Travel

Saturday, October 27, 2012

Japan Trip : Departure : Air Asia X

19 October 2012
01:00 am ~ 8:00 am
LCCT ~ Kansai International Airport
 
Penerbangan ke Kansai berjalan seperti yang dijadualkan walaupun cuaca hujan renyai-renyai. Walaupun bertolak pada pukul 1 pagi, alhamdulillah anak-anak Mama ceria dan aktif berlari dan menjerit ke sana ke mari dalam bilik menunggu di LCCT. Paling nyaring sekali suara Aimy bila kapal terbang dah sampai..excited sungguh!! Tapi bila nak naik kapal terbang, takut plak..nak kena dukung.
 
Bila dah sampai tempat duduk, Aisya segar lagi..tapi belum sempat flight berlepas..Aisya dan Aimy dah 'pengsan'. Huhuhu..Pemandangan lampu2 di LCCT dari atas memang cantik..tapi Mama tak sempat nak ambik gambar. :(
 
Lepas flight dah stabil dah boleh bukak tali pinggang, pramugari bagi saranan supaya Makwan & Aisya pindah tempat duduk yang kosong. Jadi, Mama ada ruang untuk baringkan 'Ali. Alhamdulillah..ada jugak pramugari yang prihatin.
Sepanjang penerbangan 'Ali tidur tak berapa lena, selalu terjaga. Tak selesa agaknya.
 
Mama pre-order 3 sandwiches & 1 Malay Meal & 1 breakfast. Mama ingatkan semua akan dapat masa dah nak sampai, rupa-rupanya sandwiches & malay meals dapat awal. OK la dapat awal sebab Amna dah bising lapor..huhuhu. Mama pun lapar juga, Mama pun makan sandwiches..boleh tahan jugak rasanya. Malay Meal(nasi lemak) tu Mama order untuk Mak Wan, tapi Papa yang makan. hehhe..Ingatkan breakfast pun dapat nasi lemak jugak, rupa-rupanya pancake. Makwan tak nak makan, Aisya la yang abiskan.
 
Secara keseluruhannya, OK jugak la naik Air Asia X ni..kalau nak bandingkan dengan MAS memang lah jauh beza. Tak der selimut bantal, takder entertainment, makan pun ala kadar. Harga tiket ke Jepun bawah seribu (dalam RM850++) rasanya berbaloi kalau nak bandingkan harga tiket MAS.
Next time kalau ada budget lagi mungkin Mama masih memilih Air Asia untuk oversea travel.
 


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget