Travel

Friday, November 19, 2010

Hari Anugerah Sek Keb Taman Bunga Raya 1

Pejam celik pejam celik dah setahun masa berlalu. Aisya dah abis tahun satu. Alhamdulillah, Aisya dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun sek keb & sek agama.
Tapi, kalau nak bandingkan keputusan pelajar2 lain. Result Aisya x la cemerlang mana. Pelajar lain dapat 2-3 anugerah. Aisya dapat satu jer :p..Tapi alhamdulillah Mama bersyukur. Mama pesan kat Aisya, kalau nak dapat banyak hadiah, tahun depan cuba lagi :)
ATUCARA ke ATURCARA? Memandangkan giliran penyampaian hadiah Aisya lambat lagi. Lepas daftar & hantar Aisya..Mama, Papa & Amna pegi makan sarapan dulu :)..Lepas abis sarapan, ucapan guru besar pun tak abis lagi..huhuhuhu

Kelas tahun satu Sek Keb Taman Bunga Raya 1 ada 13 kelas. Banyak gila!!!

Amna dengan bangganya pegang buku aturcara.

Persembahan pertama dari murid2 sek keb Taman Bunga Raya 1. Comel betul!!

Amna yg menyelit nak tengok persembahan :)

Papa & Mama agak tak puas hati..kenapa ustaz yg nyanyi Nasyid..bukan student..hmmmmmm

Menunggu giliran amik hadiah.

Siap2 tepi pintu masuk. Betul2kan tudung..huhuhu..*macam Mama jer Aisya nih! kekkek

Okeh! Cun dah...:)

Naik pentas amik hadiah. Siapa yg sampaikan pun Mama tak tau sapa..huhuhu..

Dapat trophy & sijil. Teringat Mama masa sekolah rendah dulu...pernah dapat hadiah botol air tak pun alat tulis :)

Posing dengan sijil. Amna pun nak nyelit jugak. Harap2 Amna pun cemerlang nanti.

Lepas habis majlis, terus pegi kedai basikal kat Bukit Sentosa. Hadiah untuk Aisya, tapi Amna pun dapat sekali. Lucky!!

Petang2, walaupun hujan..terpaksa Papa angkut basikal turun bawah. Excited nak naik basikal baru punya pasal. Aimy guna kereta Amna ( hadiah dari Untie Izan masa Amna baby dulu)

Seronok tengok anak2 Mama seronok main basikal.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget