Travel

Showing posts with label mama. Show all posts
Showing posts with label mama. Show all posts

Sunday, July 12, 2015

Beg Raya 2015


Tahun (2015) ini dalam sejarah. Mama ada beg raya!!
Beg papa "belanje".
Terima kasih Papa!
Dengan ucapan. Jangan buat lagi nanti kena denda.




Wednesday, June 03, 2015

Kemalangan Dalam Rumah : Tulang Ibu Jari Retak

16hb Mei - tengah bersiap-siap nak pegi reUnion Papa kat Kuala Selangor.
Sebelah tangan tengah pegang shawl yang baru di iron. Tangan kiri menolak pintu sliding almari, tak disangka-sangka pintu almari tu terkeluar dari landasan dan menghempap ibu jari kaki Mama. 
Sakitnyaaaaaaa hanya tuhan yang tahuuuuuu. Nak jerit cam mana pun tak tau nak menggambarkan kesakitan. Nak nangis tapi tahan. Physco diri " beranak lagi sakit beranak lagi sakit ". Hahahhaha
Papa arahkan anak-anak amikkan ais batu. Cuba untuk kebas kan ibu jari kaki. Berdenyut-denyut rasanya ooiiiiii.
Ini lah rupa jari kaki Mama sejurus dihempap pintu almari. Mama minta panadol, kut mau kurang rasa sakit. Tengah menahan rasa sakit tu sempat gak siap melilit shawl. 
Sambil terhencot-hencot dibantu Aisya, Mama berjaya turun dari tingkat dua. Nasib baik lift dah boleh guna.
Kita pergi Klinik Wong & Singh dulu. Dah la hujan, payahnya nak keluar dari kereta nak masuk klinik. Doctor usik sikit-sikit, then kata tak perlu "dressing". Doctor bagi ubat tahan sakit, cucuk montot punya sebab nak bagi yang kuat. Ubat bengkak dan ubat sapu. 

Dah dapat ubat perjalanan diteruskan ke Kuala Selangor. Sepanjang perjalanan memang kaki sentiasa berdenyut-denyut sakit. Papa dan anak-anak join Reunion Sek Men Simpang Lima. Mama duk je dalam kereta. 

Amyras bawakkan kueh-kueh untuk Mama. Memang kelaparan sungguh. Abis semua kueh. Alhamdulillah.

Berdenyut nyut nyut....

Gambar hari ke 3. Masih berdenyut nyut nyut. Memandangkan ubat bengkak pun dah abis, hari Rabu 20hb Mei 2015 Mama pegi Klinik Aniza. Doctor kata teruk ni, awak kena pegi hospital. Saya buat refer letter ye. Pegi hari ni tau, terus pegi Kecemasan. Hospital Sungai Buloh OK ke? Errrrr, saya nak pegi KPJ Rawang. OK saya buat surat ke KPJ Rawang. 
Dah dapat surat, dan tanya kawan Mama kat opis pasal GL. Mama terus pegi KPJ Rawang. 
Boleh drive? Bolehhh.. Yang sakit kaki kiri. Bawak keta auto, guna kaki kanan jer.

Sampai KPJ Rawang, lepas parking berjalan la terhencot-hencot ke Wad Kecemasan. Staff kat situ tanya nak jumpa doctor pakar ke? Sebab ada GL better jumpa doctor pakar. Errrrr.. Akak ikut je dik. Mana yang terbaek. 
Lepas tu staff bawak Mama pegi tingkat 1, Administration kaunter. Tunjuk la surat dari doktor klinik Aniza. Minta depa fax kan ke opis untuk dapat kan GL. Sementara tunggu GL, pegi cari kedai serbaneka. Nak minum, dahaga!. 
Dah dapat GL (thank you staff clinic kat opis yang cekap! You know who you are) baru leh proceed jumpa doctor pakar. 
Kat kaunter untuk jumpa doctor tu punya la ramai staff ada 8 orang kut masa tuh. Staff lagi ramai dari patient. Huhuhu
Then jumpa la Doctor Pakar dalam Orthopaedic, Trauma & Joint Replacement Surgeon - Dr VijayaChandran Viswalingam.
Bila tengok je kaki Mama yang buruk itu, doctor tanya tang mana yang sakit? Mama pun explain la sedetail-detailnya. Tak detail kang salah ubat plak. Hehehhe
Doctor kata kena x-ray. Maka, pegi la ke Bahagian pengimejan. Nampaknya Mama sorang je patient, jadi terus masuk bilik untuk x-ray. 

Ini la rupa bilik x-raynya. Tapi mama takde la kena baring. Duduk je atas katil tu, then pijak atas plate warna hitam. Dua kali amik gambar, dari atas satu dari tepi satu. Then selesai. Mama tunggu kat luar.   Tak berapa lama pastu dapat CD. Pegi balik tingkat 1, jumpa Dr. Chandran. 
Tengok x-ray (which is dah ada dalam system, tengok kat PC je) nampak la tulang paling hujung kat area kuku tu retak. 

Doktor : kerja macammana?
Mama : kerja opis, duduk je.
Doktor : Nak rehat tak?
Mama : nak ( sambil sengih )
Doktor : saya bagi MC sebulan.
Mama : Hah?? Sebulan? Lamanya, seminggu dah la kut.
Doktor : OK, awak nak kerja bila (sambil tengok calendar)
Mama : 27 Mei OK kut.

Doktor minta tunggu kat luar sementara staff sedia kan barang untuk bandage.
Sementara tunggu tu, layan la drama TV3. Eh! Syarul Ridzwan berlakon. (Tengah demam drama #hatiperempuan)

Bila dah ada barang untuk bandage, doktor balut kan.



Ada besi boleh lentur yang attached dengan polistrin. Cover bagi jangan ibujari tu duk tegak je. Tak leh gerak-gerak.

Keadaan ibu jari kaki Mama pada hari ke 11. 
Pintu sliding almari baju sudah di removekan. Fobia nak tolak pintu almari. Huhuhu

Hari ni 3hb June, follow-up KPJ Rawang.  Doctor bagi ubat sapu je. Nak kena pegi lagi 25hb July untuk x-ray. Doktor kata, tulang masih retak. Belum cantum lagi. Makan masa katanya.
Hari ke 19.

Wednesday, May 20, 2015

Boat Noodle & U-Bowl at D'Pulze Cyberjaya

Hari ni kita main bowling di U-Bowl. Tempat baru, kasut baru, bola baru tapi tak menjamin strike hokeh! Hahahahha

Bowling kali ni lebih kepada mengajar Aisya dan Amna membaling. Aisya boleh tahan skill nya. Ada gaya nih. Kalau digilap boleh jadi pemain kebangsaan. Eceh! terover imaginasi plak.

Amna pulak memang kena lebih latihan lagi. Bola asyik masuk longkang & stop kat tengah2. Kikikiki

Mama ngan Papa dulu hebat main bowling nih. Antara aktiviti utama masa study kat Jepun dulu. Tapi itu semua tinggal kenangan. Yang ada sekarang sakit lenguh-lenguh tangan lepas main. Hehehhe


Lepas main bowling, masa untuk makaannnnn. Yeayyyy!!
Hari ni makan Boat Noodle. Lama dah teringin makan kat Boat Noodle ni. 1st time nampak kat instragram Hanis Zalikha ( ye.. Mama memang suka skodeng instagram retis ). Lepas tu ada freind fb yang tunjuk mangkuk-mangkuk Boat Noodle dalam FB. Huh!! Bertambah-tambah level teringin tu tauuu.

Okeh, ini menu dia. Sekeping kad keras sebesar alas pinggan makan. Ada depan belakang. Yang bestnya ada "Order Guide For Newbie". Saya Newbie!! So Mama follow as per guideline. 4 mangkuk untuk Mama & Papa. 2 mangkuk each untuk Aisya & Amna. 1 manguk each untuk Aimy & Ali. 1 mangkuk RM1.90. Nampak cam murah kan. Tapi cuba kira. 4 mangkuk = RM7.60.

Bila sampai mangkuk-mangkuk tu. Alamak!! Samaaaa je, yang mana satu ayam, yang mana satu daging. Eh! Daging & ayam boleh beza. Yg tak leh beza ayam ada 2 jenis menu. 
Tak kisah lah. Makan jer.
Hmmm.. Supnya rasa masam-masam pedas. Semua rasa seakan-akan sama. Makan 4 mangkuk tu pun dah rasa kenyang. Aisya 1 mangkuk dah cukup. Errrkkk. Ke sebab pedas? Aimy & Ali pun tak leh abis 1 mangkuk. 
Maka, Mama yang tukang perabih kan.


Ada lagi satu menu, kueh apatah kaler putih. Nampak macam tepung pelita je. Tapi dah habis pulak. Macam hint surih datang lagi je. Hehehe

Mama nak datang lagi. Tapi bila tanya Papa. "Tak nak".
Alaaaaaa........

Tarikh kejadian : 19 April 2015
Happy 38th Birthday to me.


Monday, April 20, 2015

Citadines Apartment Hotel, D'Pulze Cyberjaya

     Pada Sabtu lalu,aku dan keluarga telah pergi bercuti di Siberjaya,Selangor.Kami ke sana untuk meraikan hari ulang tahun ibuku.Kami telah menempah tempat di sebuah hotel yang bernama Citadines.Hotel itu bagaikan sebuah apartment namun ianya tetap sebuah hotel.
     Pada waktu petang,hari pertama di sana,kami bermandi kolam.Sewaktu kami tiba di kolam hanya kami sekeluarga yang ada.Kami seronok mandi.Jam menunjukkan pukul tujuh petang,kami mengelap badan dan bersedia untuk balik ke bilik hotel.Selepas kami bersiap,kami makan malam di sebuah kedai makan sushi.Sushi di sana sangat sedap.Bapaku keluar dari kedai makan secara tiba-tiba.Beberapa minit yang lama,bapaku pulang,kami ternampak sebuah kotak yang mengandungi mini cupcake.Kami menikmati sushi dan juga mini cupcake dengan tenang.
     Pada keesokkan harinya,kami bersarapan di Big Bob.Bapaku order roti wafel,salad,air oren dan yang lain lagi.Selepas itu,

...................
karangan dari Aisya.

Apa ni, tulis karangan tak siap. 
Menikmati sushi dan mini cupcake dengan tenang yang tak tahan tu.. "tenang" sangattttt.. dengan Ali keluo masuk nya. Hahahhahaha.
Biar mama sambung lah ye...


Citadines Apartment Hotel - hotel baru di Cyberjaya. Style apartment, Mama booking Apartment Type - 1 bedroom Executive. Ada beberapa type lagi bleh tengok kat http://www2.citadines.com/en/malaysia/cyberjaya/dpulze.html

Harga : RM228.53 termasuk GST segala bagai tu lah. Termasuk jugak breakfast untuk 2 orang.

Interior simple dan cantik. Tapi nak cari lobbynya tricky sikit. Sebab bangunan sekali dengan shopping mall + Tune Hotel + residence. Dari luar tak nampak macam lobby hotel pun. Huhuhu. Sila follow signboard Citadines Apartment Hotel.

Bila masuk bilik, perasaan tu macam masuk rumah sendiri. Hahahaha.. Tapi rumah nih jauh lebih cantik lah kan. Ada kitchen cabinet kaler putih yang cantik dan very my taste ( peti ais, toster, microwave, pinggan, cawan, sudu, cerek ). Kat ruang tamu ada meja kerusi, sofa, tv.
Sapa yang nak stay seminggu dua memang sesuai duk sini kut.

Check plak bilik dia, ada 2 katil bujang ( mana nak tido nih, toto lupa nak bawak plak. Hahahahha ) diantara bilik tido dan bilik air ada meja & cermin besar. Seswai nak buat kerja la, kalau yg datang untuk buat kerja. Kami buat tempat make-up la kat sini. Dalam bilik pun ada tv. Budak-budak layan kartun dalam bilik. 
Bilik air takde bath tub. Ada shower je. Pengaliran airnya sangat lah lambat. So, mandi dengan air yang agak bertakung. Hmmmm..

Swimming pool! Tempat wajib pegi. Ada kat tingkat 8. Takde pool untuk budak-budak. Nampak sangat hotel nih bukan tuk family. Kihkihkih..tapi budak-budak tetap seronok. Orang pun tak dak. Dah nak selesai baru ada 2 couple datang.

Dinner kat D'Pulze Mall. Bagi pilihan kat budak-budak. Nak makan nasi Arab ke sushi. Semua pilih sushi, poyo sangat budak-budak nih. Mama dah mayoteru(confuse) dah makan apa sebab ada SABA Restaurant ( sebelah D'Pulze ) dan ada Noodle Boat. 
So makan la kat Sushi Zanmai. Thank you Papa belanje. Muah! muah!

Ini minicupcake yang super comel. Masa Papa duk melayan Ali yang keluar masuk kedai, Papa beli minicupcake yang kioks nya ada kat depan Sushi Zanmai.
Comel gila cupcakesnya, rasa tak sedap mana tapi sebab comel kan, sekali ngap je.
Website depa : http://houseofmini.com

Lepas makan, bawak budak-budak kat area mainan. Tapi pukul 9.30 malam dah tutup. Tapi bleh lagi la nak pegang-pegang. Save duit papa. Hehehe.

Esok paginya 19 April 2015, breakfast voucher hotel untuk 2 orang. Makan di Big Bob Burger. Ada beberapa set breakfast yang boleh dipilih. 2 free dan tambah lagi 2 set. 1 set RM12.00.
Tak kenyang! Huhuhuhu..
Restoran ni sebelah dengan tempat mainan. Budak-budak duk keriau nak main. Tapi tak bukak lagi.

Lepas makan, budak-budak sambung mandi kolam. Mama sambung tido. Hihihi
Check-out pukul 12. 
Lepas ni sambung lagi aktiviti kat D'Pulze.
Tungguuuuu...








Sunday, April 19, 2015

Reunion 20 Tahun MRSM Balik Pulau

Date : 29-30 November 2014
Location : Corus Paradise Hotel, Port Dickson
Activity :
Day 1 
- Treasure Hunt from Putrajaya to Port Dickson
- Ice Breaking
- Dinner
- Bunga Api
Day 2
- Sukaneka

Seronok!!
Itu perkataan paling sesuai untuk pengalaman reUnion MRSM BP kali ini.
Terima kasih kepada ahli exco yang sangat rajin dan berusaha menjayakan reUnion ini. Memang salute lah!
Mama tolong beli & balut hadiah je.

Gambar sebelum start Treasure Hunt. Mama sampai lambat, tak masuk gambar (T_T)

Dari Putrajaya-Cyberjaya-PD
Dari pukul 9.30am sampai PD pukul 3.00pm. Hahhahaha.. Punya lah lama.
Tapi dapat nombor 5. Heheh

Ice Breaking ikut rumah/dorm. Samudera girls yg turun 2 orang je. Jadinya yang banyak kena join bdak laki lah.
Yang pasti semua main ngelat!

Elsa & Elsa & "Olaf"
Class 4/5 C : Hani, Farid, Cik Ida, Farah & Azma
Dorm/rumah Samudera : G, Ieto, Yen Ying & Cik Ida.

Day 2, tak dapat join sebab kena gerak balik. Aimy ada majlis smart reader graduasi di Kuala Kubu.

Wednesday, July 30, 2014

Resepi Brownies Untie Ujen Yang Sedappp....

Brownies Ujen

400gm cooking choco
250gm butter 
(Double boiled)

6 bj telur
320gm brown sugar
20gm choco emulco
1 tsp vanila
(Campur n kacau sebati)

Masukkan both adunan dan kacau

80gm tepung
60gm choco powder
(Ayak dan gaul kat adunan atas)

Bakar dlm suhu 160-180
Selama 1 jam .ikut oven..resipi asal 1 jam 30 min


Mama suka sangat brownies resepi untie Ujen ni. Kenyal2 gitu.. Nak buat lagi! InsyaAllah.
Thank You Untie Ujen for the recipe♥︎

Monday, July 21, 2014

Gotong Royong Buat Biskut Makmor

Minggu terakhir sebelum raya - 19 July 2014, balik kampung Atuk (Sungai Siput).
Kebetulan pulak kawan Mama, Untie Chah & Untie Sherry (Kak Pah)  pun balik kampung juge. Mula la planning nak jumpa melepaskan rindu. Tapi alang-alang bersembang, dari pada tak de buat apa, Untie Chah cadangkan buat biskut makmor. Elok beno le tu, Amyra memang suka beno biskut makmor nih.

Lepas berbuka, Untie Chah amik Mama pegi umah Untie Noeni. Aunti Sherry (Kak Pah) & Untie Ariza dah sampei dah.  Papa bawak keta pegi Terawikh. Anak-anak Mama semua tak sedor diri dah..seronok main bunga api dengan sepupu sepapat. Mama naik keta, deme buat nohen jer..hehhe
Dalam pukul 9 lebih, bermula la projek Biskut Makmor sambil bersembang. Memang senang buat biskut makmor nih. Tak sedor, tengok-tengok dah dapat 4-5 balang. Balang kecik ler. Rasa pun sedap!

Untie Noeni jamu laksa ngan cendol. Untie Ariza bawak sengkuang calit.
sambil nyembang sambil makan, sambil gentel biskut makmor. Memang seronok sangat!
Sedor-sedor dah pukui 1 pagi. Dapat bawak balik sorang sebalang.
Ada yang tak abis bakor lagi, tinggei kat tuan rumah. Tuan rumah (Untie Noeni) esoknya hantor lagi sebalang kat Mama..huhuhu

Tahun depan kita buat lagi ye kome. Idok nyembang kosong jer. Nyembang ada hasil.
Terbaeeekkk!!!










Monday, September 16, 2013

Mini Reunion Samudera Girls

Date : 10 Sept 2013
Location : rumah Lea.

Alhamdulillah, setelah bertahun-tahun tak jumpa.. (Ada yang last jumpa masa kat MRSM dulu nun! Dah dekat 20 tahun.. Perghh lama tu.. ) akhirnya dapat jumpa hari ni. Terima kasih pada untie Lea selaku tuan rumah.

Mama ambik cuti hari ni, lagi pun ada urusan lain yang Mama nak buat. So, dari pagi macam biasa hantar anak2 gi sekolah & taska. Aisya tak sekolah kebangsaan pagi ni sebab cuti UPSR. Mama ajak sarapan nasi lemak sedap.
Selesai sarapan, balik umah jap. On the way nak keluar baru hantar Aisya gi taska balik sebab petang Aisya ada sekolah agama.

Dalam pukul 10.30 pagi Mama dah sampai kat Rawang, beli barang sket tetus gi Jakel Shah Alam. Beli kain untuk shawl. Lamanya tak update stok baru. Huhuhu..Lepas beli kain dalam pukul 130 tghari gerak ke Puchong.

Dari Shah Alam ke Puchong nih tak biasa sangat jalan. Kalau ikut WAZE jalan yg ditunjuk tak pernah lalu pun. So, ikut direction yang untie Azlea bagi. Tapi tersasar jugak.. Hahah.. Tersilap masuk Puchong Jaya, kena u-turn balik.. Kena bayo tol 2 kali.. Huhuhu

Akhirnya berjaya sampai umah untie Lea dengan guna WAZE. Mama org kedua sampai. Untie G orang pertama.















Monday, September 02, 2013

Iphone5 masuk air



Seperti malam-malam biasa, kalau Mama iron baju sekolah kakak mulalah Ali mengenden nak iron baju sekali. Mama pun umpan dengan handphone supaya Ali tak kacau Mama iron baju...Lepas dapat handphone Ali pegi ke ruang tamu. Ingatkan Ali main handphone Mama dengan Kakak Mimi. Rupa-rupanya Ali pegi bilik air dan masukkan handphone Mama ke dalam baldi yang penuh air. Mimi datang bawak handphone Mama yang dah basah...Uwaaaaaaaaa!!! Mama rasa nak pengsan!

Update status kat fb, minta tolong Papa. Tak boleh nak pikir dah masa tu blank!
Ada yg bagi link, apa nak buat kalau iphone kena air. Ada tips tu rendam dalam beras. BERAS?? Dah la iphone ni tak leh bukak sendiri selain dari lubang simcard tu.. Cam tak logik jer letak dalam beras.
Nak blow ngan hairdryer pun tak jumpa hairdryer kat mana.. Mama pasrah...

Hari Sabtu pi hantar kat kedai Handphone Parkson Rawang. 2-3 hari baru leh dapat result apa yang rosak. Techniciannya sabtu halfday, ahad cuti. Pagi Isnin Mama follow-up call kedai..belum check lagi..masuk hari nih 4 hari Mama takder handphone. No wassap, no fb, no blog, no taking picture...uwwaaaa....Separuh jiwa ku pegi..huhuhuhu

Baru call kedai handphone Rawang, ber tanya kabar berita iphone5 Mama tu...DAH TAK BOLEH REPAIR......uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!! main board dah rosak..kalau tukar pun mahal, baik beli baru......sesak napeh...

Sunday, July 07, 2013

Farewell Outing

Wahhh!! Lamanya tak hupdate!
Banyak cerita nak story tapi tersekat kat photo album jer.
Sebelum Ramadhan, Mama & kawan-kawan pegi jalan-jalan makan-makan sempena farewell untie Ckin. Sob!sob!sob!

Mula-mula breakfast kat SukhoThai, 1st time breakfast kat sini. Ada roti canai, nasi lemak & kueh mueh. Tempat yang sesuai makan roti canai kalau tak suka pegi kedai mamak :). Lepas tu terus pegi The Curve, kedai pun tak buka lagi. Kihkihkih.

Sementara menunggu Untie Ckin (Untie Ckin duk Shah Alam, yang lain semua duk Bukit Beruntung) kami shopping hadiah utk untie Ckin & baby Adrian.
Bila Untie Ckin dah sampai, sambung shopping lagi.. Parkson kat The Curve ni mahal betul harga barang2nya. Memang bukan taste my pocket lah. 

Hari ni lunch kat Bubba Gump Restaurant. Sepatutnya makan shrimp, tapi sorang pun tak order shrimp. Kehkehkeh..
Suka sangat decoration kedai ni. Harga makanan memang mahal la.. Dalam range RM25~RM50 kut.. Itu belum masuk air lagi. Kalau nak makan sini, time bonus boleh la. Hahahah

Lepas makan, bergerak pegi One Utama plak. AEON lebih affordable kalau nak shopping. Akhir sekali singgah di Big Apple Donut, tapau donut untuk anak-anak tersayang. Sebelum tu terjumpa Sofea Jane!! Perghhh cantik gila!! Terkedu mama tengok Sofea Jane.

Today was fun. Hope will hang out with girlfriends again.

























Daisypath Anniversary tickers