Travel

Tuesday, August 25, 2009

Puding Roti

Jom Masak Bersama Mama – 2


Puding Roti & Mentega

Puding Roti bersama Aiskrim


Puding Roti bersama Madu


24 Aug 2009
Hari nih nak buat Puding Roti. Sebelum nih pernah buat tapi macam tak menjadi jer..sebab tak tgk resepi pun..pakai taram jer. Kali ni buat tengok resepi J.
Ini pun resepi Mama amik dari mesra.net.
Puding Roti Dan Mentega

Sumber: Majalah Jelita Februari 2001
Bahan-Bahan:
4 keping roti, disapu mentega (guna roti gardenia, lebih dari 4 keping )75 g campuran buah-buahan kering (guna kismis )450 ml susu segar3 biji telur
25 g gula (x timbang pun, letak 4 sudu )Sedikit serbuk pala (Mama x letak pun sbb x der)Aiskrim vanila, jika suka
Cara:
Atur roti dan buah-buahan di dalam loyang atau mangkuk segi empat. Panaskan susu di atas api sederhana tetapi jangan sampai mendidih. Pukul telur dan gula sampai kembang. Masukkan susu yang dipanaskan tadi dan kacau sebati. Tuangkan bancuhan ke atas susunan roti dan tabur serbuk pala. Biarkan 15 minit supaya roti agak kembang sedikit. Bakar di dalam ketuhar 20-30 minit pada suhu 180'C. Boleh dihidangkan bersama aiskrim atau dimakan begitu sahaja.

Resepi ni tak la susah sangat. Aisya ngan Amna tolong sapukan mentega. Pecahkan telur sorang sebiji. Kemudian, Aisya kacau susu & Amna kacau telur dengan gula.
Bila dah masak, Aisya tak sabar2 nak makan roti. Puasa...tak boleh..malam baru boleh makan. Bila dah berbuka puasa. Lepas makan nasi, terus Aisya makan pudding roti. Sedap katanya, tapi tak rasa gula, rasa telur ngan mentega jer katanya. Hmmm..kurang manis la tu. Papa bagi cadangan makan dengan madu. Good idea Papa!! :)

Butter Prawn with Egg Floss


Sebelum puasa, Mama minta Papa belikan udang sekilo. Teringin nak buat Butter Prawn yang ada ‘jala2’. Cari dalam internet jumpa video cara2 nak buat Butter Prawn with Egg Floss. TAPI nak dapat dari mula sampai habis movie nih punya lah lama!!! Tapi sebab nak tgk jugak, Mama tunggu la sampai habis. Sambil2 tuh siap la buat Puding roti.

Bahan2nya:
Udang Besar, Telur Kuning (Mama guna jugak putih telurnya, sbb tu tak berapa menjadi ekkek), Butter, Cili Padi, Daun Kari(tak der, so tak letak), Susu Cair(pun takder, Mama guna susu segar), Garam & Gula secukup rasa.
Cara2:
1) Buat Egg floss dulu- cairkan butter, tambah minyak masak sikit. Masukkan kuning telur sambil kacau tanpa henti sampai telur jadi perang. Bila dah start mcm berbuih tu..kira dah boleh angkat. Letakkan dalam penapis, untuk buang minyak.
2) Goreng Udang – deep fried. Angkat.
3) Cairkan butter, masukkan cili padi, garam & gula, daun kari, Susu Cair sikit, Udang yg dah digoreng tadi. (Sepatutnya semua bahan nih jadi kering, tapi Mama buat tak berapa menjadi, terlebih butter kut, tak pun sebab susu segar)
4) Angkat, letak dalam pinggan. Taburkan Egg floss tadi.

Dari segi mitame, memang tak berapa menjadi egg floss nya. Tapi dari segi rasa, boleh tahan. Papa kata sedap, sebab udangnya manis kut ...katanya...cehh!! Ingatkan sebab Mama masak. Next time nak buat lagi sampai jadi egg floss tu..ekekke

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers