Travel

Monday, November 07, 2011

Restoran Nasi Vanggey - Ipoh's Famous Nasi Kandar

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin & muslimat.

Balik dari kampung, Mama dah janji dengan kawan Mama(Untie Azzah) nak pegi makan kat Nasi Vanggey. Mama memang dah lama dengar pasal Nasi Vanggey kat Ipoh, tapi tak pernah pegi sebab tak tau kat mana. Nasib baik ada Untie Azzah yang memang orang Ipoh, so dia la yang bawak sampai ke sini :)


Restoran ni letaknya area Green Town. Detailsnya tak tau la Mama nak citer...huhuhu..
Banyak betui kereta parking depan restoran ni, seb baik round sekali jer ada parking. Tak la jauh sangat, jalan sikit jer.


Restoran ni baru bukak, tapi ORIGINAL RESTORANnya masih ada di tengah2 town Ipoh. Original restorannya, gerai kecik menumpang di restoran cina. Mama pernah tengok dalam rancangan MAKSIMA TV3. Memang 1 Malaysia la..semua bangsa makan kat retoran tu. Mengikut kata Untie Azzah, restoran tu kecik jer. Yang baru ni lagi besar dan selesa.


Akhirnya sampai jugak Mama kat Restoran Nasi Vanggey nih! kalau tak ngecess la baby ..huhuhuh..
Restoran nih ada area aircond. So, Mama pilih bilik ada aircond la..nasi dia charge lebih sikit kuttt..


 Ini dia barisan lauk-pauknya, banyak pilihan..tapi semua masakan mamak la yer :)
Ada yang tak boleh blah dengan masakan mamak ni, tapi Mama OK jer..tambah kalau sedap. Ada jugak, lauk kedai mamak yang tak sedap.


Itu Untie Azzah dah beratur nak pilih lauk. Nak order air, nanti ada waiter datang kat meja amik order.
Memang banyak la pilihan lauknya, Mama pun kompius nak amik apa, jadi Mama ikut cadangan Untie Azzah, amik ayam goreng madu.


Ini dia nasi Mama, ayam goreng madu, begedil, KUAH CAMPUR LETAK TEPI. Kuah letak tepi ni pun saranan Untie Azzah, sebab takut tak tahan pedas kalau letak kuah kat tengah :)


Setiap pinggan memang di letak sambal kelapa dan timun sebagai ulam. Kari dah pedas, tambah sambal lagi..perrghhhhh!!! Memang kena standby air kat sebelah :)


Aisya dengan air lychee suam. Nasi separuh, ayam goreng madu & kuah masak kurma.


Aimy Mama suap ayam jer, nak nasi? "nanak"(tak nak) Aimy kate.....layannnnn......


Ini lauk Aisya & Amna, tak nampak pedas pun kan? TAPI Aisya & Amna kata pedas...addooiii anak2 Mama ni....memang tak abis ayam goreng diorg. Tak per, Mama boleh tapau.


Amna yang order Lychee suam ni "Amna tak boleh minum ais"...Iskkk..pulak dahhh..macam2 la kome nih!


Papa yang dah abis makan, update foursquare la tu....


Alhamdulillah...tinggal tulang Mama makan :). Ayam goreng madunya memang sedap lah! Memang kena dengan kuah kari campurnya yang pekat. Mama siap ayam goreng madu ni tuk makan malam..huhuhu
Total makan hari ni, tambah dengan seketul lagi ayam goreng madu dan 2 telur masin = RM36.50.


Family Untie Azzah. Ni memang kedai mamak's fan family nih..hehhehe

 Dalam masa yang sama, family Uncle Long pun datang makan kat sini. Uncle Long on d way dari Penang nak balik Kinrara. Uncle Long memang selalu outstation ke Ipoh dan pekena Nasi Vanggey nih. Sanggup dia turun dari hiway dtang makan sini..isshhh...isshhhhhh..ni satu lagi mamak's fan family. hehheh

Sebelum balik, Mama nak masuk juga dalam ini gambar :)
Tapi Papa amik gambo tak menjadi ajer...saborrr jer la ....

Tima kasih pada Untie Azzah sebab bawakkan Mama ke sini:)

4 comments:

  1. alahai...best ek kedai nasi vanggey ni? kitorg kalo kedai mamak ni tak berapa nak layan. kecuali roti canai dan mi grg mamak aje le. tu pun sgt jarang bleh jejak kaki ke kedai mamak. tapi, tingin lak nak mkn ayam grg madu tu...zali. sedap ek???????????? mmg dah lama berangan nak cuti2 ke ipoh. (apa ada kat ipoh eh..?)

    ReplyDelete
  2. woh sungguh meriahhh!!!

    ReplyDelete
  3. Noora~ ada orang kata biasa jer, tambah kalau yang x berapa suka masakan mamak:). Tapi kalau noora jalan2 ke Ipoh, memang osusume da yooo!

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:56 AM

    Ni Vanggey baru... Vanggey lama kat Jln Yang Kalsom jugak the best....

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget