Dah sampai di Universal Studio Singapore!
Masa ni kira-kira pukul 10.15 pagi. Tak ramai sangat kat Globe USS ni, so ada space nak amik gambar. Ini tempat wajib amik gambar kalau gi mana-mana Universal Studio tau. Kalau tak amik gambar kat sini, kira macam tak sampai..hehhehe..
Aisya ngan Amna seronok main kabus yang keluar dari bawah globe tu.
Trademark Universal Studio |
Selain dari beli tiket melalui Travel Agent dan online, tiket USS boleh jugak beli direct dari Kaunter Tiket kat USS ni. Masa sampai ni, kaunter tiket masih buka. Maknanya ada lagi tiket. Mama pernah baca, kalau peak season tiket kat kaunter ni cepat habis, sebab USS ada limit quota.
Dah puas bergambar kat globe baru masuk entrance. Map & show time USS boleh dapat kat booth bila dah masuk ke area HOLLYWOOD. Map & show time phamplet nih WAJIB amik..kalau tak tak tau bila show mula dan takut terlepas.
Sebenarnya Mama dah buat jadual sebelum nih, mula2 nak tengok show apa, berpandukan show time yang tertera dalam website. TApi malangnya, show time yang ada dalam website dan show time yang ada dalam phamplet TAK SAMA! Contohnya untuk show Waterworld, dalam website tulis 3 kali, tapi untuk hari ini (tulis dalam phamplet tu dari 7~10hb November 2011) ada 2 kali jer. Mungkin show time yang ada dalam website tuh untuk hari cuti sahaja. Waktu ramai orang.
Oleh sebab itu, terpaksa la ubah jadual...
Memandangkan Mama ni peknen 7 bulan dan bawak budak kecik umur 2 tahun, banyak la ride yang tak boleh naik. Jadi, Mama tumpukan pada Show ajer...tapi ade jugak ride ringan2 yang Mama boleh naik..
nak tau ride apa, kena follow citer Mama sampai abis lah :)
1) USS tiket kaunter 2) Booth untuk Map & Show Time 3&4) Boleh plak jumpa orang Perodua kat sini :) 5) Entrance |
Mula2 akan jumpa HOLLYWOOD, kat sini banyak souviner Shop dan Cafe. Hari2 tertentu USS buka area Hollywood ini waktu malam dengan harga tiket SGD5. Boleh tengok Laser/Water Show kalau tak salah. Tapi hari biasa takde, so tak merasa la kita.
Lepas Hollywood, pusing kiri masuk MADAGASCAR.
dari simpang dah nampak orang beratur nak bergambar dengan patung karektor Madagascar - Alex & Kawan2nya. Boleh guna kamera sendiri ada staff yang tolong amikkan, diorg pun amik gambar jugak..kalau nak beli yang diorg amik pun boleh. Kena la tunggu sekejap lepas tu :)
Family Photo at Madagascar |
Lepas amik gambar, sebelah dia ada Ride : Madagascar - A Crate Adventure. Ride nih, naik bot. Baca kat Warning kat pintu masuk ada inform orang pregnant tak leh join. Tak pe laaa...bukan rezeki Mama.
Madagascar - A Crate Adventure |
Depan Madagascar - A Crate Adventure ada King Julien's Beach Party-Go-Round. Haaa..yang ni Mama boleh naik...hehheh..layaannnn...
Mama yang over excited! Hehhehe |
Selepas itu, masuk pulak area FAR FAR AWAY, negara Shrek & Fiona tu.
Blah kanan ada Enchanted Airways, ini Mama tak leh masuk. Blah kiri ada Shrek 4-D Adventure.Dalam 4D ni ada seat khas untuk orang peknen & yang dukung budak kecik. Depa panggil Stationary Seat. Kalau seat biasa, akan bergoyang2 sama bila Shrek naik keta kuda. Tapi yang lain boleh rasa macam semburan air dari Donkey bersin & labah-labah kat kaki. Aisya & Amna siap bersila terus lepas tu..takut labah-labah punya pasal..ekkekek
Papa macam biasa, tgk 4D pun gayat..hehheh
Shrek 4-D Adventure |
Habis 4D dalam pukul 12.00 tengahari, dalam jadual ada Monster Rock Show. Tapi Monster Rock Show ni kat area NEW YORK. So, kena patah balik. Masa lalu balik kat MADAGASCAR,
show Madagascar Boogie! tengah berjalan. Dapat la tengok karektor Madagascar menari. Tapi, tak sempat nak amik gambar sama2...Penguin tuh comel sangat!! Aisya ngan Amna takut, tengok dari jauh...sabor jer la...kalau ikut jadual, ada show lagi 2-3 kali show lagi. So, Mama target nak tengok pukul 5.30ptg.
Madagascar Boogie! |
Monster Rock ni adalah live musical show. Lagu2 yang dipersembahkan kebanyakkannya lagu2 yang glamer dan biasa kita dengar. So, memang terhibur la. Bdak2 pun terpegun tengok. Walaupun yang nyanyi tu karektor2 hantu. :)
Monster Rock Musical Show Posing kat simpang di Hollywood antara Madagascar & New York |
OK, stop kat sini dulu,
next entry citer pasal lunch kat mana plak :)
woh woh woh!! menarik menarikk!!! sama laa.. masa aku jejank Trans Studion Bandung byk gak tak leh naik sbb pregnant uhuhuh. Nasib laa kalo berjalan time 'berisi' ni kan...!
ReplyDeleteUSS byk show ekk.. mesti budak2 terhiburrr huhu
bagus gak nko siap buat plan mana nak tuju awal2. gud info gak nihhh
Izan ~ masa aku gi USJ dulu, tak berisi pun tapi tak naik jugak ride2 ni..Pakcik gayat. hehhe
ReplyDeletekena buat jadual, bayar mahal bebb..kena tgk semua...hehheh
nak follow blog akk,tp xblh eh?ade fb tak..saye intresting pasal uss ni ;)
ReplyDelete