Tetapi, Papa sebagai pemandu mengikut kata hatinya untuk melencong ke Toyohashi Gigadaigaku. Mama pun beberapa kali ada melawat Papa di sini.
Begitu なつかしい rasanya bila melihat pintu masuk ke Toyohashi University Technology. Cuaca redup dengan hujan gerimis tidak melemahkan semangat Mama untuk memetik Nikon D90 merakamkan memori Papa kembali ke sini setelah 11 tahun meninggalkan bumi sakura ini.
Terasa berat hati untuk meninggalkan Toyohashi, cuma sempat mengelilingi kampus dan melihat hostel & rumah sewa dari jauh.
Perjalanan di teruskan menuju Hard Rock Cafe Osaka. Kedudukan Hard Rock Cafe Osaka yang betul-betul di tengah bandar raya Osaka ini mencabar skill membaca peta dan papan tanda. Arahan dari cik navigator sudah tidak relevan lagi. Setelah berpusing-pusing di kawasan yang sama akhirnya jumpa tempat yang dicari. Pesanan dari 'kipas keras' Hard Rock mesti ditunaikan. Alang-alang sampai, kenangan untuk anak-anak tidak dilupakan. Memang tidak mahu berlama-lamaan di sini, usai membeli terus bergerak ke Kansai Airport. Sekali lagi skill membaca papan tanda diperlukan kerana cik navigator tidak lagi dipercayai.
Leganya bila sudah sampai di Kansai Airport. Kereta sewa mesti dipulangkan, bagasi mesti dipunggah keluar... Banyaknya!! Memilih kereta sewa amatlah bertepatan dengan percutian ini.. Tak dapat dibayangkan bagaimana mahu membawa semua bagasi-bagasi ini sekiranya perjalanan menaiki keretapi.
Malam terakhir di bumi sakura Mama memilih untuk bermalam di Nikko Hotel di Kansai Airport. Mengenangkan jadual flight di awal pagi dan bagasi-bagasi yang perlu diuruskan, Nikko Hotel yang hanya perlu berjalan menolak trolley selama 5-10minit ke terminal Kansai Airport adalah pilihan Mama.
Tempahan bilik seawal 3 bulan sebelum melayakkan Mama mendapat harga diskaun yang berpatutan.
Bilalah ada peluang nk g lagik
ReplyDelete