Travel

Friday, November 11, 2011

Universal Studio Singapore Trip 3D2N : Day 2 ~ USS Part 1

Rabu, 9 November 2011

Hari yang dinantikan sudah tiba!
Hari ni kena bangun awal, kalau tak terlepas sarapan. Pukul 7.30 pagi turun sarapan di Pepper & Salt Cafe. Makanan tak banyak pilihan, tapi OK la untuk alas perut. Bdak2 ni minat makan Cereal ajer la...
Mama macam biasa, kalau boleh semua nak rasa..huhuhu..tapi rasanya agak kureng. Nak abiskan yang sikit tu pun susah. Ada Bread Pudding! Mama memang suka Bread Pudding, tapi Bread Puddingnya pun failed! Tak memenuhi standard selera Mama.


Bdak2 memang seronok makan breakfast buffet nih sebab boleh amik sendiri. Layaannnn...

Tepat pukul 8.30 pagi, turun Lobby tunggu Mr. Albert (Travel Agent). Mr. Albert dari semalam dah called dan sms Mama, memang bagus Mr. Albert ni jaga customer. Hari ni Mr. Albert suruh tunggu kat Lobby 8.45 pagi. Mama tunggu awal, excited punya pasal. Hehhehe...
Bila Mr. Albert sampai, dia bagi Immigration Card untuk diisi. Setiap sorang kena isi, cepat2 Papa & Mama berganding bahu mengisi card ni.



Mr. Albert yang pakai baju kemeja petak2 tu. Papa dengan beg askarnya :)
Dah settle isi Immigration Card, Mr. Albert perkenalkan kepada driver Mr. Ah Ken. Kita bertuah hari ni sebab dapat naik kereta. So, tak payah nak turun kat Kastam nanti. Lagi satu group seramai 13 orang naik Shuttle Bus.

Mr. Ah Ken sangat peramah dan sangat fasih berbahasa melayu. Seronok dengar Mr. Ah Ken bercerita sepanjang perjalanan ke Singapore dengan slang orang Johornya. Papa pun banyak bertanya tentang masuk Singapore dengan kereta sendiri macam mana.

Dapat naik kereta Toyota Harrier, kereta idaman Mama masa zaman study dulu :)
Parking kat Sentosa World Resort ni sangat besar dan bersih.

Perjalanan ke USS melalui Woodlands. Ada 2 jalan nak masuk ke Singapore ni, satu melalui Woodlands satu lagi melalui Tuas. Mula2 lalu di Kastam Malaysia, tak perlu turun, hulur jer passport ikut tingkap. Masa ni Mama TERtangkap gambar guna flash. Dah kena sound dengan Mr. Ah Ken & Orang Kastam tu..hehheh...
AMARAN: Jangan ambil gambar di mana-mana Kaunter Kastam!

Kat Kastam Malaysia ni, sekejap jer. Dia tak check pun sapa dalam kereta.
Lepas Kastam Malaysia, lalu kat Kastam Singapore pulak. Sama jugak, hulur Passport ikut tingkap. Kat sini, pegawai kastam minta Mykad Papa & Mama. Lepas tengok Mykad Papa & Mama pegawai keluar dari booth kaunternya dan check sorang2 pemegang passport sambil panggil nama. Lepas tu, pegawai masuk balik kaunternya dan cop passport. Lepas tu pulangkan balik Passport. Selesai urusan kat Kastam Singapore.

Nasib baik pegawai tuh tak komen apa2 pasal gambar Aisya & Amna. Lega Mama.
Memang Mama rasa bertuah sebab dapat naik kereta. Kalau tak jenuh jugak nak turun naik bas dan beratur untuk cop passport. Mama tengok kat area bas, memang banyak bas beartur dan ramai turun dan berpusu2 ke opis Kastam.

Selepas itu, Mama menikmati pemandangan di Singapore. Tapi Mama tak nampak pun signboard nak ke USS. Kalau pegi sendiri memang kena ada GPS. Kalau tak mau sesat!

Perjalanan memakan masa lebih kurang sejam. Kalau jem di Kastam, makin lama la perjalanan.
Sampai di Sentosa World Resort level ground parking, Mr. Ah Ken terus bawak betul2 depan booth kaunter Travel Agent untuk redeem tiket USS. Walaupun parking area tu untuk bas, tapi sebab Mr. Ah Ken dah biasa so dia pandai la menjawab kat guard yang jaga lalu lintas kat situ.

Turun jer dari kereta, terus pegi kat kaunter Travel Agent redeem tiket USS. Lepas redeem, terus naik escelator yang memang dekat jer.
Sampai atas, terus nampak GLOBE USS!!

Untuk gambar2 di USS jumpa di next entry yer..
Mula2 Mama dah upload kat entry yang sama, tapi lamabt gila nak save, berat sangat kut..(banyak wooo gamboo..hehhe)..so, kena upload sikit2 :).

3 comments:

  1. owhhh bagus bagusss.. info sharing yg sangat membantuu! aku yg duk 'sebelah' singapore pun tak pernah masuk singapore lagik ahahahahaha.

    tu la excited punya pasal.. lupa nak off flashhh.. dah kantoi! ekekekek

    ReplyDelete
  2. Izan~ kaaannn.. Ko 'jiran' jer ngan Singapore tu.. Apesal tak teringin jalan2 sana ek?
    Pasal kamera tu.. Tu la pasal.. Aku nak amik gambo bukan ape.. Nak beri gambaran yg jelas.. Hehehe

    ReplyDelete
  3. hi...boleh bg no phone mr. ah ken

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget