Travel

Monday, September 12, 2011

BULAN KE-4 KEHAMILAN

*kelopak atau kelopak tetek ialah istilah Melayu tradisional untyk bahagian gelap yang mengelilingi puting atau istilah modennya, areola.
*tundun ialah tulang pubik yang terletak betul-betul di bawah ari-ari yang menandakan permulaan bahagian sulit.


Apabila kandungan memasuki bulan keempat, rasa loya atau muntah biasanya berkurangan. Ibu hamil mula mempunyai selera atau nafsu makan. Payudara semakin membesar dan warna puting serta *kelopak menjadi bertambah gelap sehingga kehitam-hitaman. Perut semakin membesar dan timbul satu jaluran berwarna hitam ataupun coklat kehitaman di bahagian tengah perut. Jaluran itu kadangkala bermula dari bahagian hulu hati atau pusat, terus ke bahagian *tundun. Mengikut ilmu perbidanan Melayu, jaluran itu boleh menjadi petanda cara kelahiran bayi kelak, sama ada mudah ataupun sukar. Jaluran yang lurus, tidak terputus atau bengkok sehingga ke *tundun menandakan proses kelahiran bakal dihadapi adalah mudah; manakala jaluran yang tidak lurus menandakan kemungkinan ibu melalui kelahiran yang sukar. Biasanya jaluran itu akan hilang sesudah 100 hari bersalin. Itu pun jika ibu hamil bijak menjaga diri semasa dalam pantang. Sekiranya aspek penjagaan diabaikan, jaluran hitam akan meninggalkan tanda seumur hidup bersama perut yang menggeleber.

Semasa dalam kehamilan bulan keempat ini, kadangkala ibu akan melalui kesan "pembawaan budak", iaitu penimbulan tompok-tompok hitam di bahagian muka, leher, ketiak, perut, celah peha dan sekitar faraj. Selalunya tompok itu akan hilang selepas 100 hari bersalin, tetapi kadangkala mengambil masa untuk dihilangkan sehingga terpaksa mendapat rawatan daripada pakar kulit jika dibiarkan tanpa langkah penjagaan awal.

Mengikut petua orang tua-tua, ibu hamil dinasihatkan menjaga badan dan kulit dari awal tempoh kehamilan, dalam pantang sehinggalah habis pantang selama 50-100 hari. Keberkesanan sangat menakjubkan. Ibu bersalin akan memperolehi kejelitaan kulit dan badan yang lebih segar, mekar dan tampak lebih ayu daripada sebelum kehamilan.

Semasa kehamilan pada bulan keempat ini, ibu mungkin merasai pergerakan bayi di dalam kandungan dan dapat merasai sama ada kandungan itu lemah atau tidak. Pada usia ini, bayi telah membesar dengan ukuran panjangnya antara 13-15cm(5 1/2 - 6 inci), sementara beratnya bertambah kepada 180 gram. Bulu kening, bulu mata dan rambut mulai tumbuh serta pergerakan sendinya lebih sempurna. Bayi yang mulai pandai menghisap, menelan, tidur, jaga, serta membuang air kecil.

SUMBER: ENSIKLOPEDIA PERBIDANAN MELAYU

Nota Mama:
Bulan ke 4 mama kena pada bulan Ramadhan. Ini pertama kali Mama mengandung dalam bulan Ramadan. Awal2 tu takut jugak kalau tak tahan. Tapi alhamdulillah, mama
dapat puasa penuh! Lapar tu tak rasa sangat. Tapi, perut masuk angin tu memang selalu. Mencabar puasa mama kali ini.

Pada bulan ini juga, Mama mula pegi check up di KK Serendah. Prosedur macam biasa. Mula-mula sampai ambil no dan isi maklumat 2 buku ( 1 untuk Mama, 1 untuk KK). Jangan lupa bawa buku lama!
Lepas isi buku, nurse akan interview sikit pasal history bersalin sebelum ini. Selesai interview, check berat dan tekanan darah.
Kemudian pegi ke Makmal untuk ambil darah. Untuk pengambilan darah yang pertama, ambik darah di lengan untuk dicheck jenis darah, Hb, HIV( ada alat macam pregnancy test, terus boleh tau result) dan macam2 lagi yang Mama tak faham sangat. Hehehehhe..
Kemudian hantar darah tadi ke kaunter makmal. Kat sini sementara tunggu darah dianalisis, air kencing juga di check.
Sesudah dapat result darah dan air kencing, pergi pula ke bilik pemeriksaan. Di sini nurse akan check perut, berapa 'tinggi' perut & pemeriksaan payu dara untuk kanser.
Selesai pemeriksaan oleh nurse, nurse akan tengok result untul hari ini. Kalau ada apa2 result yang abnormal yang ditulis dengan pen merah, nurse akan advise jumpa doktor. Di sini juga nurse akan beri pill2 suppliment ( iron tablet, absorbic asid, vitamin, asid folic ).
Result Hb Mama 10.6, rendah dari bacaan normal iaitu 11. Jadi mama kena datang lagi check up 2 minggu. Kalau x de apa2 masalah datang lagi sebulan. Nurse juga minta Mama pegi jumpa dentist untuk check gigi.
Lepas tu, Mama jumpa doktor plak. Sama jer advise doktor, dtg lagi 2 minggu utk check darah & doktor minta Mama dtg hari jumaat dalam minggu ni jugak untuk scan.
Lepas tu, mama jumpa dentist plak.. Check gigi. Dentist kata gigi Mama OK. Jaga je elok2.
Lepas check gigi, pegi balik kat kaunter ibu hamil dan buat appoinment untuk next visit.
Berakhir la hari Mama yang panjang di KK Serendah:).

1 comment:

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers