Travel

Showing posts with label aimy. Show all posts
Showing posts with label aimy. Show all posts

Saturday, April 05, 2014

Pertama Kali Pergi Rombongan Sekolah

21 March 2014 ( Jumaat ), hari terakhir sebelum cuti sekolah. Smart Reader Adenium buat field trip ke Petrosains dan Zoo Negara. Bayaran rm70.

Nasib baik ada fb, dapat la Mama tengok Aimy berrombongan. Nampak excited sangat Aimy dengan kawan- kawan. 

Bila balik rumah, Mama tanya macam-macam sampai Aimy tak terjawab. Kakak-kakak plak yang lebih-lebih cerita pasal pengalaman masing-masing. Huhuhuhu ^^;
















Saturday, February 22, 2014

Ali dapat hadiah ~ terima kasih cikgu!

Kat taska Ali ada cikgu praktikal dari UPSI ( tak sangka plak kat taska pun ada student praktikal.. Huhuhuhu ) Semalam (jumaat) petang, masa amik Ali dan Amyras dari taska nampak Ali pegang hadiah. Cikgu Sal bagitau Cikgu Praktikal bagi. Depa last esok. Cikgu Sal tanya hantar tak Ali esok, sebab esok depa last. 

Terima kasih kepada Cikgu Anne. Mama dengar Ali manje sangat dengan Cikgu Anne nih. Cikgu Anne dah takde nanti mesti Ali rindu. Minta maaf sangat-sangat sebab tak hantar Ali pagi tadi.

Sampai je rumah, sebuk je Kakak Aimy nak bukak hadiah Ali. Aimy pun ada 'hadiah' juga. Kasut smart reader baru dapat!! Sebulan lebih baru dapat.. Adoyaiii...tapi takpa la. Nasib baik dapat jugak. Semangat Aimy nak gi sekolah!

Aimy jugak tak lupa tunjuk rama-rama yang Aimy buat kat sekolah. Happy sangat! Tengok la gambar.. Kemain excited. Huhuhu

Kenapa Aimy pakai baju kurung? Mama pun tak tau kenapa Aimy suka sangat pakai baju kurung ni. Sebab corak-corak love tu kut. Memang jadi baju basahan Aimy ni. Baju kurung lain takde plak Aimy nak pakai selalu.






Saturday, January 18, 2014

Aimy 1st Day School

Tahun ni Aimy @ Mimi dah masuk 5 tahun. Sampai masa untuk Mimi pegi sekolah. Seperti Kakak Aisya & Kakak Amna, 5 tahun Mama hantar masuk Smart Reader. Walaupun yuran bulanan + transport RM385 (mahal!!) tapi demi mensamaratakan dengan kakak2, Mama sanggup :p.

1st day school tak dapat uniform lagi. Agak slow management kali ini. Student baru pun tak ramai. Which is good. Harapan Mama supaya teacher dapat lebih concentrate to each student. 
Mimi mula-mula cool je, bila teacher ajak masuk kelas. OK je. Tapi bila ada yang start melalak dan lari keluar kelas, Mimi pun sama melalak. Huhuhuhu...
Hari kedua, Mimi naik transport 'Atuk'. Papa citer, mengamuk tak mau naik. Tapi Papa paksa jugak naik dengan 'Atuk'. Balik OK plak.

Hari ketiga dah OK, siap duk depan lagi. Huhuhu..
Uniform dapat hari Kamis. Itu pun baju tak dapat size yang di request. Nak size S, dapat size L. Dah la beso... Kasut pun tak dapat lagi sampai hari ni..
Tapi dah dapat baju tu dah OK dah sebab Mimi dah setat tak nak gi sekolah sebab takde uniform. Bila dapat uniform, baru semangat. 

Tiap hari tanya, hari ni Mimi belajar apa? "Kaler". Itu la Mimi jawab hari-hari.
Tapi Mimi dah pandai sebut One-two-three dengan slang omputeh walaupun pelat. Kikikiki...













Tuesday, October 08, 2013

Ambrynaa Shawl ~ AIMY halfmoon plain


❤ RM25 only (beli 2 FREE delivery)
❤ Material : High Quality Chiffon. Lembut & sejuk dipakai.
❤ Design : Half Moon
❤Size ( cm ) approx. : 150 x 75

Sila email order anda ke:

ambrynaashawl@gmail.com

Sila sertakan:

Nama
Alamat
No. Telefon
Code

❤Happy Shopping!!





Saturday, July 20, 2013

AMBRYNAA shawl ♡ AIMY ~ Plain Halfmoon

❤ RM25 ( buy 2 & more FREE postage )
❤ Material : High Quality Chiffon. Lembut & sejuk dipakai.
❤ Design : Half Moon
❤Size ( cm ) approx. : 150 x 72

Sila email order anda ke:

ambrynaashawl@gmail.com

Sila sertakan:

Nama
Alamat
No. Telefon
Code

❤Happy Shopping!!
❤Warna gambar mungkin sedikit berbeza dari warna sebenar.













Wednesday, June 05, 2013

Aimy & Telur Rebus

Hari ni dinner kat kedai makan depan/sebelah Pasaraya Eng Hong. Papa order untuk Aimy - nasi putih suku, ayam goreng dan telur rebus. First time Papa order menu ni untuk Aimy kat kedai. Biasanya menu ni makan kat rumah jer. Telur rebus memang kesukaan Aimy.
Kalau pegi kenduri dapat telur rebus, belum sampai rumah telur rebus dah habis Aimy makan. Huhuhu

Kat rumah pun selalu rebus telur khas untuk Aimy. Sebijik tak cukup, paling tidak 2 biji. Takut nak rebuskan banyak-banyak. Nanti tak nak makan benda lain plak.
Sampai bila agaknya Aimy nak makan telur rebus ni...



Monday, May 27, 2013

Ambrynaa Shawl ♡ AIMY ~ halfmoon plain


❤ RM35 (FREE delivery )
❤ Material : High Quality Chiffon. Lembut & sejuk dipakai.
❤ Design : Half Moon
❤ FREE handmade Flower Pin comel dengan kain yang sama.
❤Size ( cm ) approx. : 150 x 72

Sila email order anda ke:

ambrynaashawl@gmail.com

Sila sertakan:

Nama
Alamat
No. Telefon
Code

❤Happy Shopping!!
❤Warna gambar mungkin sedikit berbeza dari warna sebenar.

Status:
AIMY01 - Available
AIMY02 - Available
AIMY03 - Available
AIMY04 - Available
AIMY05 - Available
AIMY06 - Available
AIMY07 - Available
AIMY08 - Available
AIMY09 - Available
AIMY10 - Available






















Monday, October 01, 2012

Basikal Motor : Mama & Papa Jakun!

Pernah naik Basikal Motor?
Rupa macam motor, tapi sebenarnya basikal...huhuhu
Basikal yang ada enjin berkuasa elektrik yang menggunakan bateri yang boleh di charge.
 
Balik kampung baru-baru ni, Papa nampak sesuatu yang baru kat garaj Atuk..jeng!jeng!jeng!
Mula-mula ingatkan motor, sebab ada plat nombor. Tapi awat plat K? Beli kat Kedah ke? Rupa-rupa nya plat tu, Atuk yang letak...KHA tu..sempena nama Nenek! Hahahhaha..memang kreatif Atuk nih.
Atuk beli untuk nenek, supaya senang nenek nak kemana-mana dalam felda nih. Nenek memang tak pandai bawak motor. Basikal motor ni takde gear, "press" je terus gerak. Kalau bateri abis, ada pedal untuk kayuh.
 
Mama dan Papa pun menerai la basikal motor nih..Switch ON, 'press' je terus jalan. Mama terketor-ketor jugak membawanya. Rasa bergoyang-goyang. Amyras macam biasa..over excited!
Ali boleh usha jer kakak-kakaknya meround dengan basikal motor nenek. huhuhu
 
 
Terjadi jugak incident, Amna mem'press' basikal nih dan berjalan!! Nasib baik dapat diselamatkan. Salah Mama la sebab tak switch OFF enjinnya.
Mama ingatkan dah switch OFF sebab takde bunyi kan..huhuhuhu
Kalau Motor betul tu..mau dah melambung dibuatnya!!
Nasib baik takde apa-apa. Syukur Alhamdulillah.
 
Atuk nak bawak Amyras meround

Aimy yang baru mandi, rambut pun tak sikat lagi!!

Pak Dollah new family ;p

'Ali muka mengantuk

Amna lari lagi laju kuuutttt...hahhahhah

Turn Papa pulak kena bawak Amyras round


Daisypath Anniversary tickers