Travel

Showing posts with label Tokyo Disneyland. Show all posts
Showing posts with label Tokyo Disneyland. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

10th Anniversary ♡ Tokyo Disneyland ♡♡ finale

Setelah puas meround Toontown, hari pun dah makin gelap.. Dari kejauhan nampak Daytime Parade " Happiness is here". Seronok betul tengok Disney karektor berjoget-joget. Hehehe
Tambah anak-anak Donald Duck tu.. Kiut sangat!!


Decoration yang ada masa Halloween sahaja. Model macam kena paksa. Ekekkeke

The best view. Tapi ramai gila orang weehhh!!

Dinner malam ni, mickey mouse waffle with ice-cream. Jenuh melilau cari restoran yang 'boleh' makan & tak penuh. Ini je yang ada, itu pun duduk kat luar. Gila sejuk!!

Ala.. Comeynya Ali!!

Menunggu "Disney Magic in The Sky" - persembahan bunga api. Tapi malangnya, persembahan bunga api di cancel kan sebab keadaan angin yang kuat. Uwwwaaaaa!! Penat tunggu tau!

Bila dengar annoucement cancelled, terus lah bergerak keluar dari Tokyo Disneyland. See you later!

Perjalanan diteruskan ke rumah Anis & Bird untuk tumpang bermalam (save duit hotel.. Heheheh)

Tak ingat sampai pukul berapa. Tapi memang kepenatan & kelaparan. Anis jamu makan nasi.. Alhamdulillah.. Sedap sangat. Makwan pun puji masakan Anis, terutama sayur cendawan tu. Terima kasih daun keladi yer Anis & Bird.

Rindunya ふいんき rumah jepun. T_T

Esoknya .. Pagi-pagi lagi dah kena bangun dan bersiap-siap untuk ke Osaka. Sempat bergambar dengan Anis.

Papa & Uncle Bird.. Memang サラリーマン betul Uncle Bird dengan suite & payung.. また日本に住みたい!

Sekali lagi Mama nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Anis & Bird for the hospitality. 本当にありがとう!!










Sunday, October 20, 2013

10th Anniversary ♡ Tokyo Disneyland ♡♡ part 3


Welcome to ToonTown! Amna dapat bergambar dengan Chipmunk betina ni. Apa namanya ntah.. Hehehe

ToonTown ni semua bangunannya herot herot macam dalam dunia kartun lah!

Kalau ada rezeki bleh jumpa karektor-karektor kartun. Sebenarnya ada jadual karektor-karektor ni keluar.

Aimy nampak karektor-karektor ni takut plak.

Bergambar di depan Roger Rabbit's Car Toon Ride. Tak masuk pun, tak larat nak beratur dah...bergambar sekeliling ToonTown ni pun dah melekakan.

Yang pakai baju Buzz Lighyear tu bukan karektor Disneyland, tapi pengunjung yang pakai costum. Sebab sekarang ni Halloween, pengunjung dibenarkan masuk pakai costum. Cute budak tu kan?

Amna kat tiang lampu pun nak ambil gambar. Huhuhu

Dalam ToonTown ni ada Minnie's House, Chip n Dale's Tree House dan banyak lagi lah! Amna & Papa beratur nak masuk Goofy's Paint n Play House. Mama dah tak daya dah.. Huhuhu

Makwan & cucu-cucu posing depan ToonTown CityHall.

Naik kereta depan  Goofy House plak.

Chip n Dale's Tree House. Memang comel sangat rumah nih! Aimy tengah ada mood nak bergambo.

Aisya nak masuk Donald's Boat.

Drama sebabak Aimy meragam baring-baring atas jalan. Datang dua orang staff Disneyland nak pujuk. Terus Aimy bangun. Ekekeke.....

P/s: Sikkiittt lagi.. Dah nak abis dah.. 











Monday, October 14, 2013

10th Anniversary ♡ Tokyo Disneyland ♡♡ part 1

Tokyo Disneyland, ini kali ke 4 Mama & Papa sampai ke sini. 1st time dengan kawan-kawan, 2nd time dating Mama & Papa ( 1st & 2nd masa study dulu ), 3rd time pegi dengan family + family uncle long masa Papa training 6 bulan.

Tokyo Disneyland ada 8 park & tak cukup satu hari nak round semua park tu. So, hari ni tumpukan pada park yang ringan-ringan jer :).

Peta amik dari website.

Sampai-sampai dah ramai yg menunggu. 
Muka masing-masing macam tak mandi. Kehkehkeh..

Tempat pertama dituju bila pintu gate dibuka ialah tempat rental stroller. Lama gak beratur nak rental stroller nih. Asalnya nak rental motor electric untuk MakWan, tapi malangnya dah habis!!
So, rental 2 stroller untuk Ali & Aimy.

Lepas dapat stroller nampak Daisy & Donald Duck. Amna dapat hi-five Donald Duck!! Terpaku Amna dibuatnya.. Kehkehkeh

Lepas tu pegi kat tempat photoshoot with Mickey Mouse.. Next sessi lambaaat lagi.. Jalan2 dulu lah..

Mula-mula naik bas double decker. Walaupun dah pernah datang, ini kali pertama naik bas double decker ni. Pusing kat roundabout jer.. Bleh nampak pintu masuk park jer..


Habis 1 pusingan, amik gambar depan Castle. Wajib amik gambar depan Castle ni okeh! Kalau tak, tak rasa gi Disneyland.

Dan kali pertama jugak masuk dalam Cinderella Castle ni. Memang cantik sangat decoration dalam Castle ni. Kalau pakai dress memang akan rasa macam princess lah!
Dalam Castle ni ada patung-patung kecik  berkisarkan kisah Cinderella.
Ada singgahsana untuk posing dan ada kasut kaca untuk pengunjung 'try'. 
Keluar dari Castle, amik gambar lagi.. Dari belakang Castle pulak...Hehehe
Nampak Parade dari jauh je. Biasanya orang tunggu Parade ni tepi jalan, sebab boleh tengok semua karektor-karektor yang cute itu.

Ok. Habis part 1, takkan itu je kan.. Ntah berapa part ni.. Hahahah.. See you next entry :)






Daisypath Anniversary tickers