5. Boleh tengok Laser/Water Show kalau tak salah. Tapi hari biasa takde, so tak merasa la kita.

Lepas Hollywood, pusing kiri masuk MADAGASCAR.
dari simpang dah nampak orang beratur nak bergambar dengan patung karektor Madagascar - Alex & Kawan2nya. Boleh guna kamera sendiri ada staff yang tolong amikkan, diorg pun amik gambar jugak..kalau nak beli yang diorg amik pun boleh. Kena la tunggu sekejap lepas tu :)

Family Photo at Madagascar
 Lepas amik gambar, sebelah dia ada Ride : Madagascar - A Crate Adventure. Ride nih, naik bot. Baca kat Warning kat pintu masuk ada inform orang pregnant tak leh join. Tak pe laaa...bukan rezeki Mama.


Madagascar - A Crate Adventure

 Depan Madagascar - A Crate Adventure ada King Julien's Beach Party-Go-Round. Haaa..yang ni Mama boleh naik...hehheh..layaannnn...

Mama yang over excited! Hehhehe
Selepas itu, masuk pulak area FAR FAR AWAY, negara Shrek & Fiona tu.
Blah kanan ada Enchanted Airways, ini Mama tak leh masuk. Blah kiri ada Shrek 4-D Adventure.
Dalam 4D ni ada seat khas untuk orang peknen & yang dukung budak kecik. Depa panggil Stationary Seat. Kalau seat biasa, akan bergoyang2  sama bila Shrek naik keta kuda. Tapi yang lain boleh rasa macam semburan air dari Donkey bersin & labah-labah kat kaki. Aisya & Amna siap bersila terus lepas tu..takut labah-labah punya pasal..ekkekek
Papa macam biasa, tgk 4D pun gayat..hehheh

Shrek 4-D Adventure
  Habis 4D dalam pukul 12.00 tengahari, dalam jadual ada Monster Rock Show. Tapi Monster Rock Show ni kat area NEW YORK. So, kena patah balik. Masa lalu balik kat MADAGASCAR,
show Madagascar Boogie! tengah berjalan. Dapat la tengok karektor Madagascar menari. Tapi, tak sempat nak amik gambar sama2...Penguin tuh comel sangat!! Aisya ngan Amna takut, tengok dari jauh...sabor jer la...kalau ikut jadual, ada show lagi 2-3 kali show lagi. So, Mama target nak tengok pukul 5.30ptg.

Madagascar Boogie!
Monster Rock ni adalah live musical show. Lagu2 yang dipersembahkan kebanyakkannya lagu2 yang glamer dan biasa kita dengar. So, memang terhibur la. Bdak2 pun terpegun tengok. Walaupun yang nyanyi tu karektor2 hantu. :)
 
Monster Rock Musical Show
Posing kat simpang di Hollywood antara Madagascar & New York

OK, stop kat sini dulu,
 next entry citer pasal lunch kat mana plak :)

Friday, November 11, 2011

Universal Studio Singapore Trip 3D2N : Day 2 ~ USS Part 1

Rabu, 9 November 2011

Hari yang dinantikan sudah tiba!
Hari ni kena bangun awal, kalau tak terlepas sarapan. Pukul 7.30 pagi turun sarapan di Pepper & Salt Cafe. Makanan tak banyak pilihan, tapi OK la untuk alas perut. Bdak2 ni minat makan Cereal ajer la...
Mama macam biasa, kalau boleh semua nak rasa..huhuhu..tapi rasanya agak kureng. Nak abiskan yang sikit tu pun susah. Ada Bread Pudding! Mama memang suka Bread Pudding, tapi Bread Puddingnya pun failed! Tak memenuhi standard selera Mama.


Bdak2 memang seronok makan breakfast buffet nih sebab boleh amik sendiri. Layaannnn...

Tepat pukul 8.30 pagi, turun Lobby tunggu Mr. Albert (Travel Agent). Mr. Albert dari semalam dah called dan sms Mama, memang bagus Mr. Albert ni jaga customer. Hari ni Mr. Albert suruh tunggu kat Lobby 8.45 pagi. Mama tunggu awal, excited punya pasal. Hehhehe...
Bila Mr. Albert sampai, dia bagi Immigration Card untuk diisi. Setiap sorang kena isi, cepat2 Papa & Mama berganding bahu mengisi card ni.



Mr. Albert yang pakai baju kemeja petak2 tu. Papa dengan beg askarnya :)
Dah settle isi Immigration Card, Mr. Albert perkenalkan kepada driver Mr. Ah Ken. Kita bertuah hari ni sebab dapat naik kereta. So, tak payah nak turun kat Kastam nanti. Lagi satu group seramai 13 orang naik Shuttle Bus.

Mr. Ah Ken sangat peramah dan sangat fasih berbahasa melayu. Seronok dengar Mr. Ah Ken bercerita sepanjang perjalanan ke Singapore dengan slang orang Johornya. Papa pun banyak bertanya tentang masuk Singapore dengan kereta sendiri macam mana.

Dapat naik kereta Toyota Harrier, kereta idaman Mama masa zaman study dulu :)
Parking kat Sentosa World Resort ni sangat besar dan bersih.

Perjalanan ke USS melalui Woodlands. Ada 2 jalan nak masuk ke Singapore ni, satu melalui Woodlands satu lagi melalui Tuas. Mula2 lalu di Kastam Malaysia, tak perlu turun, hulur jer passport ikut tingkap. Masa ni Mama TERtangkap gambar guna flash. Dah kena sound dengan Mr. Ah Ken & Orang Kastam tu..hehheh...
AMARAN: Jangan ambil gambar di mana-mana Kaunter Kastam!

Kat Kastam Malaysia ni, sekejap jer. Dia tak check pun sapa dalam kereta.
Lepas Kastam Malaysia, lalu kat Kastam Singapore pulak. Sama jugak, hulur Passport ikut tingkap. Kat sini, pegawai kastam minta Mykad Papa & Mama. Lepas tengok Mykad Papa & Mama pegawai keluar dari booth kaunternya dan check sorang2 pemegang passport sambil panggil nama. Lepas tu, pegawai masuk balik kaunternya dan cop passport. Lepas tu pulangkan balik Passport. Selesai urusan kat Kastam Singapore.

Nasib baik pegawai tuh tak komen apa2 pasal gambar Aisya & Amna. Lega Mama.
Memang Mama rasa bertuah sebab dapat naik kereta. Kalau tak jenuh jugak nak turun naik bas dan beratur untuk cop passport. Mama tengok kat area bas, memang banyak bas beartur dan ramai turun dan berpusu2 ke opis Kastam.

Selepas itu, Mama menikmati pemandangan di Singapore. Tapi Mama tak nampak pun signboard nak ke USS. Kalau pegi sendiri memang kena ada GPS. Kalau tak mau sesat!

Perjalanan memakan masa lebih kurang sejam. Kalau jem di Kastam, makin lama la perjalanan.
Sampai di Sentosa World Resort level ground parking, Mr. Ah Ken terus bawak betul2 depan booth kaunter Travel Agent untuk redeem tiket USS. Walaupun parking area tu untuk bas, tapi sebab Mr. Ah Ken dah biasa so dia pandai la menjawab kat guard yang jaga lalu lintas kat situ.

Turun jer dari kereta, terus pegi kat kaunter Travel Agent redeem tiket USS. Lepas redeem, terus naik escelator yang memang dekat jer.
Sampai atas, terus nampak GLOBE USS!!

Untuk gambar2 di USS jumpa di next entry yer..
Mula2 Mama dah upload kat entry yang sama, tapi lamabt gila nak save, berat sangat kut..(banyak wooo gamboo..hehhe)..so, kena upload sikit2 :).

Universal Studio Singapore Trip 3D2N : Day 1 ~ The Zon Regency Hotel & Danga Bay, Johor Bahru

Selasa, 8 November 2011

Bermulalah perjalanan untuk Universal Studio Singapore (USS) trip. Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 10.30 pagi. Singgah rehat di R&R Pagoh, makan tengahhari di Restoran Wakomo. NOT RECOMMENDED makan kat sini...makanan tak sedap, lalat pun banyak..aduiiiii...
Sampai di The Zon Regency Hotel lebih kurang pukul 3.30 petang. Check-in hotel, dapat Smoking Room!! Aduiiii.... Call reception minta tukar bilik, pegi lobby balik...selama hari nih, kalau booking hotel tak pernah pun Mama mentioned nak bilik Non-Smoking ke..Smoking Room ke.. Tapi OK jer, tak pernah pun dapat Smoking Room nih....Adik reception nih baru kerja ker? Nasib baik adik ni minta maaf kat Mama. Dah dapat kad kunci, naik balik..Alhamdulillah condition bilik non-smoking memang better!!

Overall bilik dari segi size, facilities dan  hiasan dalaman Mama bagi 3 bintang. Tertanya2 jugak Mama, betul ker Hotel 5 bintang hotel nih? Tahun bila punya rating tu? Condition hotel memang nampak sangat hotel lama. Agak kecewa la Mama sebab indah khabar dari rupa :(.
Lepas rehat & bersihkan diri, pegi keluar ke sebelah hotel ada Shopping Mall. Mungkin hari ni hari biasa, tak ramai pun orang.

Mama nak cari memori kad untuk kamera. Cam mana Mama boleh lupa benda paling penting tuh!! Kena la beli lagi, masuk yang nih..Mama dah ada 4 keping memori kad..aduiiiiii(lagi)

Masuk The Zon Department Store, banyak tag SALE tapi LENGANG!!

Mama tengok area The Zon nih banyak bar & pub. Kedai jual alkohol pun besar...Ada The Zon Mart ala2 7-Eleven tu..air dalam peti ais banyak alkohol dari air biasa...hmmm..betul ke ini Datuk K punya??? Rasanya next time kalau stay JB, Mama tak datang dah sini.

Lepas tu, Mama ajak Papa gi Danga Bay. Tak tau la kenapa, tapi kalau pegi JB, tempat yang wajib pegi bagi Mama adalah Danga Bay. Papa & Mama pernah datang Danga Bay waktu Aisya kecik.. mungkin 6-7 tahun yang lepas. Mama ingat lagi masa tu Mama makan Laksa Johor kat Danga Bay. Tapi malangnya, dah takde Laksa Johor kat Danga Bay ni. Dah takder gerai2 kecik ala Food Court. Yang besar dan banyak, cuma restoran2 cina & restoran ala2 pub. Kedai melayu yang Mama nampak ada 1 jer.

Selain tempat makan, Danga Bay ada theme park ala2 fun fair. Dari jauh dengar fun fair bentuk kapal tu bergerak, kreeekkkk...krrooookkk..bunyi besi berkarat. Dengar pun dah seriau, inikan plak nak naik?? Idok lerrrr....

The entrance
Posing berlatar belakangkan Cruise. Tak pasti la plak Cruise tu untuk kemana. Tak nampak apa2 signboard pun.
Ada keretapi & basikal untuk disewa.

Banyak kapal2 berlabuh kat sini.
Satu-satunya restoran melayu yang Mama nampak kat sini. Restoran Bawang Merah.
Papa kata nak makan Ayam Penyet, Mama nampak kat situ ada tulis Ayam Penyet, ingatkan ada...rupanya tak der..kesian Papa...Laksa Johor lagi lah takder! Mainly kat sini Ikan Bakar. Mama tertarik nak try Kupang Bakar. Papa order set Ikan Pari Bakar untuk 2 orang.

Aisya & Amna dah pandai order sendiri, Aisya tak abis2 dengan ice blendednya. Bila duduk jer. Otak-otak sampai...walaupun tak order. Kalau amik makan kena la bayo :).. Aisya suka Otak-otak, tak pedas katanya.


Ini dia Set Ikan Pari  Bakar(RM40), termasuk Udang goreng rempah,sayur kangkong, sup kosong & nasi putih. Itu dia Kupang Bakar Sambal Kawah (RM12) yang Mama order, Mama makan sorang jer.....huhuhu..Bagi Mama kupang nih sedap, perah plak dengan air limau tu...perrghhhh!!

Overall makan kat sini biasa jer, Mama cuma suka kat Kupang ni jer.
Anak2 Mama semua pandai buat memek muka bila bergambar :)


Masa tengah makan, Mama terdengar berita kat TV berkenaan kematian pelajar Malaysia di Indonesia. Kematian pelajar jurusan perubatan itu disebabkan dibunuh oleh penjenayah yang merompak motosikalnya. Sangat menyayat hati.....
Dan yang menguruskan penghantaran mayat mendiang dari Indonesia ke Malaysia ialah kawan Mama. 1 kelas semasa di RPKJ dulu. Ludinata Misnun. Wah!! masuk TV kawan Mama sorang nih:). Mama tumpang bangga.

Lepas habis makan, masa untuk balik. Papa terperanjat sebab bill RM80++!! Betul lah kata Angah Syakina. Mahal makanan kat Danga Bay nih. Nasi putih tambah RM3.50 tau!! Ohokkk!!!

Sebab malam masih awal, Papa bawak round2 area JB. Tunjuk tempat2 yang Papa selalu pegi kalau oustation ke JB. Yang Mama perasan, banyak betul kedai Car Wash malam kat JB nih. Tak lupa juga restoran yang Papa selalu makan Ayam Penyet. Len kali kita gi sini lak yer bang..:)

Daisypath Anniversary tickers