Travel

Friday, November 11, 2011

Universal Studio Singapore Trip 3D2N : Day 1 ~ The Zon Regency Hotel & Danga Bay, Johor Bahru

Selasa, 8 November 2011

Bermulalah perjalanan untuk Universal Studio Singapore (USS) trip. Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 10.30 pagi. Singgah rehat di R&R Pagoh, makan tengahhari di Restoran Wakomo. NOT RECOMMENDED makan kat sini...makanan tak sedap, lalat pun banyak..aduiiiii...
Sampai di The Zon Regency Hotel lebih kurang pukul 3.30 petang. Check-in hotel, dapat Smoking Room!! Aduiiii.... Call reception minta tukar bilik, pegi lobby balik...selama hari nih, kalau booking hotel tak pernah pun Mama mentioned nak bilik Non-Smoking ke..Smoking Room ke.. Tapi OK jer, tak pernah pun dapat Smoking Room nih....Adik reception nih baru kerja ker? Nasib baik adik ni minta maaf kat Mama. Dah dapat kad kunci, naik balik..Alhamdulillah condition bilik non-smoking memang better!!

Overall bilik dari segi size, facilities dan  hiasan dalaman Mama bagi 3 bintang. Tertanya2 jugak Mama, betul ker Hotel 5 bintang hotel nih? Tahun bila punya rating tu? Condition hotel memang nampak sangat hotel lama. Agak kecewa la Mama sebab indah khabar dari rupa :(.
Lepas rehat & bersihkan diri, pegi keluar ke sebelah hotel ada Shopping Mall. Mungkin hari ni hari biasa, tak ramai pun orang.

Mama nak cari memori kad untuk kamera. Cam mana Mama boleh lupa benda paling penting tuh!! Kena la beli lagi, masuk yang nih..Mama dah ada 4 keping memori kad..aduiiiiii(lagi)

Masuk The Zon Department Store, banyak tag SALE tapi LENGANG!!

Mama tengok area The Zon nih banyak bar & pub. Kedai jual alkohol pun besar...Ada The Zon Mart ala2 7-Eleven tu..air dalam peti ais banyak alkohol dari air biasa...hmmm..betul ke ini Datuk K punya??? Rasanya next time kalau stay JB, Mama tak datang dah sini.

Lepas tu, Mama ajak Papa gi Danga Bay. Tak tau la kenapa, tapi kalau pegi JB, tempat yang wajib pegi bagi Mama adalah Danga Bay. Papa & Mama pernah datang Danga Bay waktu Aisya kecik.. mungkin 6-7 tahun yang lepas. Mama ingat lagi masa tu Mama makan Laksa Johor kat Danga Bay. Tapi malangnya, dah takde Laksa Johor kat Danga Bay ni. Dah takder gerai2 kecik ala Food Court. Yang besar dan banyak, cuma restoran2 cina & restoran ala2 pub. Kedai melayu yang Mama nampak ada 1 jer.

Selain tempat makan, Danga Bay ada theme park ala2 fun fair. Dari jauh dengar fun fair bentuk kapal tu bergerak, kreeekkkk...krrooookkk..bunyi besi berkarat. Dengar pun dah seriau, inikan plak nak naik?? Idok lerrrr....

The entrance
Posing berlatar belakangkan Cruise. Tak pasti la plak Cruise tu untuk kemana. Tak nampak apa2 signboard pun.
Ada keretapi & basikal untuk disewa.

Banyak kapal2 berlabuh kat sini.
Satu-satunya restoran melayu yang Mama nampak kat sini. Restoran Bawang Merah.
Papa kata nak makan Ayam Penyet, Mama nampak kat situ ada tulis Ayam Penyet, ingatkan ada...rupanya tak der..kesian Papa...Laksa Johor lagi lah takder! Mainly kat sini Ikan Bakar. Mama tertarik nak try Kupang Bakar. Papa order set Ikan Pari Bakar untuk 2 orang.

Aisya & Amna dah pandai order sendiri, Aisya tak abis2 dengan ice blendednya. Bila duduk jer. Otak-otak sampai...walaupun tak order. Kalau amik makan kena la bayo :).. Aisya suka Otak-otak, tak pedas katanya.


Ini dia Set Ikan Pari  Bakar(RM40), termasuk Udang goreng rempah,sayur kangkong, sup kosong & nasi putih. Itu dia Kupang Bakar Sambal Kawah (RM12) yang Mama order, Mama makan sorang jer.....huhuhu..Bagi Mama kupang nih sedap, perah plak dengan air limau tu...perrghhhh!!

Overall makan kat sini biasa jer, Mama cuma suka kat Kupang ni jer.
Anak2 Mama semua pandai buat memek muka bila bergambar :)


Masa tengah makan, Mama terdengar berita kat TV berkenaan kematian pelajar Malaysia di Indonesia. Kematian pelajar jurusan perubatan itu disebabkan dibunuh oleh penjenayah yang merompak motosikalnya. Sangat menyayat hati.....
Dan yang menguruskan penghantaran mayat mendiang dari Indonesia ke Malaysia ialah kawan Mama. 1 kelas semasa di RPKJ dulu. Ludinata Misnun. Wah!! masuk TV kawan Mama sorang nih:). Mama tumpang bangga.

Lepas habis makan, masa untuk balik. Papa terperanjat sebab bill RM80++!! Betul lah kata Angah Syakina. Mahal makanan kat Danga Bay nih. Nasi putih tambah RM3.50 tau!! Ohokkk!!!

Sebab malam masih awal, Papa bawak round2 area JB. Tunjuk tempat2 yang Papa selalu pegi kalau oustation ke JB. Yang Mama perasan, banyak betul kedai Car Wash malam kat JB nih. Tak lupa juga restoran yang Papa selalu makan Ayam Penyet. Len kali kita gi sini lak yer bang..:)

2 comments:

  1. Ya Allah bapaaakkkkk besarnyaaa foto tu kat skrin gergasi tuh! adoilaaaa tv3.... malunyaaaaaa.

    zali, lainkali jgn makan kat Danga Bay. Aku kalu ke singapore kalu duk JB akan makan kat restoran singgah selalu depan danga bay - dekat dgn hotel tune tu. makan kat situ sedap sgt.

    ReplyDelete
  2. Ludi... Gambo segak takpe.. Hehhe

    Tu la.. Len kali memang tak makan dah kat Danga Bay nih!

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers