Travel

Thursday, November 25, 2010

DailyFresh Smoothies & Waffle

Waktu balik kg, Papa tengok TV1 rancangan Berita Biz ..keluar la cerita pasal DailyFresh ni. Memang selalu nampak kat RnR Highway PLUS. Pernah beli corncup nya..tapi tak pernah beli makanan lain. Dalam TV nampak sangat menyelerakan ice-creamnya. Masa tu Papa dah target nak beli ice-cream DailyFresh on d way balik dari kg nanti! Amna dengan Smoothies Strawberry. Bila rasa, memang sedap tapi bukan lah ice-cream. Smoothies rupa2nya :), rasa macam iceblended tapi lagi halus. Yang agak menjakunkan adalah mesin smoothies tu..mesinnya macam mesin kisar ais ketul ABC.
Harga: RM3.50
Aisya dengan smoothies coklat yang dah tinggal separuh.
Harga: RM3.50

Waffle Chocolate with peanut butter
Harga: RM4.00

Ini Kioks DailyFresh yang ada kat RnR Hulu Bernam


Untuk Waffle kena tunggu 10 minit.
Aisya dan waffle nya. Mama dapat la rasa segigit. Sedap! Tapi rasa cam nipis & sikit..heheh

Sedang 'berperang' dengan Aimy yang cuba merampas Smoothies.

Aimy yang kegirangan bila Kakak Amna suapkan Smoothies.
Lain2 produk dailyFresh boleh tgk sini:
http://www.dailyfreshfoods.com/dailyfresh/products.html
Dah habis makan, teruskan perjalanan balik umah. Dekat je dari Hulu Bernam nak sampai ke Bukit Beruntung. Drive dalam 15minit ke 20minit ajer..





1 comment:

  1. Anonymous11:32 PM

    wwaaaahhh..ucu dah nampak aimi senyum!!!hahahaaa...thanks to cameraman/woman..kekekee

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget