Travel

Sunday, June 24, 2012

BEN THANH MARKET

Ben Thanh Market - tempat wajib pergi kalau ke Vietnam. Kat sini lah orang-orang Malaysia shopping dan ambil stok jualan.

Konsepnya macam Pasar Siti Khatijah, Kota Bharu atau Pasar Payang, Kuala Trengganu. Barang-barang basah, buah-buahan, barang runcit, baju-baju, kain-kain, beg, souvenir dan macam-macam lagi lah!

Untuk hari ni Mama target nak beli kain ela yang kawan- kawan Mama pesan. Tapi masa mencemburui, tak sempat nak survey semua kedai dah kesuntukan masa untuk program malam pulak.

Pasar ni setingkat jer, kalau tak tengok betul2 memang leh sesat dibuatnya. Masuk pintu lain, keluar pintu lain. Hehehe...

Penjual-penjualnya kebanyakannya wanita. Ada yang agresif tarik-tarik tangan kita suruh tengok barang-barang dia. Dalam market ni memang panas, x de aircond. Memang berpeluh-peluh dibuatnya.

Kalau membeli WAJIB mintak diskaun. Skill tawar menawar memang kena ada. Tapi ada jugak kedai yang tak boleh tawar menawar. So, kena tengok kedai yang takder tulis "Fixed Price".

Untuk hari ni Mama beli 2 pasang kain cotton dengan harga USD10 & USD8 (3.5 meter). Gaun smoking untuk Amna & Aimy selai USD10. fridge magnet, harga dah lupa la.. Kat sini 3 currency diterima - USD, Dong & RM. So kena pandai-pandai kira lah. Kalau rasa RM lagi murah, bayar lah dengan RM. Sebelum pegi, mama tukar USD, 3.14 maknanya USD10=RM31.40. Dong plak 10,000 Dong = RM1.60 ( rasanya lah :) )

Memang ramai orang Malaysia yang shopping kat sini. Sebelah malam, market tutup tapi ada pasar malam kat luar market ni. Memang rasa macam pasar malam kat Malaysia lah! :)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget