Travel

Showing posts with label smart reader. Show all posts
Showing posts with label smart reader. Show all posts

Saturday, April 05, 2014

Pertama Kali Pergi Rombongan Sekolah

21 March 2014 ( Jumaat ), hari terakhir sebelum cuti sekolah. Smart Reader Adenium buat field trip ke Petrosains dan Zoo Negara. Bayaran rm70.

Nasib baik ada fb, dapat la Mama tengok Aimy berrombongan. Nampak excited sangat Aimy dengan kawan- kawan. 

Bila balik rumah, Mama tanya macam-macam sampai Aimy tak terjawab. Kakak-kakak plak yang lebih-lebih cerita pasal pengalaman masing-masing. Huhuhuhu ^^;
















Saturday, January 18, 2014

Aimy 1st Day School

Tahun ni Aimy @ Mimi dah masuk 5 tahun. Sampai masa untuk Mimi pegi sekolah. Seperti Kakak Aisya & Kakak Amna, 5 tahun Mama hantar masuk Smart Reader. Walaupun yuran bulanan + transport RM385 (mahal!!) tapi demi mensamaratakan dengan kakak2, Mama sanggup :p.

1st day school tak dapat uniform lagi. Agak slow management kali ini. Student baru pun tak ramai. Which is good. Harapan Mama supaya teacher dapat lebih concentrate to each student. 
Mimi mula-mula cool je, bila teacher ajak masuk kelas. OK je. Tapi bila ada yang start melalak dan lari keluar kelas, Mimi pun sama melalak. Huhuhuhu...
Hari kedua, Mimi naik transport 'Atuk'. Papa citer, mengamuk tak mau naik. Tapi Papa paksa jugak naik dengan 'Atuk'. Balik OK plak.

Hari ketiga dah OK, siap duk depan lagi. Huhuhu..
Uniform dapat hari Kamis. Itu pun baju tak dapat size yang di request. Nak size S, dapat size L. Dah la beso... Kasut pun tak dapat lagi sampai hari ni..
Tapi dah dapat baju tu dah OK dah sebab Mimi dah setat tak nak gi sekolah sebab takde uniform. Bila dapat uniform, baru semangat. 

Tiap hari tanya, hari ni Mimi belajar apa? "Kaler". Itu la Mimi jawab hari-hari.
Tapi Mimi dah pandai sebut One-two-three dengan slang omputeh walaupun pelat. Kikikiki...














Daisypath Anniversary tickers