Travel

Saturday, March 30, 2013

Hayaki Kopitiam Acapella Shah Alam

Hari ni Papa ada mini re-union dgn kawan-kawan PPKTJ bersempena kedatangan Sensei Goto. Mula-mula plan buat kat Empire Subang tapi di tukar ke Hayaki Kopitiam Acapella Shah Alam.

First time Mama & Papa datang ke sini. Hayaki Kopitiam ni betul2 di bawah service apartment Acapella. Sebelah Hayaki ada D'Kayangan-Steamboat Restoran, depannya ada Tupai-Tupai-juga Steamboat Restoran.

Hayaki Kopitiam ni kedai makan melayu Kelantan. Bukan restoran Jepun tau!!
Antara kawan-kawan Papa, Papa jer yang bawak 'askar'. Huhuhu.. Jadi kita duk meja lain lah. Bagi chance kat Papa sembang2 dengan Sensei & kawan2 lama Papa.

Sebelum sampai, sempat Mama google pasal Hayaki kopitiam ni. Menu yang glamer adalah nasi kerabu. Memang feberet Mama nih! Biasa makan nasi kerabu pasar malam, dah campur2 semua. Bila dihidangkan semuanya berasingan ni, rasa 'tak reti' nak makan plak. Sambal dia pedas gila!! Heheh.. Selain tu Mama order mangga pulut. Memang lemak berkrim santan & pulutnya, mangganya pun manis.

Aisya order nasi lemak ayam rempah, Aimy roti aiskrim, Amna roti bakar. Tapi bila roti aiskrim sampai, semua pakat nak makan roti aiskrim.. Adehhh...

Sampai pukul 12 tunggu Papa borak-borak ngan Sensei Goto & kawan-kawan. Pera-pera diorang semua cakap Jepun. Mama dengar dari jauh jer...Aisya tanya, kenapa Mama tak banyak cakap Jepun? Opss!! Bahasa Jepun Mama dah berkarat, nak kena polish balik. Huhuhu..





















2 comments:

  1. Okla kan..harga xdela cekik drh..kakak amna nape..majuk ker..nak roti eskem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, harga dia ok kut.
      Biasa la Amna, org punya la yg dia nak. Huhu

      Delete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget