Travel

Tuesday, November 30, 2010

Tudung Pengantin - Raja Farah

Raja Farah memilih warna putih dan biru majlis pernikahannya. Tudung awning putih bersulamkan manik dan labuci berwarna biru muda. Maniknya tak banyak sangat pada tudungnya, tapi lebih sarat pada selendang. Sangat cantik dan manis digayakan oleh Raja Farah. Gambar yang sangat cantik. Tahniah kepada photographer Azmi Daud.

Berita perkahwinan Raja Farah saya ketahui melalui rancangan popular TV3 iaitu Melodi. Pada waktu itu kelihatan badan Raja Farah berisi. Tapi dalam gambar pernikahannya ni, Raja Farah nampak kurus!
Fuhhh! ramainya photographer!!


Saat paling romantik. Saya paling suka saat suami mencium dahi isteri semasa majlis pernikahan.
Semoga Raja Farah & suami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.


Wajah ceria pengantin. Hensem kan suami Raja Farah :)





Tudung Pengantin - Datin Halina (isteri Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor)

Masuk bulan December bermakna cuti sekolah dan musim orang kawin. Sejajar dengan musim orang kawin, saya nak kongsi fesyen tudung pengantin. Saya mulakan dengan Datin Halina, isteri Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang tak perlu diperkenalkan lagi :) Datin Halina memilih busana putih bersih dihari pernikahannya. Tudung awning yang sarat dengan labuci & manik bergemerlapan. Nampak berat je tudung Datin Halina ni, tapi sesuai la dengan status raja sehari kan?
Datin Halina yang sentiasa tersenyum gembira sepanjang majlis pernikahannya. Giginya cantik sangat!!

" Cantiknya isteri abang ni!!"..agaknya itu yang Datuk katakan pada Datin Halina. Happy sangat tengok gambar ni, tengok la tetamu yang datang pun semua tersenyum gembira.


Pasangan sama cantik sama padan bak pinang dibelah dua.
Semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Gambar dari web photographer: www.fuadtopa.com




Monday, November 29, 2010

Fesyen Selendang Dato' Siti Nurhaliza di Shout Award

Dato' Siti yang popular dengan memakai selendang yang menampakkan jambul di depan. Dan Malaysia terus dilanda fesyen Tudung Siti Nurhaliza :).
Semasa di Shout Award Dato' Siti datang dengan fesyen bertopi. Rasanya lepas nih ramai plak yang follow style Dato' Siti ni..tunggu dan lihat. Senyuman Dato' Siti memang manis. Saya peminat setia Dato' Siti!!

Tema warna pakaian Dato' Siti - hitam dan bling-bling!

Sukanya tengok cheekbone dia.


Cantiknya handbag.

Cari apa tu?


kredit: www.budiey.com

Saturday, November 27, 2010

Kari Kepala Ikan Rawang

Pernah makan kari kepala ikan? Tak Pernah? Kalau tak pernah kena cuba sekali....sedapnyaaaa!!
Lunch hour Jumaat lepas makan kari kepala ikan kat Rawang. Biasanya kari kepala ikan nih org makan kat restoran mamak kan? Ini bukan kat restoran mamak, kedai makan melayu. Kedai makan nih sebelah bangunan MIC Rawang (ke MCA ek? kompius :p)..depan kedai makan ni ada tempat basuh keta.
Mama tak ingat bila last makan kari kepala ikan..tapi kari kepala ikan ni memang best lah!! terangkat!!
Kari kepala ikan merah. 1 kepala rm18.00 (ikut size)
Untie Dud: Amboi Nozie sampai 2 ekor?
Untie Nozie: Alang2 kak ina nak belanjerr...kekkke
Untie Nozie membetulkan kedudukan sebelum membelasah.

Sikitnya nasi Untie Syikin, diet ek? :p

Haaaaa....nih baru betul makan. Sotong ada, udang ada, sup sayur ada..(mama pun terkejut tengok..kekkeke)

Nasi Untie Dudd, okay la sesuai dengan size :)

Lauk Mama :), kalau makan kat sini, mama mesti ambik sotong masak merah. Sedap! lembut & manis sotongnya. Biasa kalau tempat lain yg mama pernah makan, liat sotongnya.

Hari ni mama & untie syikin tak pakai uniform sebab kitorang duk corporate building. Boleh pakai baju biasa (melaram!) kalau hari Jumaat.


isk..apesal nampak sopan lak Untie Syikin nih makan? hehhe

Ikan dah tinggal tulang daaa...( Burrpppppp...kenyang, Alhamduliilah..syukur kepada Allah)

Lepas makan, singgah drive thru McD plak..beli pencuci mulut.

Oreo McFlurry...nyumm!nyumm!!

Friday, November 26, 2010

Fesyen Yuna di Shout Award

Yuna - membawa gelombang baru dalam dunia hiburan dengan muziknya hebat. Begitu juga dengan fesyen, terutamanya TUDUNG YUNA. Saya mengaku, saya mula bertukar dari memakai tudung bawal ke shawl disebabkan terpikat dengan cara tudung Yuna :)
Yuna memegang 3 Award yang diraihnya. TAHNIAH YUNA!! You deserved it!
Ini lah outfit yang Yuna pakai. Sangat unik..siapa lah agaknya pereka fesyen Yuna. Baju suit berhud berwarna putih. Dalam hud berwarna biru matching dengan kasutnya. Tudung berwarna merah dan dipadankan dengan gelang merah. Ditambah dengan sedikit accesories rantai & gelang berwarna gold.

Manis sangat muka Yuna.

Gambar di Purple Carpet ( biasa Red Carpet kan..Shout Award memang pelik-pelik)

Gambar nih nak tunjuk Yuna yer..bukan Faizal Tahir ;p

Yuna atas pentas. Woww glamerrr...tak sia-sia Yuna dressing unik macam nih!!
**************************************************
Ahad November 21, 2010
Shout! Award 2010: Malam Kemenangan
Yuna
Oleh KEMALIA OTHMAN
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Yunalis Zarai atau Yuna (gambar) meraih pemenang keseluruhan apabila membawa pulang tiga anugerah Shout! Awards yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu.
Tiga anugerah tersebut ialah Popstar Award, Break Out Award dan Ultimate Shout! Award di mana saingan terdiri daripada penyanyi terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza & Kris Dayanti, Jaclyn Victor, Mizz Nina dan Zee Avi.
Manakala, Kumpulan Bunkface turut mencuri perhatian apabila mengulangi kemennagan tahun lalu dalam Roctstar Award, selain muzik video terbaik dalam Music Vidoe Award pada malam anugerah tersebut.
Selain itu, kemenangan Zizan Raja Lawak sebagai personliti TV kegemaran ramai dalam Favourite TV Personality Award tidak dijangka kerana dapat menewaskan pengacara no.1 Malaysia, Aznil Hj Nawawi.
Turut menerima anugerah adalah Faizal Tahir melalui vokal terbaik dalam Power Vokal Award yang pernah dimenangi oleh Jaclyn Victor tahun lalu.
Anugerah penyanyi Hip Hop dan R&B terbaik atau Flava Award pula diraih oleh penyanyi wanita yang sedang meningkat naik iaitu Mizz Nina menggantikan Joe Flizzow pada Shout! Award 2009.
Dalam pada itu, Hot Chick Award dan Hot Guy Award juga dimenangi oleh pelakon jelita Scha Al-Yahya dan pengacara The Quickie 8TV, Henry Golding menerima anugerah tersebut.
Berikut adalah senarai pemenang malam kemuncak Shout! Award 2010:
Rockstar Award (Rock Award) - Bunkface
Favourite TV Personality Award - Zizan Raja Lawak
Breakthrough Feature Award - Lagenda Budak Setan (Sharad Sharan)
Popstar Award (Pop Award) - Yuna
Power Vocal Award (Powerful Vocal Award) - Faizal Tahir
Fresh TV Series Award - Nur Kasih (Filmscape)
Favourite TV Program (Non Drama) - Showdown 2010
Music Video Award - Prom Queen (Bunkface)
Flava Award (Hip Hop/R&B Awards) - Mizz Nina
Hot Guy Award - Henry Golding
Hot Chick Award - Scha Al-Yahya
Coolest Radio Announcer Award - Phat Fabes (Fly FM Pagi Show)
Favourite Radio Show - HotFM AM Krew (Fara, Faizal & A.G)
Best On-Screen Chemistry Award - Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)
Mobile Artist Of The Year - 6ixth Sense (Tanpa)
Break Out Award (Best New Act) - Yuna
Ultimate Shout! Award - Yuna

Thursday, November 25, 2010

DailyFresh Smoothies & Waffle

Waktu balik kg, Papa tengok TV1 rancangan Berita Biz ..keluar la cerita pasal DailyFresh ni. Memang selalu nampak kat RnR Highway PLUS. Pernah beli corncup nya..tapi tak pernah beli makanan lain. Dalam TV nampak sangat menyelerakan ice-creamnya. Masa tu Papa dah target nak beli ice-cream DailyFresh on d way balik dari kg nanti! Amna dengan Smoothies Strawberry. Bila rasa, memang sedap tapi bukan lah ice-cream. Smoothies rupa2nya :), rasa macam iceblended tapi lagi halus. Yang agak menjakunkan adalah mesin smoothies tu..mesinnya macam mesin kisar ais ketul ABC.
Harga: RM3.50
Aisya dengan smoothies coklat yang dah tinggal separuh.
Harga: RM3.50

Waffle Chocolate with peanut butter
Harga: RM4.00

Ini Kioks DailyFresh yang ada kat RnR Hulu Bernam


Untuk Waffle kena tunggu 10 minit.
Aisya dan waffle nya. Mama dapat la rasa segigit. Sedap! Tapi rasa cam nipis & sikit..heheh

Sedang 'berperang' dengan Aimy yang cuba merampas Smoothies.

Aimy yang kegirangan bila Kakak Amna suapkan Smoothies.
Lain2 produk dailyFresh boleh tgk sini:
http://www.dailyfreshfoods.com/dailyfresh/products.html
Dah habis makan, teruskan perjalanan balik umah. Dekat je dari Hulu Bernam nak sampai ke Bukit Beruntung. Drive dalam 15minit ke 20minit ajer..





Farah AF2 love Tudung Syria

Sejak tengok Farah jadi pengacara dalam Rasa Halal Oriental, memang suka sangat tengok Farah pakai tudung. Comel sangat! Alhamdulillah, bermula dari situ Farah terbuka hati untuk terus memakai tudung. Dalam banyak2 gambar yang disiarkan di mana-mana, perasan tak Farah suka pakai tudung Syria? Tapi memang sesuai sangat tudung Syria dengan Farah. Tapi, cuba2 la jugak tudung style lain yer Farah :)
Gambar Farah & Dafi. Rambut Dafi makin oren la...kalah kaler tudung Farah tau!

Tudung syria oren lagi....suka betul Farah dengan warna oren.


Kombinasi pakaian dan tudung Farah ni macam tak kena jer kan?
Tapi tetap cantik :)
kredit: Farah Diana Anuar(Af2) facebook




Tuesday, November 23, 2010

Comelnya Heliza - Tudung Colourful!!

Tengok la mata Heliza yang bulat nih!! Cantik dan comelnya dak Heliza ni... Gandingan inner berwarna kuning dan pink. Sangat daring dan 'terang', sesuai dengan usia Heliza yang muda remaja. Ditambah dengan aksesori brooch comel.
Selendang bertona pink & kuning, di tepi selendang ada labuci pink. Sangat lah menawan. Beli kat mana tudung nih dek ooiiiiii.....:)
Baju pun gandingan kuning & pink.

Gambar Heliza berjalan bersama BFF (Best Freind Forever). Padanan warna Biru & Pink. Baju biru+beg pink+kasut pink biru...memang mata akan tertumpu pada Heliza yang comel nih!

Baguslah Heliza tak lupakan kawan2. Tapi nampak kan beza artis & bukan artis ;p
Kredit : Heliza Helmi facebook


Daisypath Anniversary tickers