Travel

Tuesday, October 04, 2011

Makanan Jepun Pertama di Bukit Beruntung - TAKOYAKI

Ada gerai Takoyaki di Bukit Beruntung?? Biar betul, siapa yang jual?? Risik punya risik, rupanya yang jual ni orang Perodua jugak. Tokeynya pernah training ICT di Jepun. Bagus betul, sambil job training, usya benda lain yang boleh dibuat income. Respeklah! Mama yang study 4 tahun kat sana pun tak terfikir nak belajar buat Takoyaki pun...makan jer pandai..huhuhu


Mama 1st time makan Takoyaki ni, hari pertama Mama & kawan2 sebatch(Ujen, Cik Tat & Toyol) sampai di Shiga. Sempai(senior), belanja makan Takoyaki ni sebab ada jual kat sebelahhh jer dengan apartment yang Mama sewa. Masa tuh memang rasa kembang tekak nak telan. Kesimpulannya masa tu..tak sedapnya Takoyaki nih!! Tapi bila dah nareru(biasa) dengan makanan Jepun, Takoyaki dah jadi makanan wajib tiap2 bulan:). Dan setiap kali kohai(junior) datang, Takoyaki lah jadi makanan pertama diorang...huhuhuhu


Ini la gerai Takoyaki tu..Location depan deretan kedai makanan berhampiran Tesco Bukit Beruntung. Macam gerai burger jer kan?;)


Ada 4 jenis : Takoyaki (Japanese Octopus Dumpling Balls)RM5.00, Toriyaki(Ayam)RM4.50, Ebiyaki(Udang)RM4.50 & TamagoCheeseYaki(Telur Cheese)RM4.00.



Nihon Ryori =Masakan Jepun


Mama posing depan Gerai Takoyaki :)

Tak tau la kenapa gambar nih tak leh nak rotate, 3 hari dah adjust...iskkk!!


Itu dia dapurnya.


Takoyaki yang dah siap di "goreng". Mama suka yang garing, biar rangup di luar..lembut di dalam. 2nd time beli Mama pesan kat adik tu, "tolong goreng garing sket yer dik".


Lepas tu letak mayonis.


Serbuk Seaweed. Katanya memang order terus dari Jepun.

Kemudian ada 2 jenis sos dan Katsuobushi (Salmon Flake)

Tak tau la kenapa panggil 'Salmon" sebab rasanya "Katsuo" tuh sejenis ikan lain. Tak kisah la kan..janji sedap :)

Takoyaki yang dah sampai rumah sedia untuk dimakan. Takoyaki ni kena makan panas-panas..baru bestt!!


Menyesal la plak beli 6 ketul jer..TAK CUKUP! huhuhuhu



Itu ha TAKO (Octopus) nya..memang kecik..huhuhu..tapi berbaloi la dengan harga RM5.00 kan..


Thumbs Up dari Amna. Amna memang ikut tekak Mama. Semua telan:)


Besar Takoyaki ni..penuh mulut!!


Abis dah...1st time beli 6 ketul jer..memang tak cukup. 2nd time beli 2 bekas. Takoyaki & Ebiyaki. Next time nak try Toriyaki & Tamagocheese plak.



8 comments:

  1. iyadaa... oishi souuuuuUuUuU..!! *kena carik la lepas nih isk isk isk*.

    nko tau takk.. masa gi Bandung pun aku nampak ada org jual takoyaki ngan keta tolak tuhh.. tak sempat nak kejar ngahahahah

    p/s: gambar rotate tu nko rotate dia 180 deg terbalik.. upload. ce try.. aku kadang yg tak leh rotate aku tengok dia upload berapa degree.. lepas tu campur tolak sendiri laa. uhuhuh

    ReplyDelete
  2. Izan~ Happy gile aku ada takoyaki kat ngan umah aku nih:)
    Tq psl tips gambar, next time aku try.. Yg nih bio la.. Maleh aku nak godek dah... Huhuhu

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:50 AM

    Domo Arighato Ghozaimasuuu....kepada pelanggan gerai Takoyaki kami di Bukit Sentosa Rawang.
    - Along

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doitashimashite..
      Tapi gerai bukak lambat sangat la..6:30ptg tak bukak lagi..gakkari!

      Delete
  4. hai..telan air liur tgk...agak2 ada tips x nak bukak stall kat kluang..mcm susah je nak dptkan materialnya..minat nak niaga nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..itu kena tanya tokei kedai..saya pandai makan jer..hehheh

      Delete
  5. Jika minat nak beli barang sy pengimport barang mentah makanan jepun. KhususNya TakoYaki emek ke sode7982@yahoo.com.. domo arigatoo ghozaimasuu

    ReplyDelete
  6. Jika minat nak beli barang sy pengimport barang mentah makanan jepun. KhususNya TakoYaki emek ke sode7982@yahoo.com.. domo arigatoo ghozaimasuu

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget