Travel

Showing posts with label amna. Show all posts
Showing posts with label amna. Show all posts

Sunday, July 13, 2014

Morib Gold Cost - Happy Birthday Amna


Happy 8th Birthday Amna - 13 June 2014 & Happy Birthday 5th Birthday Aimy - 30 June 2014.
Semoga anak-anak Mama membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah.

Sempena birthday Amna & Aimy, mama & papa bawa pegi Morib Gold Coast yang glamer dengan water theme park dalam hotel tu.

Mama booking via internet. Dari website direct ke Agoda. Seingat Mama, mama booking tu harganya dalam 400++ untuk apartment 2 bilik. Tapi bila dapat confirmation jadi rm522 pulak. Masa check-in tengok pada kertas booking harga rm433. Hmmmm.. Tanya adik yg jaga kaunter tu, tak menjawab soalan plak. Pas tu, bilik jauh dari bangunan yang ada water themepark. Kena cross 1 bangunan! Jakuzzi pun takde!! Frust!!
Padan muka mama sebab tak baca betul2 facilitiesnya, selain tu kata ada Astro-tapi channel Astronya TV al-hijrah je. Lain-lain channel biasa TV1, TV2, TV3, 8Tv & TV9 je.. Amyras kecewa tak dapat tengok Runningman.
Lagi satu, wifi - x de langsung!

Nasib baik breakfast banyak pilihan dan Amyras & Ali seronok mandi kolam sampai tak nak balik. Huhuhu..
Amna dah request nak datang lagi.
InsyaAllah kalau ada rezeki kita pegi lagi yer..


Cupcake Frozen mama order dari Hani. Comel kan.. Rasa pun sedappp!! 
Boleh contact Hani untuk order : +60 12 697 4862

Ini dia water themeparknya.. Ramainya orang.

Papa yang over excited nampaknya. Hehehe


Dinner time pegi Medan Selera Pantai, tak jauh dari hotel. Dalam 5 minit je perjalanan dengan kereta.

Datang sini nak makan udang goreng susu tepung. Tapi malangnya dah takde jual kat restaurant ni. Takde rezeki.

Sotong Bakar Morib. Itu la namanyanya, sorong kering yang dibakar kemudian ditabur dengan kacang tumbuk & sos cili.  5 helai RM10.
Nasib baik mak beli sotong ni. Kalau tak kebulur! Sebab makanan yg diorder sangatlah lambat.


Breakfast di Morib Gold Coast. Boleh tahan banyak menunya. Tapi pukul 10pagi dah last call. Macam awal sangat je ...


Dapat makan sebelah water theme park.


Makwan & birthday girl Amna. (Aisya & Amna tak nak pegi sarapan, kenyang makan ipad)



Habis sarapan, menapak cross 1 bangunan. Huhuhu


Hari ni jugak merupakan Father's Day.
On d way balik singgah tempat wajib. Starbuck Drive Tru di R&R Rawang.
Happy Father's Day Papa♡♡♡♡
Thank you for everything.











Wednesday, August 14, 2013

Duit Raya ~ Menabung di Tabung Haji

Sementelah hari ni Papa & Mama bercuti lagi, hari ni bawa Aisya & Amna masukkan duit raya ke dalam Tabung Haji. Biasanya Papa yang masukkan, hari ni nak bagi Aisya & Amna merasa pengalaman simpan duit dalam bank. Semoga ada perasaan seronok nak simpan duit. InshaaAllah..


Hari ni jugak Papa & Mama ambil kesempatan untuk mendaftar untuk menunaikan Haji. Tak perlu isi apa-apa borang, tunjuk buku Tabung Haji je. Kalau dalam simpanan dah ada RM1300 dah boleh mendaftar. Simpanan Aisya & Amna pun dah mencecah RM1300.. So daftar sekali lah.

Tahun peruntukan Haji : 2063 ( 50 tahun lagi!!)
Tapi tahun tu sebagai panduan sahaja. Tabung Haji akan beri keutamaan kepada mereka yang belum pernah menunaikan haji & mereka yang berumur 75 tahun ke atas. 
Semoga Papa & Mama ada rezeki menunaikan Haji. Aminn..


Wednesday, June 19, 2013

13 06 13 : Happy Birthday Amna

Semoga Amna menjadi insan yang berguna dunia & akhirat. Amin.
Mama & Papa sayang Amna♡















Wednesday, April 17, 2013

Ambrynaa Shawl ♡ AMNA ~ halfmoon chiffon printed

❤ RM35 (FREE delivery )
❤ Material : Printed Chiffon Silk ( washable )
❤ Design : Half Moon
❤ FREE handmade Flower Pin comel dengan kain yang sama.
❤Size ( cm ) approx. : 152 x 70

Sila email order anda ke:

ambrynaashawl@gmail.com

Sila sertakan:

Nama
Alamat
No. Telefon
Code

❤Happy Shopping!!
❤Warna gambar mungkin sedikit berbeza dari warna sebenar.









Monday, April 15, 2013

Ambrynaa Shawl ♡ AMNA ~ half moon chiffon printed

❤ RM29 (Buy 2 or more FREE delivery )
❤ Material : Printed Chiffon Silk ( washable )
❤ Design : Half Moon
❤ FREE handmade Flower Pin comel dengan kain yang sama.
❤Size ( cm ) approx. : 152 x 70

Sila email order anda ke:

ambrynaashawl@gmail.com

Sila sertakan:

Nama
Alamat
No. Telefon
Code

❤Happy Shopping!!
❤Warna gambar mungkin sedikit berbeza dari warna sebenar.

Status:
amna01 - available
amna02 - available
amna03 - sold out
amna04 - available
amna05 - sold out









Wednesday, March 06, 2013

Minggu Peksa Aisya dan Amna

Minggu ni Aisya & Amna start peksa Sekolah Agama. Dari minggu lepas balik sekolah tak boleh tengok tv. Di arahkan mengulangkaji pelajaran dalam bilik. Bila dah membaca dalam bilik, sambil baring plak tu... Pukul 9 dah lelap!! Huhuhu

Aimy & 'Ali pun dilarang masuk ke dalam bilik. Siap letak nota lagi kat pintu. Macam lah Aimy & 'Ali boleh baca.. Ekekek

Start minggu ni, Amna minta Mama ajarkan. Amna boleh membaca jawi, semua huruf dah kenal. Tapi bila huruf bersambung tu susah sikit la. Tak per, baru darjah 1 kan (sedapkan hati sendiri.. Ekekke)

Aisya dah darjah 4, dah pandai ulangkaji sendiri. Tapi ada hati jugak nak belajar ngan Mama. Jeles la tu, tengok Mama ajar Amna. Kan!Kan!

Aimy & 'Ali kerjanya mengacau jer lah.. Siannn asik kena halau jer.

Habis kertas doa Amna kena koyak. Kena rotan tangan sekali dengan Mama. Terpaksa la Mama tampal balik kertas doa tu.

Amna minggu ni, pagi-pagi ada je alasan macam tak nak pegi sekolah. Isnin sakit perut, selasa demam, esok apa ntah lagi alasannya... Banyak akal Amna nih!







Monday, October 01, 2012

Basikal Motor : Mama & Papa Jakun!

Pernah naik Basikal Motor?
Rupa macam motor, tapi sebenarnya basikal...huhuhu
Basikal yang ada enjin berkuasa elektrik yang menggunakan bateri yang boleh di charge.
 
Balik kampung baru-baru ni, Papa nampak sesuatu yang baru kat garaj Atuk..jeng!jeng!jeng!
Mula-mula ingatkan motor, sebab ada plat nombor. Tapi awat plat K? Beli kat Kedah ke? Rupa-rupa nya plat tu, Atuk yang letak...KHA tu..sempena nama Nenek! Hahahhaha..memang kreatif Atuk nih.
Atuk beli untuk nenek, supaya senang nenek nak kemana-mana dalam felda nih. Nenek memang tak pandai bawak motor. Basikal motor ni takde gear, "press" je terus gerak. Kalau bateri abis, ada pedal untuk kayuh.
 
Mama dan Papa pun menerai la basikal motor nih..Switch ON, 'press' je terus jalan. Mama terketor-ketor jugak membawanya. Rasa bergoyang-goyang. Amyras macam biasa..over excited!
Ali boleh usha jer kakak-kakaknya meround dengan basikal motor nenek. huhuhu
 
 
Terjadi jugak incident, Amna mem'press' basikal nih dan berjalan!! Nasib baik dapat diselamatkan. Salah Mama la sebab tak switch OFF enjinnya.
Mama ingatkan dah switch OFF sebab takde bunyi kan..huhuhuhu
Kalau Motor betul tu..mau dah melambung dibuatnya!!
Nasib baik takde apa-apa. Syukur Alhamdulillah.
 
Atuk nak bawak Amyras meround

Aimy yang baru mandi, rambut pun tak sikat lagi!!

Pak Dollah new family ;p

'Ali muka mengantuk

Amna lari lagi laju kuuutttt...hahhahhah

Turn Papa pulak kena bawak Amyras round

Friday, August 24, 2012

AISYA & AMNA RENEW PASSPORT

Sempena cuti raya seminggu ni, Papa bawa Aisya & Amna pegi Pejabat Imigresen untuk perbaharui passport. Pejabat Imigresen yang terdekat di Klang ni adalah di Pelabuhan Klang. Alang-alang pegi dari rumah Makwan, Makwan pun join sekali perbaharui passport.

Mama, Aimy & 'Ali tinggal kat umah. Mama & 'Ali punya passport baru buat sebelum pegi Vietnam. Aimy punya buat masa pegi Singapore.

Papa citer, ramai gila org.. Kena tunggu 130 org untuk submit borang. Perghhh... Ramai tuuuuuu...
Seb baik la Mama tak ikut... Kalau kat PKNS Shah Alam tu bleh la jalan-jalan cuci mata. Kalau kat Pelabuhan Klang apa ada??

Bila dah submit, ingatkan tunggu sejam. Rupa-rupanya ESOK baru dapat... Leeerrrrrr... Kat Kuala Kubu boleh dapat sejam jer. Esoknya kena la pegi sekali lagi untuk collect.

Tengok gambar passport Aisya & Amna ni.. Alahaaaiiii.. Masa kecik comelnya... Dah besor dah kurang comelnya... Hehehe

Tuesday, November 22, 2011

Smart Reader Kids Concert : Amna berjoget!

Bertempat di MAS Auditorium Kelana Jaya, Smart Reader Bukit Beruntung tempat Amna belajar buat Concert dan Graduation Day. Graduation Day untuk yang berumur 6 tahun. Jadi Amna involved untuk concert jer. Mula-mula Mama salah faham, ingatkan concert & graduation day nih tak de kaitan dengan Amna, sebab masa Aisya Smart Reader 5 tahun, dia tak involved pun dengan Graduation day. Masa tu, yang Mama paham, kalau tahun nih dah buat Sports Day, konsert tak der. Tapi Mama silap, bila dapat surat pasal concert & graduation day ni dan confirmed balik dengan principal baru la Mama tau yang Amna pun involved. Tarikh 20hb Nov 2011, clashed plak dengan 'family day' opis Mama. Tak dapat la Mama join family day. Takkan Mama nak lepaskan peluang tengok Amna beraksi kan :)

Opening Speech by Mr. Karuna, Principal Smart Reader Kids Bukit Beruntung

Opening speech dari wakil 3 Smart Reader Kids : Bukit Beruntung, Puncak Alam & Bandar Tasek Puteri

Comelnya tengok bdak2 ni menari, lagu K-Pop!

Lagi persembahan dari bdak2 comel

Turn Amna dah sampai...amboiii...seksinya baju..nampak pusat!!

Bila dah nampak Mama & Papa,
baru la nak senyum :)

Tak tau la menari lagu apa,
sebab takder info pun,
yang pasti lagu rap dlm bahasa tamil...huhuhu

Seronok tengok bdak2 menari

abis dah..
satu lagu jer...cam tak puas jer tgk..hehhehe

Sambung dengan persembahan lain pulak
Akhir sekali Graduation Day untuk student 6 tahun

Dah habis semua acara, ibu bapa collect anak2.
Posing maut dulu....

Sebelum balik posing dulu kat lobi Auditorium MAS

Hari Isnin, Amna cuti. Hari Selasa Amna start exam. Dah konsert baru exam...sekolah lain dah start cuti dah. Amna start cuti 10 December 2011 nanti.
Untuk tahun depan, Mama dah register Amna ke Tadika Generasi Bestari. Sama macam Aisya dulu.
Mama target, bila Amna dah abis Smart Reader, Amna dah boleh membaca. Alhamdulillah, Amna dah kenal hurup dan boleh baca suku kata. Baca ayat panjang berperenggan belum lagi...Tapi InsyaAllah, bila 6 tahun nanti Amna akan lebih cemerlang...Amiinnn!

Saturday, July 23, 2011

Kalau Rumahku IKEA

Dah lama mama ambik gambar kat IKEA ni, tapi x berkesempatan nak upload. Mama dapat idea nak amik gambar dalam IKEA ni dari satu blog..tapi mama dah lupa address blog tu..blog tu mama tgk dari sharing link FB. Memang menarik sangat!
So, satu hari yang tak de apa nak buat, ajak Papa pegi IKEA..memang takde plan nak beli barang pun..nak amik gambo jer..hangin jer Papa..ekekkek
Mama buat cerita ala-ala satu hari la...enjoyyy :)

Good Morning my princess!!

Cepat la kakak bangun, Aimy dah mandi daahhh...

Aimy main sorang2, sambil Aisya & Amna masuk toilet.

Rajinnya kakak..bangun tido terus baca buku!!

Baca buku seminit..tengok tv berejam-jam!!

Lepas ke toilet, basuh tangan...bagusssss!

Kakak nak masak la Mama..

Kakak Aisya nak masak apa tu? Amna nak tolong..

OK..Amna jaga kuali tu yer..jangan sampai hangus. Aimy jangan kacauu!!


OK laahhh..Aimy tak kacau..Aimy main kat dapur comel Aimy nihhh...

OK dah siap..jom makan! Sedap tak Amna?

Aimy elok2 pegang cawan tu..kang tumpah..

Mesin basuh dah berhenti..nak sidai kain jap.
Masa untuk main...Amna nak naik boyan la...

Kita main mak-mak lah...

Aimy pun nak main jugak..Aimy jadi adik..

Kakak Aisya jadi Mama, Kakak Amna jadi Kakak..

Kita main sorok-sorok la pulak!

Kenapa main kat katil mama?? keluarrrrrrr!!

Mama marah main dalam bilik Mama la..kita main kat depan la..

Dah maghrib ni, tutup tingkap.

Dah malam dah..Amna jom tido.

Good Night Mama..Good Night Papa :)



Daisypath Anniversary tickers