Travel

Friday, February 08, 2013

Japan Trip : Tengok Fujii san di Fujikawa Service Area


Hari ke-3, destinasi seterusnya adalah Tokyo.
Dari Toyota ke Tokyo kalau ikut peta google memakan masa 4 jam.
Perjalanan ke Tokyo akan melalui kawasan yang boleh nampak Gunung Fuji atau Fuji san. Glamer Gunung Fuji ni sebab gunung tertinggi di Jepun dan juga bentuknya yang cantik. Ada satu Highway Service Area, atau kalau kat Malaysia ni R&R yang sangat sesuai disinggahi untuk menikmati permandangan Fuji san. Mama harap, cuaca cerah hari ni..kalau hujan..tak nampak la nanti Fujii san tu.

Alhamdulillah cuaca sangat baik hari ini. Seperti yang dijadualkan, sampai di Service Area Fujikawa pukul 1.00 tengahari.
Pergi toilet dulu....WOWW! toilet dia..canggih betul. Kat pintu depan ada LCD screen bagitau toilet mana yg kosong. pas tu toilet dia semua toilet automatik & ada seat untuk baby. Sangat mesra baby toilet di SA ini. Kebersihan jangan cakap la...tip top!! MakWan sangat teruja, pantang ada tempat berenti yang ada toilet. Makwan mesti melawat punya. hehehhe..

Lepas tu, cari tempat nak makan pulak. Mama cari restaurant yang boleh tengok Fujii san sambil makan. Banyak restoran kat SA Fujikawa ini. Mama & Papa pilih restoran yang agak berpatutan harga makanannya. Bangunan utama di SA Fujikawa nih macam shopping complex. Ada supermarket & banyak restoran. Diluar bangunan utama, ada gerai-gerai menjual makanan, buah-buahan dan pokok-pokok bunga.

Gambar2 makan di next entry lah yer.. :)














Toilet yang superb bersih. 
Tapi sink untuk basuh berak baby yg tak reti Mama nak guna. Huhuhu.. Tak de tempat nak letak kaki baby.. Sebab basinnya berlubang macam lubang tandas duduk tu. Sebelah tangan pegang baby, sebelah tangan pegang hos air.. Cam mana nak gosok2 baby??

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget