Travel

Friday, June 29, 2012

HARD ROCK CAFE, HO CHI MINH CITY

Kalau pegi tempat yang ada Hard Rock Cafe, mesti nak beli t-shirt dia. Kenapa ek?? Padahal, harga t-shirt dia mahal woooo..

Sama la dengan pegi Ho Chi Minh ni, kalau tengok itinerary tak de pun. Tup-tup Mr. Trii kata lepas makan pegi Hard Rock. Mesti Ucu yang suruh pegi niiii....

Masa ni souviner shop nya tengah renovate, so depa letak barang2 dekat corridor restaurant. Barang pun tak banyak. Yang berkenan tak de size. Tak banyak pilihan. Mama beli untuk Mama dan Papa jer. Untuk anak-anak takde budget. Huhuhu

Satu bangunan dengan Hard Rock ni ada restaurant Jimmy Chinn. Chef Celebrity, selalu tengok dia dalam AFC. Masa sampai, ada majlis TM dengan Jimmy Chinn ni. Orang-orang Malaysia jugak, tengah duk bergambar. Mama pun tumpang amik gambar.. Hehehe.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget