Travel

Friday, June 22, 2012

HO CHI MIN, VIETNAM : Arrival

Kapal terbang AirAsia touch down awal 10 minit dari yang dijadualkan.
Cuaca kat Ho Chi Min lebih kurang je dengan cuaca kat Malaysia. Masa kat kaunter kastam, soalan officer tu satu jer. How many days? Rasanya dia tanya tiap org soalan yg sama.
Bila nak keluar kat area scan beg, ada 3 lorong.. Lorong 1 kata lorong 3, lorong 3 kata lorong 2, lorong 2 kata lorong 1...Haddoooiiiiiii.... Ape ke hey nya ni. Berpusing2 Ipin menolak beg.

Keluar dari airport, jumpa tourist guide - Mr. Trii dan terus naik van. Perjalanan dari airport ke hotel tak lama sangat, sbb tak boleh check-in lagi.. So, Mr. Trii bawak pegi Coffee Shop, minum free katanya.

Sampai-sampai coffee shop rasa pelik, sebab tak macam coffee shop pun. Rupa-rupanya, souviner shop tapi ada jual minuman. Sampai-sampai disambut waitress-waitress berpakaian tradisional Vietnam. Ramai waitressnya, rasanya macam sorang guest dilayan sorang waitress. Yang freenya air teh vietnam dan sample2 makanan/snack untuk souviner... Depa bagi rasa, pas tu letak kotak2/peket2 yang dijual. Cakap je nak apa ( yang ada dalam kedai tu le ) kita duduk jer depa bawakkan. Ada sorang akak tu macam owner/manager, pandai cakap melayu sikit2.

Bila tengok harga barang2nya, tak la murah pun. Tapi terbeli jugak halia sira. Mungkin terbeli sebab kesian kat pelayan-pelayan tu melayan beria2. Hehehe.. Depa mesti promote, beli 5 free 1. Tapi nak beli banyak2 buat ape kan..

Ucu order kopi ais, perghhhh!! Kaww gila kopi dia. Mama suka rasa kopi ce ggini. Pahit+Pekat+Manis.

Bila dah pukul 12 tghari, bertolak ke hotel utk check-in.

1 comment:

  1. Boleh saya dapatkan nombor Mr Trii? Sms saya di 0172389243. terima kasih

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget