Travel

Showing posts with label iphone5. Show all posts
Showing posts with label iphone5. Show all posts

Thursday, July 03, 2014

iPhone5 problem

Mencabar betul pakai iphone5 ni, ada je masalah. Mula-mula Ali rendam dalam air. Lepas beli baru, tak sampai setahun (beli bulan 9 2013), Bulan 6 2014 masalah bateri pulak. Semalaman charging baru penuh. Bila penuh, max 2 jam je bertahan. teponnya pun panas, charging panas, guna pun panas.
Sejuk tuh bila takde bateri.
Tapi hati masih tak teringin nak guna brand lain. why? why? why?
iphone5 - cepat lah baik :(

Wednesday, February 26, 2014

Macam mana nak auto-rotate kan iPhone?

Pakai iphone dah bertahun, tapi baru hari ni tau fungsi button nih. Itu pun sebab boss tanya. Kah kah kah ( gelak kan diri sendiri )

Button tersembunyi nih pun kalau bukan sebab budak-budak main pas tu tiba-tiba terkeluar.. Sampai bila-bila pun tak tau kut. 

Rasanya ramai lagi yang tak tau ni.. Kan kan kan...errr.. Lagipun tak ler penting sangat pun. Tapi sebab dah ada, kena la tau jugak.

Atas button utama,  swipe sikit ke atas akan keluar satu paparan yang menunjukkan beberapa button bermula dari kiri - gambar kapal terbang, simbol wi-fi, simbol blutut, simbol bulan & simbol mangga dan ada anak panah keliling dia.

Simbol paling kanan - simbol mangga tu lah... Simbol untuk auto-rotate nih. Kalau "Potrait Orientation Lock: On" maknanya gambar akan tegak je tak gerak-gerak.
Kalau "Potrait Orientation Lock: Off" 
maknanya gambar akan auto-rotate bila kita pusing-pusing kan iphone5 ni.
Selamat mencuba.
Sekian pelajaran untuk hari ini (^^)



Monday, September 02, 2013

Iphone5 masuk air



Seperti malam-malam biasa, kalau Mama iron baju sekolah kakak mulalah Ali mengenden nak iron baju sekali. Mama pun umpan dengan handphone supaya Ali tak kacau Mama iron baju...Lepas dapat handphone Ali pegi ke ruang tamu. Ingatkan Ali main handphone Mama dengan Kakak Mimi. Rupa-rupanya Ali pegi bilik air dan masukkan handphone Mama ke dalam baldi yang penuh air. Mimi datang bawak handphone Mama yang dah basah...Uwaaaaaaaaa!!! Mama rasa nak pengsan!

Update status kat fb, minta tolong Papa. Tak boleh nak pikir dah masa tu blank!
Ada yg bagi link, apa nak buat kalau iphone kena air. Ada tips tu rendam dalam beras. BERAS?? Dah la iphone ni tak leh bukak sendiri selain dari lubang simcard tu.. Cam tak logik jer letak dalam beras.
Nak blow ngan hairdryer pun tak jumpa hairdryer kat mana.. Mama pasrah...

Hari Sabtu pi hantar kat kedai Handphone Parkson Rawang. 2-3 hari baru leh dapat result apa yang rosak. Techniciannya sabtu halfday, ahad cuti. Pagi Isnin Mama follow-up call kedai..belum check lagi..masuk hari nih 4 hari Mama takder handphone. No wassap, no fb, no blog, no taking picture...uwwaaaa....Separuh jiwa ku pegi..huhuhuhu

Baru call kedai handphone Rawang, ber tanya kabar berita iphone5 Mama tu...DAH TAK BOLEH REPAIR......uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!! main board dah rosak..kalau tukar pun mahal, baik beli baru......sesak napeh...

Tuesday, February 12, 2013

Terminal Jeti Lumut ~ Ramainya orang!

Hari terakhir di Lumut, sebelum check-out bagi budak-budak mandi kolam puas-puas dulu. Lepas check-out bergerak ke Teluk Batik, dekat je dengan resort. Tak sampai 5 minit kut dengan kereta. Depan Pantai Teluk Batik ada Teluk Batik Resort & Virgo Hotel. Ada jugak chalet-chalet tapi tak ingat nama. Masuk parking Pantai Teluk Batik kena bayar RM1, tapi takde sapa yang kawal parking. Yang jaga booth duit sampai 3 orang. Huh!

Sebab takde tempat nak parking, decide terus pegi pekan Lumut. Dari parking hanya boleh nampak gerai-gerai jual souvenirs, taman mainan kanak-kanak, Muzium Siput. Pantainya tak nampak pun..

Nak ke Pekan Lumut pun jalan jem. Semua turun dulu dan 'driver' cari parking. Di Terminal Jeti ni pelbagai makanan laut kering, baju2 & souvenirs bertulis Pangkor boleh di dapati. Mama beli satay ikan, fridge magnet & t-shirt 'I love Pangkor' sebagai kenangan (walaupun tak pegi Pangkor)

Pengunjung sangat lah ramai, dengan cuaca panas yang mengetit ( org Perak jer kut yang paham mengetit ni ). Dengan Amna yang buat perangai menangis kat kedai souvenir plak. Dah la memang panas, makin panas dibuatnya. Hehehe

Kalau nak shopping kat Terminal Jeti ni lebih seswai waktu petang yang dah redup kut.

Bila dah puas dengan 'tangkapan' yang dapat, amik gambar sikit2 pemandangan.
Perjalanan diteruskan. Sebelum tu, salam-salam selamat tinggal untuk Atuk, Nenek, Paklong, Maklong dan sepupu- sepapat. Keluarga PakNgah tak dapat dihubungi, ralit sangat shopping agaknya. Dapat babai dalam talipon jer.

Berakhir lah 'family day Atuk Dollah' .. Jumpa lagi di next family day. Lepas ni kita buat BBQ kat banglo Atuk plak yer :)






































Daisypath Anniversary tickers