Travel

Thursday, November 10, 2011

Universal Studio Singapore Trip : The preparation

Sempena Papa & Mama cuti Plant Shutdown Hari Raya Haji, Papa &  Mama plan nak pegi Universal Studio Singapore. Yeayy!!:) Sejak dari Universal Studio diumumkan pada tahun 2006 akan dibuka di Singapore, Mama dah pasang angan-angan akan pegi bila dah buka nanti. Soft openingnya pada tahun 2009 dan alhamdulillah tahun ni dapat pegi:).

2~3 minggu sebelum cuti, Mama survey via internet package untuk pegi ke USS. Pada awalnya Mama ada 3 options:
 1) Stay di Singapore (bawa masuk keta ke Singapore)
 2) Stay di JB (naik bas ke USS)
 3) Stay di JB (bawa masuk keta ke Singapore)
Papa pilih naik bas ke USS, jadi stay kat JB lah. Ada jugak yang suggest naik flight sebab kalau naik bas kena beratur lama kat Kastam... Kesian kat budak2.
Anyway, Papa & Mama pilih option no. 2) Stay di JB dan naik bas ke USS.
Mama pilih package 3 Hari 2 Malam stay di The Zon Regency Hotel dari Bon Voyage Vacation (Mr. Albert Chia). Details boleh tengok di http://www.amazinguss.weebly.com/

Semua urusan secara online. Mama request harga untuk 2 dewasa & 2 kanak2 ( aimy bawah 4 tahun FREE ) --> Travel agent reply harga bersama cara2 nak bayar-->Mama bank-in ke akaun Travel agent ( Card Credit not available yet )-->Travel Agent e-mail voucher (bukan tiket tau!)--> Print 2 lai ( 1 untuk hotel & 1 untuk redeem tiket USS )

OK voucher dah dapat, next step buat Passport Aimy. Passport Mama, Aisya & Amna hidup lagi sampai Ogos tahun depan. Tu yang beria jugak nak pegi 'oversea' sebelum Passport expired. Hehehe..Passport Papa baru lagi renew. So, Papa & Mama bawak Aimy sorang je ke Jabatan Immigration di Shah Alam. Papa & Mama memang prefer buat kat sini, sebab pengalaman setakat ni tak ramai sangat orang. Tempat pun kat Kompleks PKNS, sambil tunggu passport siap boleh la nak lepak2 makan ke... cuci mata ke...kan? Hehehe..

Papa & Mama pegi Jabatan Immigration Shah Alam hari rabu, sampai dalam pukul 10.30 pagi, terus pegi tingkat 2, ambik gambar ukuran passport untuk Aimy. Susah jugak nak ambik gambar budak kecik ni.. Kena pujuk dengan air milo kotak baru jalan.. Heheh.
Gambar dah siap, bayar RM12 untuk 4 keping gambar. Lepas tu photostat Mama punya Mykad dan Aimy punya surat beranak ( kalau Papa yang sign kat Borang Passport, kena Mykad Papa lah ). Borang Mama download dari website dan dah isi siap2.
Lepas tu, pegi kaunter untuk ambil Nombor. Lepas ambil nombor, tunggu sampai nombor dipanggil.
Bila nombor dipanggil, serah dokumen2( Borang, 2 keping gambar, surat beranak, Mykad Mama, copy surat beranak & copy Mykad Mama) pada kaunter. Mama bawa juga Mykid Aimy, tapi x perlu pun.
Lepas cap jari Aimy diambil, kena tunggu kat kaunter lain pulak untuk process pembayaran. Untuk Passport kanak2, RM100 untuk 2 tahun & RM150 untuk 5 tahun. Beza RM50 je kan, so Papa amik yang 5 tahun ( ada chance nak gi 'oversea' dalam masa 5 tahun ni.. Ekekekek )

Bila nama Aimy dipanggil, Papa bayar dan dapat resit. Passport akan siap selepas 1 jam dari waktu pembayaran. So, ada masa 1 jam menunggu Papa & Mama 'Brunch' kat McD.
Sempat Aimy menge'pau' Papa selipar Angry Bird dengan belon Minny Mouse

Lepas 1 jam, Papa & Mama naik balik ke tingkat 2, dan letak resit kat dalam bakul di Kaunter Pengambilan Passport. Tunggu lagi sampai nama dipanggil. Bila nama dah dipanggil, kena ambik cap jari Aimy lagi dan dapat la Passport. Selesai semuanya dalam pukul 1.30 tengahari.

Untuk passport Aisya & Amna, Mama risau la jugak nak kena tukar gambar ke tak. Gambar Amna la paling lain sebab masa buat passport umur dia belum 2 tahun lagi. Sekarang ni dah 5 tahun. Tanya kat kaunter Immigration memang disarankan tukar. Mama tanya kawan2 Mama kat FB, ada yg tukar ada yang tak tukar. So, sebab ada yang tak tukar Mama decide tak yah tukar lah:)

Ini dia passport Aimy :)
Passport Aimy dah settle, next step tukar duit ke Singapore Dollar. Sebab pegi USS aje, budget tukar duit untuk makan & beli sikit souviner. Papa tukarkan duit kat money changer di Rawang dengan rate 2.47. Tak tau la ok ke tak rate tu, sbb tak pernah amik tau pun sebelum ni.

OK, semua dah ready, tinggal tunggu tarikh nak pegi jer. Yeayy!! :)
Oppsss!! Sebelum tu Papa beli beg sandang untuk bawa barang2 Aimy terutamanya dan baju hujan Aisya & Amna. Takut hujan plak nanti, almaklum la sekarang ni musim hujan kan. Tapi kalau dari forum pasal USS yang Mama baca, kat sana pun ada jual baju hujan ni. So, terpulang pada keperluan masing2:).
Mama prepare jugak surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah untuk Aisya hantar pada guru kelas sekolah Kebangsaan & sekolah Agama. Nasib baik minggu exam dah habis:). Untuk Smart Reader Amna, Mama info melalui sms je.

OK, jumpa di next entry!!
(Isskk.. Tak sabar ni....)

4 comments:

  1. Hahaha..gambar passport aimy sebijik klon ambry version perempuan... ;) mcm tu agaknya muka ambry 2 tahun

    ReplyDelete
  2. waaa bagus baguss..! esok2 kalau dah sampai seru leh belek kat sini jeh.. ehhehehe

    Danish & Dania pun wat 5 tahunn.. ngam2 expired Danish umur 12 tahun nanti ok lah tuu..

    tengok website yg nko susume tu memang +ve feed back laaa.. cepat2 udpate bila balik USS okehh!!

    ReplyDelete
  3. Yatie ~ sebijik Ambry kan? huhuhu..tapi kening berteraburnya tuh ikut akak...hahhaha

    ReplyDelete
  4. Izan ~ banyak package nak ke USS ni, kalau rajin cari maybe boleh dapat harga lagi murah :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers