Travel

Tuesday, November 27, 2012

Japan Trip: Pakcik Shibata & Mat Lan's family ~ Arigatou ne!

Shibata san's family
Sampai di bengkel kereta Pakcik Shibata lebih kurang pukul 4.00 petang. Tanpa bantuan car navigator, Papa dapat jumpa bengkel Shibata san nih! kagum Mama :). Nampak sangat masa study dulu selalu pergi..ekekke. Mama gelar Shibata san ni 'bapa angkat' Papa. Tapi sebenarnya, Shibata san tak pernah pun cakap yang Papa nih macam anak dia puuuunnn....ekekkek..

'Ali dan Atuk Shibata

Isteri & Anak sulung Shibata san

Sejarah dengan Shibata san nih bermula semasa Papa berada dalam tahun ketiga di Toyota Kosen. Papa beli kereta pertama iaitu kereta Honda Integra dua pintu (keluaran tahun bila tak pasti) dari sempai Yusri. Dari situ, Papa mula berkenalan dengan sempai-sempai yang ada kereta sampai la berkenalan dengan tokey bengkel kereta iaitu Shibata san. Shibata san diperkenalkan oleh sempai Acon. Dari situ lah bermulanya CINTA papa pada kereta dan yang berkaitan dengannya. Selepas Honda Integra, Papa beli kereta Nissan Cedric dari Shibata san. Bayar bulan-bulan plak tu.......ekekekke. Percaya sungguh Shibata san pada Papa. CINTA Papa pada Nissan Cedric berakhir bila Papa dah habis belajar dan nak balik Malaysia. Mama bagi 2 pilihan " bawa balik kereta atau kawin? ". Hahhahahha..nasib baik Papa buat pilihan yang tepat. Eh! terpanjang pula cerita sejarah perkenalan dengan Shibata san sampai melalut-lalut citer pasal kawin. Kekekke

Di bengkel Shibata san, dapat lah berjumpa seluruh keluarga beliau. Isteri dan dua anak lelaki yang hensem. Aisya & Amna pulak masih meneruskan aktiviti 'meneroka' toilet. Toilet di bengkel Shibata san ni pun canggih, jenis tekan-tekan tuuu..masuk toilet je automatik toilet seat terangkat sendiri. Gila tak kagum? hahhahah

Mak Wan dapat memecah rahsia bahawa family Shibata san ni berumah kat bengkel nih..Ini pun Mama kagum..hehhe..Macam mana Mak Wan boleh terfikir diorg tido kat bengkel ni. Anak Shibata san siap tunjuk kat Papa tempat tidur diorang.Nasi cendawan kinoko yang Mama tersilap beli, Mak Wan syorkan bagi pada diorg. Mereka menerima nasi itu dengan gembiranya. hehhehe (nasib baik tak buang lagi)

Bila agaknya dapat jumpa Shibata san's family lagi..

Selepas Papa puas bermesra dengan Shibata san, Papa bawa makan di restaurant Soba Self Service. Restaurant ni Papa biasa pegi bila datang ke Bengkel Shibata san. Orang tak ada masa kita sampai, Aisya & Amna buat macam rumah sendiri lah pulak..Kat sini, Papa order Zaru Soba untuk Aisya & Amna. memang feberet Amna Zaru Soba nih. Mama ambil Hot Soba. Mak Wan rasa sikit-sikit sobanya dan makan tempura ikan.

Amna dan Zaru Soba kegemarannya
Adegan bila Mama dah tak larat nak dukung...huhuhu
Sebelum balik, posing dulu ;)
Selesai makan, perjalanan diteruskan ke Toyota Shi. Destinasi pertama adalah Toyota Kosen, tapi agak kesesatan dan sampai pun dah gelap. Tak boleh nak ambil gambar, so decide pagi esok datang lagi. Terus ke rumah Mat Lan & Fizan. Masuk jer rumah, Mama dah bau kari...hehhehe..alhamdulillah rezeki malam ni. Terima kasih pada Fizan, susaaaahhh-susaaahhhhh jer masak. Kalau ikutkan tekak Mama nih nak ajak pegi makan sushi..ekkeke..Tapi nasib baik Fizan masak, dapat la Makwan merasa makan nasi dan masakan Malaysia. Huhuhuhu...Tapi tekak Mama masih teringat-ingat Takoyaki Toyota yang sedap tu. Mat Lan offer plak nak bawa kan ke Saty (nama lama..nama baru apa ntah). Apa lagi..peluang jangan ditolak. Merasa lah naik Prius. Kekkekke..

Sampai kat Saty, Mama nampak stroller 'kereta'. Terus letak 'Ali dalam tu. Ada gaya 'Ali bawak kereta. kekkek..Gerai takoyaki tu, Mama rasa lain sikit..rasanya dulu cam kosong jer tepi-tepi gerai tu..Tapi la nih nampak sempit plak. Tapi kedai bunga kat depan gerai takoyaki tu Mama memang ingat sangat. Gubahan-gubahan fresh flower kat situ sangat cute!!

Lepas dapat 3  bungkus takoyaki terus balik. Shiawasenya dapat makan takoyaki sedap. Anak Mat Lan (Hafiy kut) Makan takoyaki tanpa tako, dikeluarkannya isi tako tu..ekekke..macam2.
Malam ini Papa & Mama bersembang mengimbau kenangan silam di Toyota bersama Uncle Mat Lan & Untie Fizan. Budak-budak sebuk main LEGO...x penat-penat ke?? Pukul berapa ntah baru tido...


  
Amna yang terover happy dapat sorong kereta sport

COOL OKEHHH!!!
Senyuman kepuasan...akakkakakkak!!!
Seronok sangat dapat main Lego..macam-macam bentuk keluar
Hontou ni arigatou Mat Lan & Fizan!







4 comments:

  1. Anonymous4:35 PM

    Nape xamek gamba toilet yg canggih tu kak..nak tgk!hehehe..
    Makwan mmg pakai spec bingkai kat luo eh..
    Mcm2 mkn kakina nie..berselera ja amna mkn eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaah..masa nih kamera dah nak abis bateri.

      Delete
  2. kih kih apa lah nozie, ko nak sgt gmbor toilet nanti aku emailkan.

    k ina oi, 'aali adalah sgt chomey..geram betoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha...
      ali sangat comey..mama pun sangat geram!

      Delete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers