Travel

Thursday, November 17, 2011

Universal Studio Singapore 3D2N : Day 2 ~ Part 5 Aduhhhh...letihnyaaa!!

Keseronokan di USS belum berakhir lagi...
Tapi dah pukul 5.00 petang, memang tak larat dah sebenornya,
pikir nak rehat duk lam aircond jer nih...tapi ada 2 jam lagi sebelum USS tutup.
Last zone adalah New York. Kat sini tgk Light, Camera, Action! : Presented by Steven Spielberg.
Penonton dapat rasa suasana, hurricane, bangunan nak runtuh, letupan..dan paling gerun..tetiba ada kapal besar macam nak langgar penonton..terkejut mak! hehehe
Kat New York ni tak nampak plak karektor keluar :(...sepatutnya boleh jumpa Marilyn Monroe..tapi tak de punnnn....

Papa konon nak naik cab la tu.. :)
 
Kat New York nih ada satu kedai souviner jual topi. Kat luarnya memang diletak topi2, sapa2 boleh posing tuk amik gambar. Comel tengok bebudak nih pakai topi yang bermacam2.

kemain posing Aisya & Amna :)

Pukul 5.30 petang, ada Madagascar Boogie!, tapi Papa dah tak larat (sebab mendukung Aimy). Ajak pegi minum jer. So, pegi minum petang kat Celebrity Cafe & Bakery.

Bahagianya dapat minum ice cafe latte~~~!! Tambah plak dengan Pecan Tart with Vanilla ice cream.. MmMm..shiawaseee...Pecan Tart tu ada 2 slice, tak abis pun. 1 slice bawak balik :)..sampai ke rumah Bukit Beruntung Mama bawak...huhuhu.. Papa minum Chocholate Peanut Shake dengan Wafer with Chocholate Ice cream. Aisya & Amna pula, Strawberry Shake.

 
Muka happy dapat dessert!

Amna yang amik gambar2 ni

Lepas abis lepak2 makan dessert, pegi kedai souviner beli souviner sikit.
Untuk Papa & anak2, beli Polo t-shirt SGD30 for 2 lai. T-shirt paling murah yang Mama jumpa. Tapi kaler tak banyak choice la. Kaler pink & hijau ajer yang ada. Papa nak sedondon ngan bdak2, pun amik PINK jugak! huhuhuhu..

Souviner lain, Mama beli fridge magnet, paling murah harga SGD3.90. Tapi design tak banyak choice la...USS kena perbanyakkan lagi design. Souviner lain tak menarik perhatian Mama sangat macam mug, payung, pencil, pen etc. Lagipun budget ciput kan...huhuhu....Seb baik Mama peknen, so tak der perasaan nak beli baju tuk diri sendiri. Tuk diri sendiri pun beli fridge magnet jer...huhuhu
Pukul 7.00 malam, USS tutup (week days). Staff USS dah start beratur & ucap bye bye pada semua guest.

Masa menunggu ke pukul 7.00 malam tu, Amna main2 berlari2 sampai terjatuh. Mama buat tak tau jer, tengok jer dari jauh..dah biasa sangat Amna main2 sampai jatuh ni. Tapi ada staff USS datang tolong Amna..alamak! hehhe..Papa pun pegi la tengok. Sikunya luka sikit, staff USS bawak pegi masuk Guest Service tuk dapatkan rawatan. Papa kena interview, jatuh pasal apa, pakai kasut apa etc.


Pemandangan waktu malam

Janji dengan Mr. Ah Ken nak balik pukul 8.00 malam. Ada 1 jam lagi, so jalan2 pusing keliling Sentosa World tu. Ada kedai gula2 besar sangat! Candylicious, rasanya macam pernah tengok kat TV. Kimora buat party harijadi anaknya kat kedai Candylicious ni. tapi bukan la kat Singapore. Mama tengok dari luar jer. Decoration kat luarnya cantik sangat. Ada pokok2 candy, ada chocholate bar besar...Aisya & Amna seronok posing. Mama memang tak nak masuk dalam. Takut over budget masuk lam tu nanti...hahahaha!

 
Seb baik la bdak2 ni tak meraung ajak masuk ke dalam :)

Pusing2 lagi, nampak Hard Rock Cafe plak. Amik gambar dari jauh jer la...pun takut nak masuk..nanti over budget...ekekkeke

 
Bdak2 nih happy jer berlari sana-sini..tak penat ker?

Tepat pukul 8.00 malam, tunggu kat parking tempat sampai pagi tadi tunggu Mr. Ah Ken. Lambat jugak Mr. Ah Ken sampai. Kalau naik bas kena tunggu sampai pukul 10.00 malam. Apa la nak buat sampai koi 10.00 malam tu...seb baik naik keta...buat tukar2 jadual.

On the way balik ke JB. Mula2 lalu Singapore Kastam. Jem oooo nak sampai ke Kastam ni. Nasib baik Mr. Ah Ken dah biasa menciluk2. Masa jem tu, Mama terperasan ada signboard, untuk kereta Singapore, minyak kereta kena lebih dari takuk separuh. Kalau tak kena denda SGD500!!

Macam lalu Kastam pagi tadi, pegawai keluar dari booth dan panggil nama sorang2. Lepas tu kaunter lain plak, kena periksa bonet kereta. Driver kena turun dan bukakkan bonet belakang.
Lepas tu, lalu kat Kastam Malaysia, kat sini Mama & Papa terkejut sebab sekejap sangat! Pegawai tak tengok pun passport2 tu. Mr. Ah Ken hulur passport, dia susun 7 passport tu. Prapp!Prapp!..Hulur balik kat Mr. Ah Ken. Laaa...macam tu jer? hehhehe...

Aisya & Amna awal2 dah lelap. Tinggal Aimy ralit tengok lampu, maklum la petang tadi dah tido.
Sampai kat hotel, mandi2 terus tido. Ikutkan Papa nak ajak pegi makan Ayam Penyet.
Tapi dah tak daya dah Mama..huhuhu..

Kalau nak gi USS, malam memang kena stay kat Singapore atau JB. Jangan la malam tu balik terus ke KL. memang tak larat weeehhhhh! :)


4 comments:

  1. Ina..baca hang cerita pun aku tau penat..iskk

    ReplyDelete
  2. Kia...ehhehhe..penat tapi berbaloi..:)

    ReplyDelete
  3. aku rasa ni part ni paling best sekali..!! sbb dapat ber hi-tea kott!kkakakakaka

    iskk.. kena kumpul RM gak nak jejak nih.. huhuhuhuh

    ReplyDelete
  4. IZan~Tu la... Kalau dapat desserts memang shiawaseeeee

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget