Travel

Showing posts with label white. Show all posts
Showing posts with label white. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Tudung Pengantin - Nurul Syuhada (Pengacara TV3)

Akhirnya hati si cantik Nurul Syuhada kini sah menjadi milik Raja Amir dengan wang hantaran sebanyak RMRM20,111 dan mas kahwin RM777. Kedua-dua pasangan ini telah diijabkabulkan semalam di Binjai On The Park, KLCC. Akad nikah telah dilakukan oleh ayah Nurul Syuhada dan akad telah sah dengan sekali lafaz sahaja.



copy paste dari beautifulnara

Friday, April 01, 2011

Cantik di Patung Tak Cantik di Badan

Hari ni pakai shawl cotton polkadot, lilit style Hana Tajima (pin di belakang)

Mini dress [Forever 21] Jeans [Gap] Kasut [Fern's] shawl [Jalan Tar] Nak beli baju ni di F.O.S..tengok kat patung nampak cantik..try dengan belt. Tapi bila cuba pakai nampak gemuk la plak...punggung pun nampak makin lebar dengan fesyen 'kecut' di bawah tu..
Cuba tanpa belt pun nampak tak sedap mata memandang.

Biasanya, kalau berkenan..pakai2 terus nampak cantik.

Akhirnya tak jadi beli.

Itu pentingnya mencuba sebelum membeli. Kalau tak cuba tadi tapi terus beli, nanti tak pakai..kan ke rugi.


Pernah dengar tak ungkapan - 'Lebih baik sehelai baju pakai beribu kali daripada seribu helai baju tapi pakai sekali'

Sunday, February 06, 2011

Tudung Pengantin & Jubah Pengantin

Baru2 ni ShawlCenter JJCM ke Sg Besar, Selangor. Di Sungai Besar terkenal dengan kedai kain yang murah. Salah satu kedai yang ada di Pekan Sg. Besar ialah Arked Man. ShawlCenter jumpa tudung pengantin ala-ala tudung pengantin Baizura Kahar. Ada macam-macam warna, harga RM50 dan ke atas. Sangat murah kan?

Arked Man ada 2 tingkat, Ground floor ada jual tudung, baju kanak2, telekung, kain ela etc.
Tingkat 2, ada baju siap-baju kurung, jubah, baju melayu, blaus, baju pengantin etc.
ShawlCenter beli 2 blaus labuh lengan panjang yang tak sampai rm50!! :)

Ini dia Jubah Pengantin yang ShawlCenter berkenan sangat. Kalau ShawlCenter nak beli, pikir jugak nak pakai masa bila :)..Kalau ada dinner kat hotel mungkin seswai kan?
Harga Jubah ni RM189.00. OK tak harganya?

Bling2. Memang seswai untuk pengantin pakai semasa majlis nikah.

Ini kedai Aked Man. Warna hijau dan kuning..memnag dari jauh dah nampak :)

Friday, December 31, 2010

Mix & Match Shawl with ZARA

Mix & match dengan ZARA kali ini shawlcenter memilih fesyen dari LOOKBOOK ZARA bulan November. Outfit yang nampak sangat selesa dan feminin.
Knit sweater berwarna grey dan longskirt dari ZARA
&
Plain Lycra Shawl dari http://allhijab.blogspot.com/
@
Rose Cotton Shawl dari http://fizza-closet.blogspot.com

Kemeja kotak-kotak bersama cardigan dan longskirt dari ZARA
&
Shawl anting-anting dari http://www.kittyshawls.com/

Ramai dikalangan kita yang memakai tudung tapi memakai baju ketat. Diharapkan dengan idea mix & match ini dapat memberi ilham kepada kita semua untuk mendapatkan pakaian yang longgar. Memakai pakaian longgar juga boleh stylo!! ;)

Thursday, December 30, 2010

Mix & Match Shawl with FOREVER 21

Kali ini *shawlcenter* cuba mix & match baju dari FOREVER 21 dengan shawl dari blogshop yang ada dalam list *shawlcenter* :)
Knit Turtle Neck Dress berwarna biru dari FOREVER 21
&
Printed lycra shawl dari http://allhijab.blogspot.com/

Ruffled Pea Coat berwarna merah dari FOREVER 21
&
Printed Lycra shawl dari http://allhijab.blogspot.com/

Bubble Hem Coat berwarna dark grey dari FOREVER 21
&
Lace Flower Vintage dari http://www.kittyshawls.com/

Amacam? meletops tak? Cadangan dan komen amat dialu-alukan :)

Friday, December 17, 2010

Busana Pengantin Muslimah : Irna La Perle

Mula-mula jumpa web Islamic Wedding Dress ni, ingatkan butik dari Paris..sebab namanya tu kan..tapi bila tengok betul-betul. Butik dari Indonesia rupanya..butiknya ada di Jakarta dan Bandung. Cantik sangat designnya!! Suka sangat :)
Irna La Perle Collection


La Perle Collection
Sangat elegent kan?
Teringat busana pengantin ku..bila tengok balik memang nak tergelak je..tapi masa tu dah rasa cantik sangat dah..hehhe
Untuk keterangan lanjut boleh layari

Wednesday, December 08, 2010

Tudung Pengantin Ala Arab @ Hindustan?- Bienda

Woww!! meletop baju pengantin Bienda nih! Bienda memilih pakaian ala-ala arab @ hindustan (?)berwarna biru dengan dihiasi batu-batu berwarna emas. Sedondon dengan suami. Suami Bienda rambut panjang kemas diikat ..hensem!!
Perkahwinan Bienda rasanya tak mendapat liputan yang hebat di media2. Gambar yang saya jumpa di limauais.com ini pun tak berapa cantik...hmm..Tapi ini jer yang saya jumpa. Anyway, enjoy the pictures. Mungkin dari busana Bienda ni anda mendapat ilham untuk busana pengantin anda nanti :)
Flower girls pun dressing ala2 arab@hindustan..Kelassss!!!




Busana kedua berwarna krim. Cantik sangat Bienda,kan?



Ini pula gambar hari pernikahan Bienda. Seperti kebanyakan mempelai, Bienda memilih warna putih untuk hari pernikahan. Tapi saya agak tak berkenan pada tudung Bienda..walaupun sama warna putih tapi macam tak matching dengan baju. Cuma ada batu2 di awning, tapi kosong. Cuba diserikan dengan brooch besar di tepi tudung. Hmmmm..kurang menyengatlah!
Anyway, Bienda tetap cantik.

Tuesday, November 30, 2010

Tudung Pengantin - Raja Farah

Raja Farah memilih warna putih dan biru majlis pernikahannya. Tudung awning putih bersulamkan manik dan labuci berwarna biru muda. Maniknya tak banyak sangat pada tudungnya, tapi lebih sarat pada selendang. Sangat cantik dan manis digayakan oleh Raja Farah. Gambar yang sangat cantik. Tahniah kepada photographer Azmi Daud.

Berita perkahwinan Raja Farah saya ketahui melalui rancangan popular TV3 iaitu Melodi. Pada waktu itu kelihatan badan Raja Farah berisi. Tapi dalam gambar pernikahannya ni, Raja Farah nampak kurus!
Fuhhh! ramainya photographer!!


Saat paling romantik. Saya paling suka saat suami mencium dahi isteri semasa majlis pernikahan.
Semoga Raja Farah & suami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.


Wajah ceria pengantin. Hensem kan suami Raja Farah :)





Tudung Pengantin - Datin Halina (isteri Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor)

Masuk bulan December bermakna cuti sekolah dan musim orang kawin. Sejajar dengan musim orang kawin, saya nak kongsi fesyen tudung pengantin. Saya mulakan dengan Datin Halina, isteri Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang tak perlu diperkenalkan lagi :) Datin Halina memilih busana putih bersih dihari pernikahannya. Tudung awning yang sarat dengan labuci & manik bergemerlapan. Nampak berat je tudung Datin Halina ni, tapi sesuai la dengan status raja sehari kan?
Datin Halina yang sentiasa tersenyum gembira sepanjang majlis pernikahannya. Giginya cantik sangat!!

" Cantiknya isteri abang ni!!"..agaknya itu yang Datuk katakan pada Datin Halina. Happy sangat tengok gambar ni, tengok la tetamu yang datang pun semua tersenyum gembira.


Pasangan sama cantik sama padan bak pinang dibelah dua.
Semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Gambar dari web photographer: www.fuadtopa.com




Friday, November 26, 2010

Fesyen Yuna di Shout Award

Yuna - membawa gelombang baru dalam dunia hiburan dengan muziknya hebat. Begitu juga dengan fesyen, terutamanya TUDUNG YUNA. Saya mengaku, saya mula bertukar dari memakai tudung bawal ke shawl disebabkan terpikat dengan cara tudung Yuna :)
Yuna memegang 3 Award yang diraihnya. TAHNIAH YUNA!! You deserved it!
Ini lah outfit yang Yuna pakai. Sangat unik..siapa lah agaknya pereka fesyen Yuna. Baju suit berhud berwarna putih. Dalam hud berwarna biru matching dengan kasutnya. Tudung berwarna merah dan dipadankan dengan gelang merah. Ditambah dengan sedikit accesories rantai & gelang berwarna gold.

Manis sangat muka Yuna.

Gambar di Purple Carpet ( biasa Red Carpet kan..Shout Award memang pelik-pelik)

Gambar nih nak tunjuk Yuna yer..bukan Faizal Tahir ;p

Yuna atas pentas. Woww glamerrr...tak sia-sia Yuna dressing unik macam nih!!
**************************************************
Ahad November 21, 2010
Shout! Award 2010: Malam Kemenangan
Yuna
Oleh KEMALIA OTHMAN
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Yunalis Zarai atau Yuna (gambar) meraih pemenang keseluruhan apabila membawa pulang tiga anugerah Shout! Awards yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu.
Tiga anugerah tersebut ialah Popstar Award, Break Out Award dan Ultimate Shout! Award di mana saingan terdiri daripada penyanyi terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza & Kris Dayanti, Jaclyn Victor, Mizz Nina dan Zee Avi.
Manakala, Kumpulan Bunkface turut mencuri perhatian apabila mengulangi kemennagan tahun lalu dalam Roctstar Award, selain muzik video terbaik dalam Music Vidoe Award pada malam anugerah tersebut.
Selain itu, kemenangan Zizan Raja Lawak sebagai personliti TV kegemaran ramai dalam Favourite TV Personality Award tidak dijangka kerana dapat menewaskan pengacara no.1 Malaysia, Aznil Hj Nawawi.
Turut menerima anugerah adalah Faizal Tahir melalui vokal terbaik dalam Power Vokal Award yang pernah dimenangi oleh Jaclyn Victor tahun lalu.
Anugerah penyanyi Hip Hop dan R&B terbaik atau Flava Award pula diraih oleh penyanyi wanita yang sedang meningkat naik iaitu Mizz Nina menggantikan Joe Flizzow pada Shout! Award 2009.
Dalam pada itu, Hot Chick Award dan Hot Guy Award juga dimenangi oleh pelakon jelita Scha Al-Yahya dan pengacara The Quickie 8TV, Henry Golding menerima anugerah tersebut.
Berikut adalah senarai pemenang malam kemuncak Shout! Award 2010:
Rockstar Award (Rock Award) - Bunkface
Favourite TV Personality Award - Zizan Raja Lawak
Breakthrough Feature Award - Lagenda Budak Setan (Sharad Sharan)
Popstar Award (Pop Award) - Yuna
Power Vocal Award (Powerful Vocal Award) - Faizal Tahir
Fresh TV Series Award - Nur Kasih (Filmscape)
Favourite TV Program (Non Drama) - Showdown 2010
Music Video Award - Prom Queen (Bunkface)
Flava Award (Hip Hop/R&B Awards) - Mizz Nina
Hot Guy Award - Henry Golding
Hot Chick Award - Scha Al-Yahya
Coolest Radio Announcer Award - Phat Fabes (Fly FM Pagi Show)
Favourite Radio Show - HotFM AM Krew (Fara, Faizal & A.G)
Best On-Screen Chemistry Award - Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)
Mobile Artist Of The Year - 6ixth Sense (Tanpa)
Break Out Award (Best New Act) - Yuna
Ultimate Shout! Award - Yuna


Daisypath Anniversary tickers