Travel

Sunday, November 13, 2011

Universal Studio Singapore Trip 3D2N : Day 2 ~ Part 3 Lunch Time!

Selepas habis tengok Monster Rock Live Musical Show, kat depannya ada Restoran Mel's Drive In. Restoran ini sama namanya dengan sebuah restoran dalam filem American Graffiti. Pernah tengok ke filem tuh? Mama pun tak pernah...hehheh..Hiasannya ala-ala era 1950-an, ada Juke Box, ada 4 biji keta klasik 'parking' kat luar restoran & sebiji keta polis.

Kat USS ni, 6 buah restoran yang halal. Mel's Drive In, Friar's, Goldilocks, Oasis Spice Cafe, Marty's Casa del Wild & Celebrity Cafe & Bakery. Kat pintu restoran ada dilekatkan logo Halal dari Majlis Ugama Islam Singapore. Kat setiap area, mesti ada 1 restoran halal.

Mel's Drive-In ni lebih kurang macam McD, mainly burger & fries. Mama beli Chicken Burger & Fish Burger untuk Papa. Setnya termasuk fun fries & air. Air boleh pilih nak air apa, Mama pilih ice lemon tea. Untuk Fun Friesnya boleh pilih sos, Mama pilih apa ntah..tetengok dapat macam beef bolognese & cheese...hehhehe..

Untuk Aisya & Amna, Mama pilih Kid Meals, set beef burger, fun fries & air. Untuk Kid Meals dapat bekas gambar Woody Woodpacker. Ingatkan nak pau la sikit burger diorang, sebab kalau ikutkan sizenya besar..tapi tetengok habis la plak diorg makan..hehheh..Tapi fun fries tak sentuh pun.
Papa pun tak makan pun fish burger, makan fun fries pun dah kenyang. So, yang tak abis bungkus letak dalam bekas woody. Sampai ke hotel la burger Papa. Bdak2 nih yang abis kan kat hotel.
Teringat masa pegi Universal Studio Japan, makan fun fries ngan cinnamon stick jer..Memang bagus la ada USS ni, takde masalah nak makan :)

Harga set burger kat sini dari SGD9.90 ~ SGD12.90. Boleh jugak tambah SGD8.90 untuk t-shirt Mel's Drive-In.

Chicken Burger ~ tebal kan chickennya

Masa makan ni, kat dalam dah penuh. Jadi Papa pilih makan kat meja luar. Waktu nih tak la panas sangat, kira OK la makan kat luar pun. Masa tengah makan tu, ada plak show dari Daddy O's. Memang kena dengan masa lah! Memang Mama target dapat tengok show nih masa makan ni :)


Lunch sambil tengok Daddy O's Show

 Tengah makan, nampak karektor Woody keluar kat area Hollywood. Amna nak amik gambar ngan Woody. Eh? nak plak Amna amik gambar ngan karektor ni. Tadi takut, apa lagi..layannnn :)


Aimy ngan muka blurnya. Mama macam biasa, over excited. hehheh

 Bila dah dapat amik gambar dengan Woody & Bini dia (Bini ke? hehhe)..Amna dah start 'panas' nak amik gambar jer..mula2 kat stage Daddy O's tadi, lepas tuh kat kereta klasik yang parking depan restoran. Layannnnn.... :)


amboiii..kemain lagi Amna posing!
Lepas puas posing, nak pegi cari surau. Dalam forum pasal USS yang Mama baca, ada mentioned pasal surau. Tapi dalam map tak der tulis tau! So, nak pegi Baby Center tempat yang diorg mentioned ada surau tu. Baby Center ni dekat entrance blah kiri. Kat blah kanan ada tempat sewa stroller. Papa tak larat nak dukung  Aimy dah :)

On d way nak pegi tempat sewa Stroller, Poe dari Kungfu Panda plak keluar. Apa lagi, terus beratur la nak amik gambar :)
Waktu tengahari macam ni tak ramai sangat orang kat area Hollywood ni, so sekejap je la dah bleh dapat bergambar.
Lepas tu jumpa Bootie Boob, tapi tak sempat nak amik gambar :(

Family Photo with Poe Kungfu Panda
 Kat Beverly Hills Garage ni boleh sewa Stroller Single, Stroller Double, Electric Chair & Wheel Chair. Kalau rasa tak larat nak berjalan tu, leh la sewa Electric Chair tu :)
Papa sewa Stroller Double dengan harga SGD15,boleh pakai sepanjang hari, boleh la Aimy & Amna naik. Aisya dah besar boleh jalan.
Bagus stroller ni, tak rasa berat pun bila tolak walaupun 2 orang yang naik.

Amna & Aimy posing kat display item

Ok, kena stop sini dulu..nanti hang plak entry Mama ni :)
Jumpa di next entry!


2 comments:

  1. mak aiii... burger dia nampak mmg nampak gebu & sedapp jekk.. Aku baru2 ni gi A&W tengok kat menu macam cesar je.. sekali order mak aiii.. kecitttsss nyerr uhuhuhu

    best je tengok 3 beradik pakai baju sedondonn.. ehehehe. USS ni kira mmg penuh dgn charater ekkk

    ReplyDelete
  2. izan ~ Burger King pun tak sebesor ni burgernya..huhuhu..memang puas la makan seketul burger tu..
    Yup, penuh ngan karektor, tapi banyak yang aku tak jumpa macam Shrek, Mrylin Monroe etc..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget