Travel

Monday, October 03, 2011

Bijak Mengurus Wang

Bermula hari ini, Mama minta Aisya senaraikan apa yang Aisya belanjakan dengan wang saku yang Papa bagi. Biasanya Mama tanya jer, "hari ni beli apa dengan duit belanja?" Kalau beli yang bukan-bukan memang kena bebel la dengan Mama.

Ini la hasilnya untuk hari ni :)... Tergelak tengok tang "belen" tu.. Bila tanya "belen" tu apa, tau plak jawab "baki"..tulis jer la "baki" sayang ooiii.. Hehehe..

Bila Aisya dah pandai listkan perbelanjaan harian, Mama nak ajar next step plak. Mama nak cuba konsep S.M.A.R.T. Harap-harap berjaya:)

Hari ni jugak, buat pertama kali Aisya minta nak pegi majlis hari jadi kawan sekelas. Nak pegi tapi tak pasti rumah kat mana, majlis pukul berapa. Infonya cuma, Apartment yang sama, block C Ground Floor, langsir warna merah. Adoyaiiii... Kalau semua rumah kat Ground Floor tu langsir warna merah cam mana?

Mula-mula niatnya nak pegi sorang-sorang. Yer la tuuu.. macam la Papa nak bagi Aisya keluar sorang2 malam2 ni. Papa pegi hantar.
Amna & Aimy tinggal dengan Mama. Amna tak leh di bawak ke majlis lagi :).. Tambah2 tanpa Mama & Papa.
Aimy plak ralit tengok kartun Mickey Mouse ( Channel Disney Junior ) Memang sekarang ni, balik dari Taska jer mesti Aimy sebut 'mau' sambil mulut muncung.. Nak tgk Mickey Mouse la tuuu...

Masa Mama tulis ni, Papa & Aisya belum balik lagi. Papa sms bagitau, majlisnya petang.. Kekkeekk.. Tapi masuk jugak tebal muka... Makan mee goreng:)

Alahai Aisya....:)

4 comments:

  1. sian papanya kena masuk majlis dah habis..hehehhee

    ReplyDelete
  2. mak aih sehari rm4 ker duet kocek..aku gi skola dulu 50sen jer hehe

    ReplyDelete
  3. Rudy.. Demi anak sanggup tebalkan muka:)

    ReplyDelete
  4. Asraf.. Anak ko sok sehari nak RM10 kut... Hehhe.. Cecepat la kawin.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget