Hari kedua di Jepun, destinasi seterusnya ke BLUMEN HUGEL PARK yang merupakan taman rekreasi yang berunsurkan alam sekitar. Ada taman bunga, mini zoo dan sebagainya. Mama plan pegi ke sini sebab nak tengok bunga kosmos. Bunga kosmos adalah antara bunga yang tumbuh subur di musim luruh. Bunga kosmos juga adalah bunga yang membangkitkan kenangan indah berdating dengan Papa dulu...hehheheh
Mama & Papa pernah datang ke sini, pada musim luruh juga.
Sesuai la dengan tema 'Sambutan 10 tahun ulang tahun perkahwinan Papa & Mama' kan?
Sampai di BLUMEN HUGEL lewat sejam dari yang dijadualkan. Di depan pintu masuk ada gerai-gerai makanan bertemakan musim luruh. Nasi Cendawan Kinoko, Ubi Keledek Bakar dan sebagainya. Orang-orang tua belaka yang menjual.
Kat sini pun ada disediakan rental baby stroller. Tapi Mama decide nak 'wrapping' jer Ali, sebab rasanya tak lama kat sini..sebab target pukul 12:00 dah nak gerak ke Okazaki.
Tiket dewasa 800yen & kanak-kanak 400yen. Aimy & Ali free. Di BLUMEN HUGEL ni sebenarnya banyak aktivity kanak-kanak seperti aktivity membuat kek, membuat key-chain, mencabut ubi keledek dan sebagainya mengikut musim. Tapi Aisya & Amna tak dapat la join aktiviti-aktiviti tu sebab kesuntukan masa. Cuma dapat naik train & naik anak kuda. Mama dapat ambil gambar bunga kosmos yang cantik itu.
Sebelum balik, makan soft cream dulu! Tinggi betul soft creamnya..jenuh nak menghabiskan. Sambil makan soft cream dapat la rehat-rehat sambil tengok gelagat pengunjung-pengunjung taman. Mak Wan ambil peluang membeli keledek bakar. Mula-mula Mama ingatkan ada jagung bakar, bukan musim kut.
Mama juga ada membeli nasi cendawan kinoko, tapi malangnya dalam nasi tu ada ayam. Mama terlupa plak nak tanya kandungan nasi tu sebelum beli. Alahai ruginyaaa...
cantikk taman bunga nihhhh.. seronoknya wehh leh balik kampung bawak anak2 sekali!!! mesti banyak ayat "dulu mama...." ehehheh
ReplyDeleteaku ni ntah bila la gak nya uhuhuhu
betul Izan!! memang banyak ayat "dulu mama...." tu...ekekke
DeleteInsyaAllah..ada rezeki ko nanti tu :)