Minggu terakhir sebelum raya - 19 July 2014, balik kampung Atuk (Sungai Siput).
Kebetulan pulak kawan Mama, Untie Chah & Untie Sherry (Kak Pah) pun balik kampung juge. Mula la planning nak jumpa melepaskan rindu. Tapi alang-alang bersembang, dari pada tak de buat apa, Untie Chah cadangkan buat biskut makmor. Elok beno le tu, Amyra memang suka beno biskut makmor nih.
Lepas berbuka, Untie Chah amik Mama pegi umah Untie Noeni. Aunti Sherry (Kak Pah) & Untie Ariza dah sampei dah. Papa bawak keta pegi Terawikh. Anak-anak Mama semua tak sedor diri dah..seronok main bunga api dengan sepupu sepapat. Mama naik keta, deme buat nohen jer..hehhe
Dalam pukul 9 lebih, bermula la projek Biskut Makmor sambil bersembang. Memang senang buat biskut makmor nih. Tak sedor, tengok-tengok dah dapat 4-5 balang. Balang kecik ler. Rasa pun sedap!
Untie Noeni jamu laksa ngan cendol. Untie Ariza bawak sengkuang calit.
sambil nyembang sambil makan, sambil gentel biskut makmor. Memang seronok sangat!
Sedor-sedor dah pukui 1 pagi. Dapat bawak balik sorang sebalang.
Ada yang tak abis bakor lagi, tinggei kat tuan rumah. Tuan rumah (Untie Noeni) esoknya hantor lagi sebalang kat Mama..huhuhu
Tahun depan kita buat lagi ye kome. Idok nyembang kosong jer. Nyembang ada hasil.
Terbaeeekkk!!!
Showing posts with label kawan mama. Show all posts
Showing posts with label kawan mama. Show all posts
Monday, July 21, 2014
Wednesday, November 23, 2011
Lunch Date With Doc Laila @ Restaurant Saba, Cyberjaya
Hari Sabtu yang lepas, Mama jumpa kawan-kawan Mama kat Restoran Saba, Cyberjaya.
Mama memang suka bab jumpa kawan2 nih:). Tambahan pulak nak jumpa Laila yang dah lama tak jumpa. Last jumpa bila pun tak ingat, mungkin 10 tahun yang lepas kut. Perjumpaan yang dirancang oleh Zarina ini, bersempena kedatangan Laila ke KL atas tugasan rasmi. Sambil2 tu jumpa la kawan2 yang lama tak jumpa nih! Laila atau Doctor Laila..(bangganya ada kawan2 berprofession Doctor nih :)...) sekarang bertugas di Hospital USM Kota Bharu, Kelantan.
Laila masih macam dulu, ceria & kecoh! Cuma makin cun sebab dah takde 'pagar'.
Papa pun kenal Laila sebab masa kat Jepun Laila study kat Nagoya, Papa study kat Toyota. Dekat jer Nagoya & Toyota tu..kalau ada gathering student Malaysia selalu jumpa.
Papa panggil Laila, 'Gigi Besi'...:)
Senyuman Doc Laila yang dah tak der 'pagar'. :) |
Untie Izan, orang yang terakhir sampai..padahal dia paling dekat ngan Cyberjaya...hehhehe..ramai lagi geng Ojosama yang tak dapat datang...almaklum la hari Sabtu..masing2 ada aktiviti masing2.
Mak Buyong Izan & Dania yang pandai posing |
Mula2 rasa macam banyak jer nasi Kabsah Lamb yang Mama order nih...tengok2 habis!..tinggal seketul daging kambing. Nasinya memang dah sedap walaupun kering tak de kuah..makan macam tu jer pun sedap..jadi, makan lauk sikit jer sampai berlebih. Aisya punya chicken grill pun tak habis so, tapau bawak balik untuk makan malam ;)
Zarina order Salad Cucumber, Mama rasa sikit...mak oiii masamnyaaaa....memang tak kena dengan tekak..masam semata2....Cam mana la orang arab makan nasi ngan yogurt nih ek? Macam tak seswaii jer...huhuhu
![]() |
Kabsah Lamb, Chicken Grill & Salad Cucumber |
Kalau Laila turun lagi KL, boleh jumpa lagi OK!
Semoga Laila & Zarina cepat2 dapat bertemu jodoh :)
![]() |
Kawan-kawan Mama |
Sambil Mama bersembang, Amna duk amik gambar. Menjadi jugak gambar yang Amna amik :)
Ada bakat jadi photographer ker? huhuhuhu
![]() |
Photo taken by Amna, cantik kan? |
Tiba masa untuk Zarina hantar Laila ke airport. So, sampai jumpa lagi..
Semoga berjumpa lagi |
Lepas tu memang tak de plan nak pegi mana-mana...tapi dah dekat dengan Alamanda, pegi la singgah Alamanda kejap. Singgah beli pampers & susu kat Carrefour...hehhehehe...ramai jugak orang kat Alamanda hari ni.
Tapi Mama tak larat nak jalan2 laa...(duit pun x der sebenornya..sebab habis kat USS ari tu...heheh), lepas beli barang terus balik. On d way balik, Mama tido sepanjang perjalanan..Sorry yer Papa, co-pilot tido..heheh
Wednesday, October 26, 2011
Garden ~ Lifestyle Store and Cafe, Mid Valley (Ojosama Gathering 2011)
Tiba masa untuk hi-tea. Location seterusnya adalah Garden Restaurant, memang cantikkkk sangat decoration restaurant ni..serba putih dan penuh dengan bunga-bungaan. Sangat sesuai dengan konsep gathering kali ni.."makan makan gossip gossip" hehhe..
Suasana restaurant ni sesuai dengan namanya 'GARDEN'..memang rasa macam dalam taman.
Ini kali kedua Mama makan di Garden. Kali pertama di Garden One Utama, kali ini di Garden Mid Valley (sebelah The Garden)
Sebab target nak makan dessert, menu pertama yang nampak tentu la CAKE! dan kitorang pun pilih sorang satu kek yang berkenan di hati.
Sebelum order sempat posing dulu :)
Masa untuk order, nak ordernya kek seketul jer...TAPI wajib khatam menu dulu...senang len kali kalau nak datang lagi kan...kan.....
Kat sini bukan ada kek sahaja, ada juga makanan lain seperti spagethy, burger, steak etc.
Ini dia menu yang kami order, satu jer yang spoil. Green Tea Kek tu..nampak sedap tapi hampeh!! rasa kek dah lama...isk..iskk..shippai..teringat Green Tea Kek dari Secret Recepi, jauh lebih sedap.
Happy Birthday to you..Happy Birthday to Izan..Happy Birthday to youuu...*tepuktepuktepuk*
Untie Izan kena dera lagi tiup strawberry. Lilin tak disediakan. Kalau nak tiup lilin kat sini, sila bawak lilin sendiri ya :)
Lagi satu yang uniknya kat sini, gelas dia yang berbentuk jug. Comelkan? sama comel ngan muka Untie Ujen tu kan? :)
Posing sambil minum Cappucino Hazelnut..nyummm...nyummmm
Berkenan betul dengan decoration sangkar besar tu..dalamnya ada piano.
Lepas chit chat dan makan kek, Mama sempat beli External HardDisk. Nasib baik Untie Izan ada, Mama bab2 PC nih tak la pandai sangat. Koleksi gambar Mama sangat la banyak, sampai penuh memori dalam laptop Mama. Maka, memang wajib ada External HardDisk.
Selepas tu sempat lagi window shopping dalam The Garden, sebelum bertolak ke UM hantar Untie Ujen & Untie Izan.
Kemudian masing2 balik ke rumah masing2 membawa kenangan yang manis. Jumpa lagi tahun depan :).
Perjalanan balik Mama agak 'jauh' ..sebab Mama terlepas exit Subang NKVE..huhuhuhu..almaklum la jarang bawak kereta kan...dah la minyak dah E. Nasib baik sempat isi minyak kat area Subang Parade. Isi penuh terus! Lepas tuh tak masuk Federal Highway dah, lalu Guthrie. Alhamdulillah sampai umah dengan selamat :).
Sushi Zanmai The Garden (Ojosama Gathering 2011)
sambungan :)
Selepas breakfast di UM, Mama dan kawan2 meneruskan aktiviti seperti yang dipersetujui..MAKAN SUSHI!!
Disebabkan MakYong merangkap Birthday Girl hari ni ketagih Sushi Zanmai( dalam bulan ni tiap2 minggu pegi..bayangkan?), maka hari ni pegi makan sushi di Restoran Sushi Zanmai di The Garden. Agak susah nak dapat parking walaupun weekdays dan sampai awal di The Garden ni. Pusing punya pusing, last2 terparking di Disable Parking setelah disarankan dek Untie Izan berkali2. Kebetulan ada plak pak guard yang lalu, Mama pun dengan ringan mulut "Saya peknen, boleh parking sini tak?" "Boleh2!" kata pak guard..huhuhu..Thank you Untie Izan & Pak Guard:)
Lepas parking, terus je ke tingkat yang dituju..almaklum la Untie Izan biasa pegi..sap sap soi jer sampai..orang pun tak ramai lagi. Terus dapat masuk. Kalau lunch hour biasanya kena beratur tau!
Selepas breakfast di UM, Mama dan kawan2 meneruskan aktiviti seperti yang dipersetujui..MAKAN SUSHI!!
Disebabkan MakYong merangkap Birthday Girl hari ni ketagih Sushi Zanmai( dalam bulan ni tiap2 minggu pegi..bayangkan?), maka hari ni pegi makan sushi di Restoran Sushi Zanmai di The Garden. Agak susah nak dapat parking walaupun weekdays dan sampai awal di The Garden ni. Pusing punya pusing, last2 terparking di Disable Parking setelah disarankan dek Untie Izan berkali2. Kebetulan ada plak pak guard yang lalu, Mama pun dengan ringan mulut "Saya peknen, boleh parking sini tak?" "Boleh2!" kata pak guard..huhuhu..Thank you Untie Izan & Pak Guard:)
Lepas parking, terus je ke tingkat yang dituju..almaklum la Untie Izan biasa pegi..sap sap soi jer sampai..orang pun tak ramai lagi. Terus dapat masuk. Kalau lunch hour biasanya kena beratur tau!

Ini la buku menunya, menarik plak tengok menu Unagi Nasu Gyoza ni terus order. Mama order cawan mushi...memang sheedaappp lah! Kupon 10 ringgit tu, Mama gunting dari majalah PANORA. Majalah untuk japanese, tapi Untie Izan terlupa nak guna plak....
Ini antara sushi yang diorder dan di'tangkap' dari Kaiten Sushi.
MakYong merangkap Birthday Girl didera makan sambil posing :)
Ini menu lain yang diorder, Salmon Don, Tempura Soba(Mama punya), Tamago Soba(agaknya kut..sebab ada telur..hahha), Unagi Nasu Gyoza(Shheeddaaaappp shhaaangaattt!!) & Taufu.
Ini satu lagi menu 'ketagih' Untie Izan, Tarabagani & Avocado Salad. Sedapnya mak adooiii (gaya Johan)
Untie Hada & Untie Rusma yang baru sampai.
Untie Wah orang terakhir sampai dan aksi2 bersama ohashi..nyummm...nyummm
Untie Izan bersama RED VELVET CUPCAKE, birthday present dari Untie Hada. Mama & Untie Ujen makan kongsi sebiji cupcake..sebab dah kenyang gila makan sushi. Lepas tu Untie Ujen termimpi2 kesedapan red velvet cupcake nih..huhuhu
Makan makan...gossip gossip..makan makan..gossip gossip...makan makan...shiawaseeee
Masa untuk berpisah...uhuk! Tima kasih banyak2 Untie Izan sebab membelanja makanan yang sedap ini:)
Untie Hada, Untie Rusma & Untie Wah terpaksa balik sebab banyak kerja :)
Tak macam Mama, Untie Izan & Untie Ujen yang memang dah amik cuti...So, masa masih panjang..JOM WINDOW SHOPPING!! :)
Sunday, October 16, 2011
Mengimbau Kenangan di Universiti Malaya (Ojosama Gathering 2011)
Bersempena gathering dengan kawan2 Mama, kali ni nak mengimbau kenangan di Universiti Malaya :)..tempat Mama ambik Rancangan Persediaan Khas ke Jepun (RPKJ) selama 2 tahun.
Kalau biasanya Mama naik komuter dan breakfast di KL Sentral, tapi kali ni Mama drive sendiri ke UM dengan kereta baru(ehek!)..jauhnya rasa perjalanan nak sampai UM ni, almaklum la..jem kat Federal Highway.
Mama sampai kat parking depan Dewan Tunku Censelor(DTC) kira2 pukul 9.00 pagi. Untie Ujen dah sampai kat Rumah Universiti, tempat yang dijanjikan. Untie Ujen tanya kenapa tak parking kat Rumah Universiti? Ada parking ke kat situ? hehhe..almaklum la.. mana la nak tau ada parking kat situ kan..kan..
Rumah Universiti ni dulu pun (tahun 1997-1999) Mama tak pernah masuk pun. Lalu jer dari AAJ ke dewan periksa kat sebelah tu. Pernah masuk sekali masa reunion bdak 'Syakai' tahun 2002 ke 2003, itu pun malam. Hari ni dalam sejarah la breakfast kat Rumah Universiti :)
Ini menu Mama, buhin goreng+telur mata kerbau+daging masak kacang(agaknya la..sbb rasa kacang) & teh tarik. Untie Ujen yang belanja. TQ Untie Ujen! :) |
Ini Untie Ujen yang menten shomel & menten 'peace' :) |
Ini la permandangan dalam cafe Rumah Universiti. Makanannya dihidang ala buffet, dah amik baru bayar. Ada nasi lemak, bihun, mee, kue tiaw, nasi impit, sandwich etc. |
Sebenarnya kami macam kenal jer 'sensei' kat belakang tu..tapi tak ingat langsung siapa nama & ajar apa..heheh maklum la..masing2 urat dah banyak putus. |
Contact No Rumah Universiti |
Untie Izan baru sampai |
Wajib posing depan Rumah Universiti |
Tempat wajib amik gambar. Dulu tak la secantik ni :) |
Mak Buyong :) |
Mama bawa Tripod, tapi x bawak penyambungnya..nasib baik ada adik baik hati tolong ambilkan gambar:) |
Lepas posing duduk posing berdiri plak :) |
Mama & Untie Izan berlatarbelakangkan DTC |
Mama & Untie Ujen depan DTC memang nampak 10 tahun muda lah kalau wat peace...ekekkeke |
Mama & Untie Izan depan DTC plak :) |
Lepas posing depan DTC, pusing sekejap ke Kolej Kelima. Lalu depan AAJ, banyak perubahan dah..banyak bangunan baru..banyak parking lot baru. Tapi 5th College sama jer macam dulu..kaler bangunan pun sama! Sangat natsukashi masuk 5th College...banyak kenangan pahit manis:).
Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke The Garden..jumpa next entry..bye!
Tuesday, May 17, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
