Travel

Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Sunday, November 23, 2014

Happy 12th Anniversary ~ 19 October 2014

Breakfast di Cafe Royal Chulan Damansara. Apa nama cafe dah lupa. Banyak pilihan!
Sebab bilik termasuk harga breakfast untuk dewasa 2 org je. Budak kecik Aisya & Amna kena charge RM22 sorang.
Staffnya mesra-mesra belaka. 
Memang rasa nak datang lagi hotel ni.

Lepas makan kenyang-kenyang. (Mama  inform makan banyak2, lunch tak de hari ni.. Hehe). 
Mandi kolam pulak. Semua tak bawak baju mandi, sebab minggu lepas tinggal kan kat umah makwan. Amna pegi tanya kat yang jaga kaunter tuala, boleh tak masuk kolam pakai tracksuit. Boleh!! Seronok Amna. 
Seb baik tak strict sangat management hotel nih. Kolam pun cantik.

Dah puas mandi ( tak puas lagi sebenarnya budak2 ni.. Jenuh nak suruh keluar dari kolam ). Masa untuk check-out.

Lepas check-out pegi singgah OU plak. Lama tak gi OU, sampai ONE card invalid ( agak je sbb duit ada lagi dlm card tu )
Tengok wayang citer kartun - The Book Of Life. 
Best jugak, kisah cinta dari kecik sampai mati boleh hidup balik. Hehehhe

Masa dinner, mama buat yakiniku dari daging korban. Mama tak pandai buat la, liat!. Huhuhu

























Monday, October 20, 2014

Happy 12th Anniversary ~ Hotel Royal Chulan Dam

Sempena ulang tahun perkahwinan Papa Mama yang ke 12. Kita celebrate di Hotel Royal Chulan Damansara. Hotel ni bersambung dengan bangunan eCurve dan ada ice skating. 

Decoration bilik simple dengan warna putih. Cantik! Mama suka. Terutama kerusi malas nya. Berangan dah Mama ni. Dari tingkap bilik nampak kolam renang infinity gitewww..

Tapi bilik air takde bath tub. Alaaaaa..

Dah abis round bilik &posing, keluar jalan kaki ke The Curve. Ramainya orang malam ni. Setiap restaurant pelanggan penuh. Kesian Aisya & Amna mengadu laparr laparr. 
Last-last ke Papa Rich jugak.. tempat biasa. Huhuhu.. Mama pun order menu biasa - Penang Asam laksa & air soya with jelly. Sedap woooo....kalau order menu lain sure nyesal.

Mama tanya Papa tak nak wat ucapan ke kat facebook? Hehehe. Papa dapat idea amik gambar macam gambar kawin yang tergantung kat dinding umah klang. Gambar makan bersuap. Papa siap telefon Makwan minta whatsapp kan gambar tu. Hahahhahaha

Dah dapat gambar, bermula la aksi "photoshoot". Aisya jadi photographer.
Walaupun gambar agak gelap sebab suasana kedai tu yang kelam-kelam. Tapi berjaya mengimbau kembali kenangan 12 tahun lalu. Rasanya gambar baru lebih tersipu-sipu. Poyo sangat!

Thank you Papa, walaupun ucapan copy & kaizen. Hehehe

I love you yesterday
I love you today
I love you tomorrow
I love you forever
Happy 12th Anniversary Abang♡♥︎♥︎


Tak bleh nak posing berdua ada je yang nak nyelit. 

Cantikan decoration serba putih.

Pemandangan dari tingkap. Ali dah siap suruh bukakkan baju, nak mandi kolam.

Wefie sementara tunggu makanan sampai.

Ali nak mee. Ali nak sup. Ali nak belon.

Papa 'suap' kuah laksa. LOL

Wow 253 likes! 

Next entry pasal 'suap' jugak. Tungguuuu... Hehehe








Friday, November 08, 2013

11th Anniversary ♡ Cameron Highland - Part 3

Sejuknyaaa pagi-pagi kat Cameron Highland ni...liat betul rasa nak bangun. Kalau lambat bangun kang terlepas la pulak waktu sarapan. 

Antara makanan buffet sarapan pagi ini. Budak-budak layan coco crunch jer.. Tak berbaloi langsung! 


Posing selepas sarapan, susah betul nak amik gambar budak-budak ni. Tak mau diam!




Macam comel jew.. Macam sweet jeww.. LOL!



Lepas check-out, posing jap di kawasan hotel. Di sebalik pagar putih tu adalah kawasan bilik yang ber view kan taman.


Mimi yang bad mood.


Nak jugak posing berdua tu.. Heheh


Selamber je budak-budak ni duduk atas jalan. Adoiii..


Intai-intai taman.


Last photo in front of Century Pines Resort.

Seperti yang dijanjikan Papa semalam, hari ni kita pergi balik ke Teh Boh Plantation.


Jalan menuju Cafe Teh Boh melalui padang. Masa ni pekerja-pekerja Teh Boh sedang melakukan aktivity family day. 


Gerun jugak nak naik ni. Dah la Mama pakai hi-heels. Nyesal tak tukar pakai selipar.




Sampai dahhh.. Mengah jugak dibuatnya. Ramai betul pengunjung!!


The magnificant view♡♡♡


Nice decoration...ada info-info mengenai sejarah Teh Boh.


Antara bahan sejarah Teh Boh yang dijadikan decoration.


Cafe Tea Ria. Sangat ramai orang. Kena beratur panjang.


Ini dia makanan yang Mama beli. Layan teh Boh tarik sambil menikmati pemandangan ladang teh. Perrghhhh!! しあわせ♡



Amyras excited nak tuang teh.



Gula pasir yang disediakan di atas meja. Boleh la letak berapa banyak anda suka :)



Teh Tarik dalam mug : RM3.50. Huhuhu



Family picture taken by Aisya dalam hujan gerimis. 
Lepas tu hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik bawak payung. Sebab kan hujan, Mama tak de mood nak pegi mana-mana dah. Ada gak niat nak beli bunga, sayur etc. Tapi bila dah hujan, malas toi nak turun dari kereta.
Takpe.. Next time kita pegi lagi yer Papa:)

Sunday, November 03, 2013

11th Anniversary ♡ Cameron Highland - Part 2


Destinasi seterusnya Teh Boh Plantation. Tapi malangnya hujan turun.. Cafenya atas bukit, kena menapak. So, Papa kata esok lah kita pegi. Ngeri betul jalan nak pegi Boh Plantation ni, sempit sangat jalannya!!

Pemandangan ladang teh yang sangat cantik.


Sampai dah ke Century Pines Resort ( lokasi pengambaran Drama Adam & Hawa.. Huhuhu)


Papa menunggu sambil Mama check-in.



Excited budak-budak ni bila masuk dalam bilik. Cantik biliknya, siap ada balkoni. Tapi pemandangan luarnya kureeng sebab mengadap rumah orang. Ada bilik mengadap garden, tapi mahal la sikit harganya.


Sessi melawat bilik air. Hehehe..


Dinner malam ni di Marrybrown, Tanah Rata. Cuaca hujan, malas nak round-round dah.. Belasah je la Marrybrown.


Happy je Aisya & Amna.



Papa kata "bleh nampak tak Papa kat kerusi ni?". Ekekek.. Kaler kerusi sama ngan kaler baju.

Firts time makan kat Marrybrown ni.. Memang takde apa yang istimewa. Ayam  goreng of coz KFC lebih baik. Fun Fries of coz McD lebih baik. Order cappucino- mak oiii.. Cappucino paling tak sedap pernah Mama rasa. Huhuhu.. No more Marrybrown.

On the way balik, Papa tapau mee goreng. Takut lapar tetengah malam..

11th Anniversary ♡ Cameron Highland - part 1

19 Oct 2013 : Sempena ulangtahun perkahwinan Papa & Mama yang ke-11. Kita bercuti ke Cameron Highland. Yeaayy!! 

Papa gunakan jalan Simpang Pulai yang kurang mengerikan berbanding jalan Tapah.

Destinasi pertama adalah destinasi feberet Mama - Green View Garden.
Macam biasa, makanan yg berunsurkan strawberry menjadi pilihan. Ada kawasan baru - Lavendar Village. Dulu reban ayam tempat ni. Dah makin cantik.

Sebelah Green View Garden ada Avent Chocolate. Decoration ala-ala London gitu. Layan gambar kat bawah yer.. Biar gambar bicara :)

Pictures taken by D90 ♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Strawberry Strudel

Strawberry Wafle










Pictures taken by iPhone5♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡










Daisypath Anniversary tickers