Alhamdulillah..sampai di Kansai Airport dengan selamatnya. Selesai urusan immigration, terus cari Nippon Rent a Car. Mama dah order/booking melalui www2.tocoo.jp. Kat ToCoo nih boleh pilih mana-mana company yang kita nak, Mama pilih Nippon Rent a Car kononnya banyak pilihan jenis kereta .. tak la tertumpu pada satu-satu brand je kan. Model kereta kita tak boleh pilih, tapi boleh pilih range/group kereta apa. Mula-mula, Mama pilih range/group kereta yang ada kereta WISH, tapi WISH kategori 5 seater. aikkk??? kan ker WISH 7 seater??? grrrrrr...So, terpaksa la pilih group yg besar lagi..lagi besar, mestilah lagi mahal harganya. Lepas tu pilih kategori 7 seater yang ada kereta Odessey, malangnya tak der plak kereta kategori 7 seater ni..dia up kan ke 8 seater. Dalam kategori 8 seater nih ada kereta Noah & Stepwagon. Nippon rental car tak janji kereta apa yang akan dapat.
Nippon Rent a Car ni ada di bangunan yang sama dengan Nikko Hotel. Kalau dari Kansai kena cross 1 bangunan. Tak la jauh sangat, beg boleh tolak dalam trolley kan, tak la penat bawak beg-beg tu. Semua company rental car di area yang sama. Kat parking rental car, ada 1 jer kereta besar...dah agak dah..sure kereta tu punya..HONDA STEPWAGON.
Papa settle kan urusan registration, bayar full termasuk insurance. Ada jugak extra charge lagi..ingatkan yang mentioned dalam e-mail tuh dah included. Grrrr...
Sambil Papa masukkan beg-beg, Mama & Amna pegi 'kombini' Lawson yang memang ada kat sebelah rental car tu..Natsukashinya masuk kombini...ekekkeke..
Mama beli air dan onigiri untuk mengalas perut sepanjang perjalanan.
Memang terasa ke'Jakun'an naik Stepwagon nih..akakkak. Pintu belakang kiri kanan bukak auto sliding. Berebut-rebut Aisya & Amna nak buka tutup pintu. Ekekkek..Aircond kiri kanan sampai seat belakang pun ada....'Ali wajib duk dalam babycar seat..Jenuh la nak mendiamkan 'Ali. Kena layan selalu, kalau tak memang meraung nak bangun jer. Tapi kalau 'Ali tido, Mama relax la sebab tak yah pangku 'Ali :)
Co-pilot Papa adalah Car Navigator. Destinasi yang pertama ialah Hikone, Shiga. 'kampung' Mama...hehehhe
Perjalanan lebih kurang 2 jam, tapi kalau Papa laju sikit dari 80km/jam rasanya bleh sampai lagi cepat kut...ekkeke..Sampai di Hikone, terus cari Southern Village Hotel. Tapi check-in pukul 4 petang, hotel tak bagi check-in awal. Tengok kat parking macam x der tetamu jeeeerrrrrr..
Sebab banyak masa lagi, round-round dulu.
Mula-mula pegi Biwako, area yang selalu Mama & kawan-kawan berBBQ masih seperti dulu, tapi dah ada toilet. Ada bangunan baru, macam rumah orang-orang tua jer.
Lepas tu pegi umah lama masa tahun pertama sampai ke tahun tiga - Kitano Heights dan rumah masa final year di Kopo Hashimoto. Kombini depan Kopo Hashimoto dah tutup, vacant for rental. Sangat berguna kombini tu masa Mama belajar dulu walaupun pukul 11 malam dah tutup..Biasanya kombini di Jepun nih 24 hours..Kalau pukul 11 malam dah tutup..maknanya kawasan kampung la tu....hehehe
Lepas tu masuk dalam Shiga University. Pemandangan tak menarik sebab bangunan depan tosyokan tengan dalam renovation. Padang yang kecik tu kena tutup dek aktiviti renovation tu..
Hikone Jyo, Hikone Eki, Al-Plaza dapat tengok dari dalam kereta jer la. Kalau ikutkan hati memang nak nombiri menyusuri bangunan-bangunan tu..Tapi kepenatan...huhuhu..
Stepwagon...lawonya kereta sewa nih..huhuhu |
Nasib baik ada 'Navi', senang nak menuju destinasi |
Bila Ali dah bosan duk dalam baby carseat, Aimy plak amik alih. |
Biwako, tempat dating :) |
Rumah sewa ku |
Best nya balik kampong lama korang hihi ! Happy Holiday !
ReplyDeleteThnak you Yan :)
Deletekampung kome bukan dekat perak ke yob? hihi
ReplyDeleteHahhaha..ini kampung no.2...kekkek
Deletewaaa.. iiina dapat mengimbau kenangan silam dengan yang tersayanggggggggg
ReplyDeletemata ikitai desssuuuuuu
Delete