Travel

Showing posts with label sedondon. Show all posts
Showing posts with label sedondon. Show all posts

Saturday, August 17, 2013

Selamat Pengantin Baru Fateha

Selamat Pengantin Baru Fateha ( kakak cantik ) dan pasangan Aliff. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Majlis berlangsung di dewan Maktab Penjara Kajang. Pelaminnya cantik, makan sedap, baju Mama & Amyras pun sponsored by Mak Ngah. Terima kasih banyak-banyak :)

Amyras seronok main dengan sepupu-sepupu. Riuh dengan suara diorang jer. Habis bunga manggar kena belasah. Ali pun tumpang sekaki. Tak diam-diam, masuk keta terus tido! Penat sangat la tu.

Happy family.
Credit to Ucu.

Sedondon.
Credit to Uncle Long.

Beautiful Pelamin.
Credit to Uncle Long.

Buah tangan untuk tetamu.

Nasi briani, ayam masak merah, daging kicap, acar buah, nenas masak lemak & papadom.

Papa & Aisya

Amna & Aimy ( Aimy makan bubur kacang jer)

Aisya & Mama


Papa & Ali sedondon baju raya tahun lepas.

Membelasah bunga manggar

Best friend - Mimi & Yaya. ( nama sebenar Zara, tapi sebab Aimy pelat.. Lekat nama Yaya)

Saturday, August 10, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin.

Kurung moden Mama & dress Amyras by Dyana Rosmaddy.
Shawl sedondon Mama & Amyras by Ambrynaa Shawl.
Baju Melayu Papa & Ali by PKNS.

Raya pertama tahun ni di rumah Atuk. Sepatutnya kalau ikut turn raya pertama kat rumah Makwan. Tapi sebab Makwan nak raya kat Taiping, kita balik Sungai dululah dan akan menyusul ke Taiping.

Mama tak bawa DSLR!! Adoiiii.. Cam mana leh lupa benda penting. Kalau kat umah Atuk ni tak sempat nak amik gambar family, tetamu dah datang beraya.
Ali plak mengamuk masa nak amik gambar family kita.. Memang x de gambar yg elok. Huhuhu

Pagi pegi beraya Amyras beraya ke rumah jiran2. Excited Aisya & Amna beraya kali ni.. Aimy yang tak pandai lagi.. Belum sampai umah jiran dah kena hantar balik. Ekekeke...
P
Petang raya pertama beraya di rumah Tokyah, Cik Gayah, Yong & Mak Anjang di Taiping. Pukul 1 pagi baru sampai rumah Atuk...













Tuesday, June 04, 2013

SEDONDON SHAWL RAYA by AMBRYNAA

Assalamualaikum

AMBRYNAA shawl dengar berbesar hati ingin mengumumkan tempahan SEDONDON SHAWL untuk Hari Raya Aidilfitri kini dibuka hari ini sehingga 21 Jun 2013.

Tempahan adalah mengikut code AMYRA & AIMY.
Sila lihat design & warna di sini :
1) http://shawlcenter.blogspot.com/2013/05/ambrynaa-shawl-aimy-halfmoon-plain.html?m=1

2) http://shawlcenter.blogspot.com/2013/05/ambrynaa-shawl-aimy-halfmoon-dwi-color.html?m=1

3) http://shawlcenter.blogspot.com/2013/05/ambrynaa-shawl-amyra-2-in-1-tribal.html?m=1

4) http://shawlcenter.blogspot.com/2013/06/ambrynaa-shawl-amyra-2-in-1-new-colours.html?m=1

Sekiranya warna kegemaran anda tiada di sini, kami akan cuba mendapatkannya untuk anda♡

Hubungi kami di ambrynaashawl@gmail.com








Daisypath Anniversary tickers