Travel

Monday, April 01, 2013

AMBRYNAA ENTERPRISE ~ step to ....

Alhamdulillah.. Mama dah berjaya mendaftar perniagaan - AMBRYNAA ENTERPRISE - buat masa ni Mama khusus kan untuk menjual shawl & mengambil tempahan manik secara online.

Daftar perniagaan ni senang jer. Semua online. Tapi ada step-step yang agak leceh jugak lah. Mula-mula kena daftar nama di myportal : http://www.malaysia.gov.my/EN/myPortal/Pages/myPortal.aspx
Kat sini bukan daftar perniagaan, tapi daftar individu dalam government webpage.
Selepas itu akan dapat email dari admin@portal.gov.my. Disertakan dengan ID Pengguna & kata laluan. Dia suruh tukar password serta merta. Tapi bila masuk dan nak tukar pasword asyik tak boleh jer. So, pakailah password yang susah nak ingat tu.

Lepas dah dapat password, baru boleh daftar perniagaan. Mula-mula kena daftar "SSM Subscriber" kena bayar RM5.00. Bayar online, nak transfer dari bank boleh, kad kredit pun boleh. RM5.00 takkan nak guna kad kredit kuuuttt kan? Hehehe
Lepas dah boleh terus memohon untuk nama syarikat. Bila permohonan nama syarikat diluluskan baru boleh daftar. Permohonan nama syarikat tak dapat terus, kena tunggu sehari dua juga dan takde email pemberitahuan. Kena check sendiri dalam MyPortal. Mama pasti, nama AMBRYNAA ENTERPRISE mesti boleh lulus punya.

Bila nama syarikat dah lulus, daftar syarikat pulak. Daftar syarikat kena bayar RM60 untuk setahun. Kalau nak lebih setahun pun boleh. Tambah jer duit :).
Daftar syarikat pun tak dapat terus, kena tunggu 2-3 hari jugak. Kalau dah lulus, officer SSM akan email, attached sekali dengan "Perakuan Pendaftaran Perniagaan" seperti gambar di bawah.

Dari mula mama daftar myportal sampai dapat perakuan tu memakan masa 5 hari.
Selesai daftar perniagaan... Next step apa pulak?

9 comments:

  1. next step...jual habis habisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeszaaaa... Jgn give up!!

      Delete
  2. Xpayah pegi kat kl central la kakina eh??online je dh boleh register eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah dahh.. Senang kan?

      Delete
  3. mama mo shigoto yameru?
    pekan ni issyou de hikkoushi suruno?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hait, sono suru tsumori desuuuu

      Delete
  4. untuk mendaftar perniagaan anda di SSM, Kementerian Kewangan dan CIDB saya syorkan pergi laman web ni www.daftarsyarikat.biz , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu) . kalau pergi sendiri pun boleh cuma tinggal renyah je la nak beratur pastu nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi...yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara on9...lesen saya sehari je diorangg siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2 yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gmail.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget