Travel

Showing posts with label jalan2. Show all posts
Showing posts with label jalan2. Show all posts

Friday, October 05, 2012

Cameron Tea Bharat Tea Shop

Satu lagi tempat WAJIB singgah bila pegi Cameron Highland ni kat Tea Bharat Tea Shop.
Sepanjang jalan dari Simpang Pulai ke Tapah ada 3 kut kalau tak salah Tea Shop nih.
Tapi yang Mama & Papa singgah Tea Shop yang pertama sebab boleh masuk kebun tehnya. Kalau Tea Shop yang lain jauh sikit dan menjunam ke bawah. Gayat!! hehehhe

Rasanya macam ada Tea Shop baru, next time la singgah kalau ada chance lagi...yer Papa yer :)
Kalau kat Tea Shop nih mesti tak minum teh kan..rasanya macam baru lagi makan..huhuhu
Tapi order jugak la teh tarik. Makanan kat sini pun tak best sangat..tapi sebab kedudukan di sebelah ladang teh itu yang menyebabkan naaaakkk jugak singgah.

Kalau nak beli souvenir pun ada. Tapi Mama jarang masuk kedai souvenir nih...malas!
Nanti adaaa je benda nak dibeli...huhuhu

Jom layan gambar lah..

Teka 'Ali nangis ke gelak? hehhe.
Makanan tak sempat nak buat "foodography" dah air tumpah..

'Ali tak berapa baik moodnya..tak gelak pun :(

Garang tak Papa? Tengah marah Aimy sebab tumpahkan air nih...ekekkek

Amna buat gaya K-Pop...ekekkek (Mama yg suruh)

Waahhhh..pandainya Aimy posing..mood tgh baik la ni, walaupun baru kena marah ngan Papa..hehe

Sepanjang perjalanan balik, Aimy bergayut kat tepi tingkap melihat pemandangan Cameron Highland :)

Tuesday, October 02, 2012

Green View Garden - Strawberry Farm, Cameron Highland

Lamaaaaaaaaa rasanya tak jalan2 ke Cameron Highland.
Hari ni kali pertama lah Ali jalan-jalan Cameron Highland.
Mama kalau pegi Cameron Highland, ada 2 tempat jer yang wajib singgah. Lagipun perjalanan ni persinggahan jer..on the way dari Sungai Siput ke Bukit Beruntung. Kiranya lalu jalan jauh sikit. Masuk Simpang Pulai dan turun kat Tapah. Belum pernah lagi Mama & Papa bermalam di Cameron Highland, kecuali masa retreat VID. Tapi itu aktiviti opis Mama, tak leh la masuk dalam list bercuti..kan..kan..

Anyway, nak cerita pasal perhentian wajib yang pertama - Green View Garden - Strawberry Farm. Farm ni antara yang terawal akan dijumpai kalau naik ikut Simpang Pulai. Ada Farm lain, tapi Farm ni yang paling best. Kalau singgah sini, wajib makan dessert dia lah. Macam2 dessert yang diperbuat dari strawberry. Tapi kali ni Mama order jugak makanan sampingan lain. Kelaparan punya pasal. Niatnya nak makan steamboat, kedai2 makan banyak kat Tanah Rata. Jauh lagi nak sampai ke sana tu. Maka terkuburla niat nak makan steamboat, simpan untuk next trip plak. hehehe..
Selain dari cafe, ada jual jugak souviners, sayur dan bunga segar. 

Amyras seronok berlari2 kat kebun sayur dan bunga. Papa, Mama & Ali lepak jer tepi kolam ikan koi. Makanannya tak la sedap sangat..biasa-biasa jer..harga pun mahal..huhuhuhu..Tapi suasananya yang best. 
Next time sure singgah lagi..

Mini Strawberry Steamboat : Fish & Chips
  

Tuna Sandwiches : Red Evil

Mash Potato
Mini Strawberry Steamboat

Gambar 'Ali salah fokus plak..

Nyummm...nyummm...tertibnya 'Ali makan :)

Yang lain Amyras makan, tinggalkan Mama makan cherry tomato..huhuhu

Sunday, July 08, 2012

DESSERTS TIME @ THE APARTMENT

Sejak 1st time makan Chocolate Pudding & Vanilla IceCream kat The Apartment memang ada plan nak repeat kalau ada chance. And today is the day!! Yayy!!

Hari ni memang pegi The Apartment semata-mata untuk desserts.. Nyumm!! Nyumm!! Tq Papa♥

Selain choco pudding mama order Pavlova untuk Amyras dan Red Velvet kek untuk Papa. Pavlovanya comel2 4 pieces. Tapi tak boleh lawan Pavlova Serai. Red Velvet dapat rasa sesuap jer, tengah sebuk2 tengok2 dah abis!! Gambar pun tak sempat ambik, laju betul Papa makan. Huhuhu..

Tapi ada 'gangguan' yg menyebabkan tak bleh nak enjoy sangat dengan my chocholate pudding. Spoil betul!!

Thursday, November 24, 2011

Red Velvet Cup Cake @ Delicious Cafe One Utama

Ini kali kedua Mama masuk Delicious Cafe kat One Utama. 1st time masa celebrate birthday Mama, dating ngan Papa kat sini :)  http://ambrynaa.blogspot.com/2010/04/delicious-one-utama.html

Kali ni, Mama ajak papa makan kat sini sebab teringin makan PASTA.
 Baru2 nih tengok AFC's Next Celebrity Chef, ada buat shooting kat Delicious. Katanya Delicious terkenal dengan pasta & desserts yang sedap. So, Mama teringin nak rasa pasta kat sini. Sebelum nih Mama makan desserts ajer.
Jadi, sementara tunggu Smart Reader Kids Concert, Mama ajak Papa makan kaat sini.

Bila dapat duduk, waiter bagi meja sebelah kaunter display kek. Mata Mama tertumpu kat Red Velvet Cup Cake! Memang nampak yummylicious!!
Teringat Red Velvet cup cake yang Untie Hada hadiahkan pada Untie Izan. Masa tuh makan kongsi dengan Untie Ujen.
Mama terus order Red Velvet Cup Cake nih..harga RM6.90 sebiji.
Dia punya Cream Cheese memang sedap! sangat kena dengan red velvet cake.

Red Velvet Cup Cake

Aisya & Aimy tak de pulak nak menge'pau' kek Mama nih...so, Mama dapat menikmatinya seorang diri...huhuhu...

Suka gambar air kosong ni....

Warm water walaupun tak minta memang dapat, so Ice Latte yang Mama order tak habis pun. Tapi boleh tapau :)
Selain dari Red Velvet Cup Cake, Mama order Carbonara Spaghettini. Susah jugak nak pilih, sebab menunya takde gambar...hehheh 
Besar gila pinggan Carbonara Spaghettini ni, isinya pun banyak.
Siap Mama bagi Papa perabis kan.

Carbonara Spaghettini (with Wild Mushroom, Beef Bacon, Oregano & Cream)

Papa pulak makan Apple Pie with Vanilla Ice Cream. Tapi Vanilla Ice Cream awal2 lagi Aimy dah kebas! Huhuhu...siannn Papa.


Apple Pie with Vanilla Ice Cream

 Memang nampak sedap Apple Pie ni, tapi Mama tak sempat nak rasa, tengok2 dah abisssss....lajunya Papa makan :)


Comotnya Aimy!!

Aisya tak nak makan apa-apa. Layan Strawberry Shake aje.


Mama & Papa :)
 Ini lah menu Hi-Tea for Two yang Mama makan dulu, item dan harganya pun masih sama RM59.90.
Tapi cuma available dari pukul 3pm hingga 6pm sahaja tau!


Hi-Tea for Two
Suasana & interior design Delicious Cafe memang sangat selesa & cantik. Suka sangat kombinasi warna2nya. Suka!Suka!Suka!

Sila layan gambar2 di bawah yang Mama ciluk dari  http://www.thedeliciousgroup.com/
:)





Wednesday, November 23, 2011

Lunch Date With Doc Laila @ Restaurant Saba, Cyberjaya

Hari Sabtu yang lepas, Mama jumpa kawan-kawan Mama kat Restoran Saba, Cyberjaya.

Mama memang suka bab jumpa kawan2 nih:). Tambahan pulak nak jumpa Laila yang dah lama tak jumpa. Last jumpa bila pun tak ingat, mungkin 10 tahun yang lepas kut. Perjumpaan yang dirancang oleh Zarina ini, bersempena kedatangan Laila ke KL atas tugasan rasmi. Sambil2 tu jumpa la kawan2 yang lama tak jumpa nih! Laila atau Doctor Laila..(bangganya ada kawan2 berprofession Doctor nih :)...) sekarang bertugas di Hospital USM Kota Bharu, Kelantan.

Laila masih macam dulu, ceria & kecoh! Cuma makin cun sebab dah takde 'pagar'.
Papa pun kenal Laila sebab masa kat Jepun Laila study kat Nagoya, Papa study kat Toyota. Dekat jer Nagoya & Toyota tu..kalau ada gathering student Malaysia selalu jumpa.
Papa panggil Laila, 'Gigi Besi'...:)

Senyuman Doc Laila yang dah tak der 'pagar'. :)

Untie Izan, orang yang terakhir sampai..padahal dia paling dekat ngan Cyberjaya...hehhehe..ramai lagi geng Ojosama yang tak dapat datang...almaklum la hari Sabtu..masing2 ada aktiviti masing2.

Mak Buyong Izan & Dania yang pandai posing
  Tak banyak gambar makanan yang Mama dapat amik, sebab takut tak puas sembang...huhuhu..Masa terhad sebab Laila nak kena naik flight dan kena bertolak dari Cyberjaya pukul 2.00 ptg.
Mula2 rasa macam banyak jer nasi Kabsah Lamb yang Mama order nih...tengok2 habis!..tinggal seketul daging kambing. Nasinya memang dah sedap walaupun kering tak de kuah..makan macam tu jer pun sedap..jadi, makan lauk sikit jer sampai berlebih. Aisya punya chicken grill pun tak habis so, tapau bawak balik untuk makan malam ;)
Zarina order Salad Cucumber, Mama rasa sikit...mak oiii masamnyaaaa....memang tak kena dengan tekak..masam semata2....Cam mana la orang arab makan nasi ngan yogurt nih ek? Macam tak seswaii jer...huhuhu

Kabsah Lamb, Chicken Grill & Salad Cucumber
 Kalau Laila turun lagi KL, boleh jumpa lagi OK!
Semoga Laila & Zarina cepat2 dapat bertemu jodoh :)

Kawan-kawan Mama
 Sambil Mama bersembang, Amna duk amik gambar. Menjadi jugak gambar yang Amna amik :)
Ada bakat jadi photographer ker? huhuhuhu

Photo taken by Amna, cantik kan?
 Tiba masa untuk Zarina hantar Laila ke airport. So, sampai jumpa lagi..

Semoga berjumpa lagi

Lepas tu memang tak de plan nak pegi mana-mana...tapi dah dekat dengan Alamanda, pegi la singgah Alamanda kejap. Singgah beli pampers & susu kat Carrefour...hehhehehe...ramai jugak orang kat Alamanda hari ni.
Tapi Mama tak larat nak jalan2 laa...(duit pun x der sebenornya..sebab habis kat USS ari tu...heheh), lepas beli barang terus balik. On d way balik, Mama tido sepanjang perjalanan..Sorry yer Papa, co-pilot tido..heheh

Saturday, November 19, 2011

Universal Studio Singapore 3D2N : Day 3 ~ Masa untuk balik dah.....

Hari ke 3 di Johor Bahru. nak balik dah ari ni..
Lena betul tido, penat punya pasal..huhuhu

Pagi sarapan pagi kat Salt & Pepper Cafe. Takde selera sangat nak makan banyak2 hari ni. Menu pun sama jer macam semalam. Nasi lemak, bihun goreng etc. Nasi lemak tu OK la kut hari2 ada. Tapi macam bihun goreng tu, tukar la hari ni mee goreng ker..keutiaw goreng keeerrrr...isk! Tak variasi sungguh!

Aimy makan roti sambil layan Angry Bird. rosakkk..rosakkk..


Mak oiii...happy nya muka :)



Mama makan ni je pagi ni..roti jer..


Papa berselera mama tengok, makan nasi lemak, bihun goreng. Roti cicah telur separuh masak lagi..


Rasa cam tak kenyang plak akan roti jer..try makan bubur....hmmmm..failed!! Tak sedap. :(


Babai Salt & Pepper Cafe. Ini kali terakhir kut jejak kaki kat sini.


Lepas makan, bdak-bdak layan mandi kolam plak.


Aisya kata kolam nih kecik...ambooiii..nak besor mana lagi sayang ooiiii....

Muka happy dapat mandi kolam.

Jam pukul 10.30 pagi, tapi panas terik!
Posted by Picasa
Masa untuk check-out.

On d way balik, singgah kat R&R Ayer Keroh. Mak ooiii punya la banyak lalat!! Masa datang singgah kat R&R Pagoh pun banyak lalat! Tapi kat Ayer Keroh nih laaaaagiiiiii banyak! Tak lalu nak makan kat sini....
Kenapa R&R blah Selatan ni banyak lalat? Dah lah rekabentuk kurang menarik...
Rasanya elok lagi R&R arah Utara macam R&R Tapah & R&R Ulu Bernam.

Tamat sudah percutian 3 hari 2 malam :)

Thursday, November 17, 2011

Universal Studio Singapore 3D2N : Day 2 ~ Part 5 Aduhhhh...letihnyaaa!!

Keseronokan di USS belum berakhir lagi...
Tapi dah pukul 5.00 petang, memang tak larat dah sebenornya,
pikir nak rehat duk lam aircond jer nih...tapi ada 2 jam lagi sebelum USS tutup.
Last zone adalah New York. Kat sini tgk Light, Camera, Action! : Presented by Steven Spielberg.
Penonton dapat rasa suasana, hurricane, bangunan nak runtuh, letupan..dan paling gerun..tetiba ada kapal besar macam nak langgar penonton..terkejut mak! hehehe
Kat New York ni tak nampak plak karektor keluar :(...sepatutnya boleh jumpa Marilyn Monroe..tapi tak de punnnn....

Papa konon nak naik cab la tu.. :)
 
Kat New York nih ada satu kedai souviner jual topi. Kat luarnya memang diletak topi2, sapa2 boleh posing tuk amik gambar. Comel tengok bebudak nih pakai topi yang bermacam2.

kemain posing Aisya & Amna :)

Pukul 5.30 petang, ada Madagascar Boogie!, tapi Papa dah tak larat (sebab mendukung Aimy). Ajak pegi minum jer. So, pegi minum petang kat Celebrity Cafe & Bakery.

Bahagianya dapat minum ice cafe latte~~~!! Tambah plak dengan Pecan Tart with Vanilla ice cream.. MmMm..shiawaseee...Pecan Tart tu ada 2 slice, tak abis pun. 1 slice bawak balik :)..sampai ke rumah Bukit Beruntung Mama bawak...huhuhu.. Papa minum Chocholate Peanut Shake dengan Wafer with Chocholate Ice cream. Aisya & Amna pula, Strawberry Shake.

 
Muka happy dapat dessert!

Amna yang amik gambar2 ni

Lepas abis lepak2 makan dessert, pegi kedai souviner beli souviner sikit.
Untuk Papa & anak2, beli Polo t-shirt SGD30 for 2 lai. T-shirt paling murah yang Mama jumpa. Tapi kaler tak banyak choice la. Kaler pink & hijau ajer yang ada. Papa nak sedondon ngan bdak2, pun amik PINK jugak! huhuhuhu..

Souviner lain, Mama beli fridge magnet, paling murah harga SGD3.90. Tapi design tak banyak choice la...USS kena perbanyakkan lagi design. Souviner lain tak menarik perhatian Mama sangat macam mug, payung, pencil, pen etc. Lagipun budget ciput kan...huhuhu....Seb baik Mama peknen, so tak der perasaan nak beli baju tuk diri sendiri. Tuk diri sendiri pun beli fridge magnet jer...huhuhu
Pukul 7.00 malam, USS tutup (week days). Staff USS dah start beratur & ucap bye bye pada semua guest.

Masa menunggu ke pukul 7.00 malam tu, Amna main2 berlari2 sampai terjatuh. Mama buat tak tau jer, tengok jer dari jauh..dah biasa sangat Amna main2 sampai jatuh ni. Tapi ada staff USS datang tolong Amna..alamak! hehhe..Papa pun pegi la tengok. Sikunya luka sikit, staff USS bawak pegi masuk Guest Service tuk dapatkan rawatan. Papa kena interview, jatuh pasal apa, pakai kasut apa etc.


Pemandangan waktu malam

Janji dengan Mr. Ah Ken nak balik pukul 8.00 malam. Ada 1 jam lagi, so jalan2 pusing keliling Sentosa World tu. Ada kedai gula2 besar sangat! Candylicious, rasanya macam pernah tengok kat TV. Kimora buat party harijadi anaknya kat kedai Candylicious ni. tapi bukan la kat Singapore. Mama tengok dari luar jer. Decoration kat luarnya cantik sangat. Ada pokok2 candy, ada chocholate bar besar...Aisya & Amna seronok posing. Mama memang tak nak masuk dalam. Takut over budget masuk lam tu nanti...hahahaha!

 
Seb baik la bdak2 ni tak meraung ajak masuk ke dalam :)

Pusing2 lagi, nampak Hard Rock Cafe plak. Amik gambar dari jauh jer la...pun takut nak masuk..nanti over budget...ekekkeke

 
Bdak2 nih happy jer berlari sana-sini..tak penat ker?

Tepat pukul 8.00 malam, tunggu kat parking tempat sampai pagi tadi tunggu Mr. Ah Ken. Lambat jugak Mr. Ah Ken sampai. Kalau naik bas kena tunggu sampai pukul 10.00 malam. Apa la nak buat sampai koi 10.00 malam tu...seb baik naik keta...buat tukar2 jadual.

On the way balik ke JB. Mula2 lalu Singapore Kastam. Jem oooo nak sampai ke Kastam ni. Nasib baik Mr. Ah Ken dah biasa menciluk2. Masa jem tu, Mama terperasan ada signboard, untuk kereta Singapore, minyak kereta kena lebih dari takuk separuh. Kalau tak kena denda SGD500!!

Macam lalu Kastam pagi tadi, pegawai keluar dari booth dan panggil nama sorang2. Lepas tu kaunter lain plak, kena periksa bonet kereta. Driver kena turun dan bukakkan bonet belakang.
Lepas tu, lalu kat Kastam Malaysia, kat sini Mama & Papa terkejut sebab sekejap sangat! Pegawai tak tengok pun passport2 tu. Mr. Ah Ken hulur passport, dia susun 7 passport tu. Prapp!Prapp!..Hulur balik kat Mr. Ah Ken. Laaa...macam tu jer? hehhehe...

Aisya & Amna awal2 dah lelap. Tinggal Aimy ralit tengok lampu, maklum la petang tadi dah tido.
Sampai kat hotel, mandi2 terus tido. Ikutkan Papa nak ajak pegi makan Ayam Penyet.
Tapi dah tak daya dah Mama..huhuhu..

Kalau nak gi USS, malam memang kena stay kat Singapore atau JB. Jangan la malam tu balik terus ke KL. memang tak larat weeehhhhh! :)



Daisypath Anniversary tickers