Travel

Showing posts with label restoran. Show all posts
Showing posts with label restoran. Show all posts

Sunday, November 23, 2014

Brunch di Wondermilk Publika

Pada suatu hari Brunch di Wondermilk Publika. 
Pertama kali datang ke Publika ni. Menarik tempatnya. Banyak kedai makan dengan decoration yang cantik.
Kali ni nak try Wondermilk, glamer dengan susu berperisa & cupcakes.
Makanan nya pun boleh tahan gak sedapnya. Tapi mahal!! Tak leh gi selalu. Huhuhu.. 

Arca yang menarik dari barangan terbuang.


Ini dia pintu kedai Wondermilk. Comel je kedainya.


Deretan cupcakes yang menggiurkan. Tapi kecik beno sizenya. Huhuhu

Susu berperisa vanilla, butterscotch & satu lagi tak ingat.. Hahahha
Pengalaman yg menarik.

Cupcakes pilihan Aisya

Kid's meal

Sandwich & baked speghaty



Drink more milk katanya...


Ada corner untuk budak2 main. Memang membantu parents nak makan dengan aman. Hehehhe

Nice deco kan? Kalau tengok dinding papan tu macam dinding umah Atuk dulu-dulu. 

Nak suap jugaakkk...

Posing jap kat luar. 
Nice place to hang out.
Nak pegi lagi try kedai lain plak. :)
















Sunday, October 19, 2014

In Cafe, Damansara Perdana ~ Organic Food versi minum petang

Hari ni hari ke-2 training CWA unit trust. Seperti yang Mama tulis last post, Mama nak mai lagi rasa kek organic plak.
Habis kelas cepat hari ni. sambil tunggu Papa sampai. Mama lepak sini dulu rasa kek organic kat In Cafe ni.
Ada 3 pilihan je. 
1) Goji Berries Maca Brownies (jgn tanya Goji Berries tu macam mana.. Tak tau! Hahahah)
2) Chia Seed Carrot Cake (Chia Seed?? Pelik-pelik aaiihhhh...)
3) Gluten Free Flourless Cacao Hazelnut ( tak dak tepung??? )

Tengok rupa brownies dengan carrot cake tu macam kering & keras je. So, try amik Cacao Hazelnut. Walaupun nampak kering jugak. Huhuhu
Cacao Hazelnut tu boleh pilih nak makan ngan yogurt atau ice cream. Mesti lah ice cream kan!

Overall sedap, tapi mahal. Hahahhaha


Menu yang kena dongak bila nak baca.

Lapik kek atas daun pisang. Kalau takde ice cream dah rupa bengkang. Heheh
Tapi kek sedap, texture yang sangat lembut.
Harga : RM13

Latte yang mini. Biasa gelas panjang, ni gelas pendek. 
Harga : RM12

Selfie itu wajib(^^)v

Gluten Free Flourless Cacao Hazelnut.
Whole cake, nampak kering kan?

Chia Seed Carrot Cake

Goji Berries Maca Brownies

List coffee & tea

Kenapa organic food mahal?


Saturday, October 11, 2014

In Cafe di Damansara Perdana ~ Organic Food

Hari ni Mama ada training CWA ( CIMB Wealth Advisor) unit trust kat Damansara Perdana. Mama baru dapat lesen unit trust consultant/ejen pada 2 October 2014 dan hari ni official training yang pertama. Banyak lagi yang Mama nak belajar pasal investment nih dan banyak ilmu Mama dapat pasal sales & investment. 

Waktu lunch, Mama dan 2 member baru jalan-jalan area situ cari makan. Jumpa 1 small cafe yang menarik. Sebab takde dah kedai makan yang lain, kami decide makan kat situ. 

Tengok menunya kat papan hitam kat dinding tu. Baru perasan semuanya menu organic. Interesting! Mula-mula Mama nak try "wafu carbonara" dari menu Organic Pasta. Tapi dah habis plak. So tukar ke "Soba Miso Noodle - Gluten Free" ( gluten tu apa tak tau.. Hahahah). Air plak, GOM (pun tak tau ape benda. Tapi campuran apple & lemon. 

Decoration cafe ni sangat menarik. Terasa macam duk tepi pantai pun ada. 
Teringin nak datang lagi nak rasa dessert & coffee dia. Cam mana agaknya rasa "organic" tu.

Jenuh mendongak tengok menu.

Itu tukang masaknya. Dapur kecik, lama gak nak tunggu makanan sebab depa masak 1-1 kut.

Kawan baru - Murni & Dilla.
Air tu staw nya BULUH!! besor lubangnya.. susah nak sedut. Hahahha
Fresh juice - GOM ( apple & lemon ) RM12.90
Ice blended - chocolate RM13.00
Acai Berry dlm kotak - x tengok plak harga.

Soba Miso Noodle ( RM20 ) - soba(mee jepun) yang di masukkan dalam miso sup (biasa miso sup ni pelengkap makan ngan nasi). On top nya ada slice chicken. Overall Mama suka!!

Ini Dilla yg order " Banh Mi Style Sandwich with Organic Baguette" RM22.90 (beef)

Dalam sandwich yang telah dibedah siasat. Hehehe..
Ada beef slice, pelbagai jenis fresh vege & herb yang tak tau nama. 


Bleh tambah gula ka garam ka kalau tak cukup rasa.

Menu coffee & teas.

Perabot dalam cafe yang rare.

Minggu depan ada training lagi. Dah terbayang nak makan kek organic nya tu. 
Nanti Mama cerita lagi ye. 

Saturday, October 04, 2014

Mee Tarik Warisan Asli

Pada suatu hari Ucu bagitau ada mee tarik kat Klang. Woowww!! Nak pegi nak pegi..

So pegi la kita makan Mee Tarik Warisan Asli yang baru je bukak cawangan baru kat Padang Jawa Klang ( ke Shah Alam? )
Sampai dalam pukul 6 petang. Memang ramai orang. Penuh!!

Sambil tunggu meja kosong, tengok staff- staff nya menarik mee. Teringat kenangan pegi Guang Zou. Hari-hari makan mee tarik. Style orangnya pun sama, chinese berkopiah putih. Cuma kat sini waiternya orang Pakistan kut.. 

Order "Toothpick" Lamb, Lamen Soup with Sliced Egg & Mee Soup with Egg.
Air Mama order special punya, tapi dah lupa nama nya. 

Mula-mula sampai Mama punya je. Sebab tengah lapar kan, sorry tak tunggu orang lain dah. Terus makan. Huhuhu..
Lepas tu sampai Amna punya. Dah abis kami makan, Ucu & Papa punya tak sampai-sampai. Uiks!! Air pun dah habis makanan tak sampai-sampai lagi.

Kena panggil waiter 2-3 kali baru la sampai. Hmmmm.. Very bad service.
Hopefully next time datang tak lambat cenggini.

Ok. Jom layan gambo :)









Saturday, June 08, 2013

Dinner di Restoran Awana, Kuantan Pahang

Hari ni dinner ikan bakar Papa kate. So, lepas Papa balik dari opis lebih kurang pukul 8 lebih bertolak mencari restoran.
Dari Pekan menghala ke Kuantan lebih kurang 25 minit sampai di Restoran Awana di sebelah kiri jalan.

Dari luar nampak cantik restorannya. Bila masuk pun, memang cantik! Macam baru je... Jarak di antara meja pun jauh.. So, rasa selesa sangat.

Menu hari ni Ikan siakap kukus asam limau, sotong goreng tepung & kangkung goreng. Mula-mula sampai sotong goreng tepung. Mak aaiii banyaknya untuk 2 orang makan! Tepungnya macam tepung goreng pisang. Rasanya sangat garing & sedap!! Kangkung gorengnya biasa-biasa je. Ikan siakap kukus asam limau agak lambat jugak sampainya. Sebelum tu tukang masak bagitau asam limau ni pedas, jadi kami request asam limau tak pedas lah. Memang tak 'kick' sangat lah rasa kuahnya sebab tak pedas.. Hehehe.. Tapi budak-budak punya pasal takpe. Sambal belacannya pun tak berapa pedas.

Alhamdulillah, kenyang makan malam ni :)
Kalau ada chance pegi Pekan lagi. Kuta makan kat sini lagi yer!











Saturday, March 30, 2013

Hayaki Kopitiam Acapella Shah Alam

Hari ni Papa ada mini re-union dgn kawan-kawan PPKTJ bersempena kedatangan Sensei Goto. Mula-mula plan buat kat Empire Subang tapi di tukar ke Hayaki Kopitiam Acapella Shah Alam.

First time Mama & Papa datang ke sini. Hayaki Kopitiam ni betul2 di bawah service apartment Acapella. Sebelah Hayaki ada D'Kayangan-Steamboat Restoran, depannya ada Tupai-Tupai-juga Steamboat Restoran.

Hayaki Kopitiam ni kedai makan melayu Kelantan. Bukan restoran Jepun tau!!
Antara kawan-kawan Papa, Papa jer yang bawak 'askar'. Huhuhu.. Jadi kita duk meja lain lah. Bagi chance kat Papa sembang2 dengan Sensei & kawan2 lama Papa.

Sebelum sampai, sempat Mama google pasal Hayaki kopitiam ni. Menu yang glamer adalah nasi kerabu. Memang feberet Mama nih! Biasa makan nasi kerabu pasar malam, dah campur2 semua. Bila dihidangkan semuanya berasingan ni, rasa 'tak reti' nak makan plak. Sambal dia pedas gila!! Heheh.. Selain tu Mama order mangga pulut. Memang lemak berkrim santan & pulutnya, mangganya pun manis.

Aisya order nasi lemak ayam rempah, Aimy roti aiskrim, Amna roti bakar. Tapi bila roti aiskrim sampai, semua pakat nak makan roti aiskrim.. Adehhh...

Sampai pukul 12 tunggu Papa borak-borak ngan Sensei Goto & kawan-kawan. Pera-pera diorang semua cakap Jepun. Mama dengar dari jauh jer...Aisya tanya, kenapa Mama tak banyak cakap Jepun? Opss!! Bahasa Jepun Mama dah berkarat, nak kena polish balik. Huhuhu..






















Daisypath Anniversary tickers