Travel

Monday, January 20, 2014

House Make Over Part 1 ~ Wallpaper

Bonus tahun ni Mama dah tekad nak make-over rumah. Benda pertama yang Mama nak buat adalah cat rumah. Sejak duduk umah ni tak pernah cat baru, dah 11 tahun. Tapi sebab jumpa wallpaper dulu, so letak wallpaper dulu lah. 

Kedai pertama yang di survey, kedai kat Batang Kali. Berkenan betul wallpaper jenis photomural. Tapi 1 dinding 8 panel harganya RM1600 (gulp!!). 6 panel RM1200.

Tanya kat FB Asyimi Wallcovering Paper, dia bagi RM950. Tapi sebab Asyimi ni kat Puchong memang tak de la panggil datang sebab mesti charge transport kan.(bila dah pasang wallpaper kat umah baru dapat tau, Asyimi datang pasang tak charge transportation pun)

Survey kat kedai Perabot Razol di Adenium. Katanya untuk 1 dinding lebih kurang RM700-RM800 untuk roll biasa, bukan photomural. Warna biru tiffany yang Mama nak pun takde dalam collection dia.

Satu hari Untie K bagitau ada promo wallpaper kat Tesco Bukit Beruntung. Balik kerja terus Mama pegi tengok. Sebab Mama nak kaler biru tiffany untuk cat, wallpaper Mama cari yang ada warna biru tiffany lah. Bila katanya harga RM550, termasuk pemasangan. Rasa macam berpatutan pulak. Terus Mama cari wallpaper yang ada elemen biru. Tapi  tak banyak choice,  corak bulat-bulat ni je yang ada elemen biru yang Mama berkenan. So, Mama tekad beli hat ni dan terus bayar.
Appoinment pasang hari Ahad, hari sabtu ada salesgirl dari kedai lain bawak photomural yang Mama suka!! Dia bagi harga RM1200. Aduuhhh.. Mayotteru!!!!


Photomural yang Mama berkenan sangat!

Setelah bertanya pendapat kawan-kawan dan Papa, akhirnya decide amik je yang bulat-bulat tu. Photomural nanti letak kat umah baru kalau ada rezeki. InsyaAllah.

Pada hari yang dijanjikan, 2 installer datang.

Ini dia 1 roll wallpaper made in Korea. Kalau made in Germany, sizenya lebih kecik dan harga mahal dari Korea punya.

Proses membuka cermin yang melekat kat dinding.

Mula-mula potong ikut tinggi dinding.

Kemudian sapu gam di belakang wallpaper.

Masa untuk lekat dan ratakan pada dinding.

Siap sekeping.

Last touch.

Depa ni pasang memang banyak bubble. Dia kata dalam masa seminggu akan hilang.

Dah siap dahhh.. Hari ni memang ngadap dinding je.. Hehehhe

Lepas seminggu, panggil balik org pasang wallpaper suh touch-up. Sebab hat tepi-tepi tak lekat. Pas tu ada beberapa area yg berkedut2. Depa inject dengan gam. Kagum tengok, dinding pun kena inject. Hehehe

8 comments:

  1. Hehe..cantek2...nnt boleh buat housewarming eh..kuikuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah dah mmg warm dah..tak yah housewarming...ekkekekek

      Delete
  2. kak ina...bubble nya dah hilang belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah hilang dah...magic! hehhehe

      Delete
  3. I loikeee. Yappa corak ni lagi cantek. Aku pun berkenannnn wehhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi aku masih teringat2 photomural tuh..kekkeke

      Delete
  4. lawaaaaaaa..nanti nak makeup rumah juga laaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. make-up jangan tak make-up :p

      Delete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget