Travel

Monday, February 07, 2011

Bukit Malawati, Kuala Selangor (Part 2) : Lotong Oh! Lotong

Sampai kat atas puncak Bukit Malawati nampak meriam dan lotong. Tarikan istimewa di atas Bukit Malawati ni adalah Lotong. Ada penjual-penjual makanan untuk lotong, ada kacang panjang, pisang, kacang, kangkung, carrot etc. Tapi kebanyakannya beli kacang panjang. Senang nak bagi lotong kut. Mama tak beli pun sebab sebuk ambik gambar ;p....sebelum datang sini, opismate Mama dah pesan bawak kacang panjang..so, tak payah beli kat sini..hehhe
Amna plak, turun-turun dari Tram nampak jer lotong terus menangis..dah agak dah..Ratu Air Mata ni mesti nangis punye..hehhe..memang seronok tengok gelagat lotong-lotong ni..jinak jer..siap ada yg bertenggek kat bahu pelancong. Tapi yang tak bestnya, kencing tak tengok tempat..merata jer pancutnya..siap pancut dari atas pokok..seb baik la tak der sapa yang kena.Bergambar dengan meriam.
Picture taken by Aisya.
Penjual-penjual makanan Lotong.
Mother & Baby Lotong.. comel babynya kaler oren.
Memang banyak Lotong kat atas ni.
Lotong yang dah biasa dengan manusia.
Papa tengah pujuk Amna yg ketakutan ;)
Sedapnya makan kacang panjang.
Eh! malu ker?
Lepas layan Lotong, pegi masuk Muzium Sejarah plak. Free je masuk.
Kat Selangor ada banyak bukit, perasan tak? Bukit Malawati, Bukit Tanjung Keramat, Bukit Hospital, Bukit Jeram, Bukit Permatang & Bukit Belimbing. Semua Bukit ini adalah kubu pertahanan negeri Selangor. Banyak lagi sejarah negeri selangor yang ada dalam muzium ni.Okeh..dah abis pusing-pusing Muzium. Tiba masa untuk beredar. Sebab masa naik Bukit Malawati ni tengah tengahari rembang..tak larat nak pusing keliling dah..so, tunggu Tram tuk pegi Taman Ikan Air Tawar plak.
To be continue..

2 comments:

  1. lotong tu kat kg husband kena tembak ngan mercun je ina...hahahha

    ReplyDelete
  2. Kia~ jangan la tembak..syian depa :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget