Travel

Wednesday, March 27, 2013

Ambry Nasr 'Ali kena chicken pox

Anak-anak Mama bila dah setahun lebih mesti dapat chicken pox. Bermula dari Aisya, mama siap buat video & burn kat CD. CD ada kat umah makwan. Anak pertama kan semuanya excited nak buat. Huhuhu.. Aisya, Amna & Aimy, umur setahun lebih dah pandai makan ubat, siap mintak lagi. 'Ali ni jenuh!! Kena kepit badan dia dengan kaki.. Tapi bila suap ubat guna picagari tu disemburnya plak. Kena tekup plak mulut dia. Perghhh!! Kalau tengok memang macam kena dera lah! At last Mama & Papa campur dalam susu jer ubat-ubat 'Ali. Tapi tak boleh bagi sekali semua jenis, nanti 'Ali tak nak minum. Mesti rasa susu tu dah lain, mana tak nya.. 4 jenis ubat, sure susu rasa ubat. Heheh

Chicken pox 'Ali jenis besar gelembung airnya. Amik ubat kat Klinik Tan, so gelembung-gelembungnya tak banyak. 4-5 hari dah kering. Kalau ikut petua orang tua-tua bagi minum air kelapa supaya gelembung-gelembungnya keluar semua. Masa check Aimy dengan Doc Tan, dia tak sarankan macam tu. So, kita follow yang pakar.

'Ali kena chicken pox hari khamis. So, jumaat Mama cuti. Hari Isnin Mama nak cuti lagi tapi Papa suruh Mama kerja. Papa lak nak jaga. Alhamdulillah, hari selasa dah boleh hantar ke Taska.

'Ali ni ada perangai yang lain sikit dari kakak-kakak nya. Kalau tido kena hisap kain baru lena. Kalau tido dekat Mama memang tudung atau baju Mama jadi mangsa. Kadang-kadang Mama bagi selimut atau tuala kecik. Macam-macam ek!











3 comments:

  1. mama dia tak bg bergayut dkt cik B...terpaksa gigit kain jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha!! nak wat cam mana..mamanya cik B x der susu..sob sob

      Delete
  2. Cian kan ank2 kena ckn pox..gatal2..huhu..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget