Sunday, January 31, 2010

Restoran Terapung, HM Sri Bagan, Bagan Lalang

1st time dengar pasal Bagan Lalang, boss kat opis yg bagitau..ikan bakar murah katanya. Masa tuh memang tak terimagine pun Bagan Lalang ni kat mana. Perasaan nak pegi pun takder. Pastu kawan mama, untie Izan letak dalam blog pasal makan seafood kat Bagan Lalang. Terliur plak tengok seafood tuh..kihkihkih! Mula2 plan dengan untie Noora nak gi sesama, tapi malangnya jadual x sama. Maka Ambry's family pegi sabtu 290110. Bertolak dari umah koi 4.30 lebih kurang..sampai Bagan Lalang dekat koi 6.30 pm..uiii..2 jam jugak tu...ehehheh

Dalam perjalanan ke Bagan Lalang, puteri2 Mama tido la keta..elok plak tido rapat2 cam nih..biasanya bergaduh ajer..hehhe


Papa order nasi lemak. Kalau seafood restaurant mesti ada menu nasi lemak. kenapa ek? Dapat kerepek ubi sebagai pembuka selera.

Aisya & Amna posing peluk2 tu..hahaha


Amna bergambar kat 'anjung'. Tangan wat pis, muka garang gila!

Papa jumpa kawan forum Fomec. Sembang pasal keeeeettaaaaaa jer.

Kepah masak Serai ( RM13.75)
Aisya ngan Amna suka benor Kepah ni..sampai Papa tak dapat makan la..hihihi


Pepahat masak Cili ( RM9.00 )
Dalam review2 yang Mama baca, ramai yg suggest pepahat masak cili ni. Bagi Mama, kalau masak cili kering lagi best kut.

Udang Butter ( RM32.00 )
Lauk paling mahal ari ni..6 ekor udang jer, tapi BESOR udangnya!!
Tapi masak butternya tak seperti yang Mama bayangkan. ekekke
Makanan lain yang diorder tapi terlupa nak snap gambar sebab sampai lambat.
Otak2 ( 6 pcs - RM 3.60 )
Pari Bakar ( RM6.00 )
Cencaru Bakar ( RM4.00)
Otak2 2 pcs & Cencaru bakar tapau bawak balik. Tak larat nak abiskan dah. almaklum la, makan 2 org jer..order macam nak makan 6 orang..ekekke..
Kalau ikutkan hati nak order ketam, sotong, ikan kerapu, ikan siakap..hehheh
Mama yang order air kelapa, tapi Aisya & Amna yang lelebih minum lak..heheh

Kelapa Muda (RM4), Laici (RM1.10) & Lobak Susu (RM2.40)


Pemandangan matahari terbenam.

Perahu2 nelayan di sebelah restoran.

Pemandangan Sepang Gold Cost.

Matahari terbenam, diselaputi awan.

Trip pertama Aimy ke tepi laut :)

Resepi Si Manja Aimy - Carrot Puree

Carrot Puree
Potong dadu 1 batang carrot sederhana besar.

Rebus hingga lembut dengan 150ml air.

Kisar bersama air rebusan.
Skill menggoncang blander diperlukan disini. :)

Tadaaa...sedia untuk dimakan.

Boleh dapat 4 bekas. 1 bekas untuk 2 kali makan ( pagi & petang ).
Simpan dalam freezer. Nak makan keluarkan dan panaskan (microwave kurang dari 1 minit)

Terima kasih pada susuibu.com & PAMA

Mula2 bagi carrot puree, Aimy tak berapa suka..tak macam apple puree. Makan sesudu dua jer.
Mama buat bubur nasi. Tambah bubur nasi dan carrot puree baru Aimy makan banyak sikit :)


Resepi Si Manja Aimy - Epal Puree

Epal Puree


Potong dadu 1/2 biji epal



Rebus dengan sedikit 100ml air sehingga mendidih.


Kisar bersama air rebusan.

Sebab amount epal nya sikit..kena goncang2 blander tu :)



Siap untuk dimakan.

1/2 biji epal boleh dapat portion untuk 4-6 kali makan.


Terima kasih kepada susuibu.com & PAMA


Nyummmm..nyummmm..cedaaappp!!

Friday, January 29, 2010

Avatar 3D



Filem Avatar mengatasi kutipan Box-Office Titanic! Woww!! Ini yang WAJIB tengok nih..ekeke



Maka pada suatu hari, Mama & Papa pegi tgk Avatar 3D kat GSC One Utama. Bila tengok tu..rahsia..hahhaha


Sorry yer Aisya & Amna sebab tak bawak pegi tengok sekali.


Mula-mula tak tau pun pasal 3D, tapi tengok kat GSC online, ada 2 showtime jer untuk Avatar.


Tapi untuk Avatar 3D ada 4 kali.


Sebab showtime yg nak pegi nih jatuh pada Avatar 3D, maka Mama decide nak tgk Avatar 3D.


Mula-mula Papa kata tak nak tgk yang 3D


Tapi sebab showtime yg seswai waktu yg ada 3D jer..Mama kata kat Papa, kalau x nak tgk 3D


Tak payah pakai spek 3D tu.


Sampai kat parking tingkat 4 One Utama dah pukul 1.05..alamak! citer dah setat.


Terus pegi beratur, 2 kaunter jer yang bukak..yg beratur ramai la jugak.


Harga tiket Avatar 3D RM18!! 2 orang RM36. Dah agak dah mesti mahal dari biasa.


Lepas beli tiket, beratur plak beli popcorn-kalau tengok movie WAJIB beli popcorn..ekkek


Mula2 beratur kat 1 kaunter ni..masa tu kat kaunter ada pelanggan. Tapi, awek jaga kaunter tuh suruh


Pegi beratur kat kaunter lain. Jadi Mama & Papa pun beratur la kat kaunter lain yg ada 1 couple depan kitorang.


Rasa cam lambatttttnya la service kaunter popcorn nih..isk ! pas tu, tgk kat kaunter awek tadi, ada plak pelanggan


Lain beli kat situ..aduhaiiiii..angggiiinnnn jer satu badan rasanya.


Bila dah dapat popcorn, cepat2 jalan nak masuk panggung.


Kat depan pintu, ada 2 staff tunggu untuk bagi ‘spek 3D’. Bentuk dia smart la nak banding ‘spek 3D’ Tokyo Disneyland.. ekekke


Bila dah dapat duduk, scene dah kat hero pakai wheelchair tgh tengok ‘makhluk’ dalam ‘akuarium’.


Pakai ‘spek 3D’ tu, nampak kecik plak screen tapi DEKAT. Tapi agak gelap berbanding tgk tanpa spek 3D.


Ada scene yang seswai tgk 3D dan ada scene yang lebih selesa tanpa spek 3D.


Papa kata sakit mata tengok 3D. ekekke


Lagi satu, takde subtitle!! Bagi Mama yang tak berapa pandai omputih ni, rasa tak puas la tgk sebab tak paham


semua yg dicakapkan. Couple chinese sebelah pun, husband/boyfreind kena explain kat pasangannya certain2 scene.


Tapi overall memang awesome!


Ada part2 yang buat Mama ternganga…kagum! Ehehe


Sebab pernah tgk The Making kat TV, memang genius James Cameron nih.


Sedih sangat bila part, ‘rumah’ diorang kena serang tu.


Tak sabar tunggu DVD keluar. Nanti bleh tengok berulang2 kali dengan Aisya & Amna. J