Travel

Tuesday, August 25, 2009

Cookies

Jom Masak Bersama Mama - 1

Aimy pun tolong mama yer..Tolong tengok :)
bersungguh-sungguh Aisya buat cookies

Tukang rasa
23 Aug 2009
Hari ni Mama nak buat biskut ala-ala Famous Amos chocholate chips. Mama amik resepi dari mesra.net. Dengan bantuan Aisya dan Amna dapat la 2 balang kecik chocholate chips cookies. Banyak jugak, Mama budget bukan la nak buat biskut untuk raya. Nak makan2 jer..tapi kalau dah banyak ni, bawak ke raya la jawabnya.
Ini resepi nya:
Amos Biscuits
Kiriman: hermawati
Bahan-Bahan:
250g butter
6 oz gula halus
6 oz gula perang[brown sugar]
1tsp vanilla essence 2 biji telor [2 kuning &1 putih]
450g self-raising flour
6 oz hersey chocolate chips (mama guna chocolate chips biasa jer)
150g walnut atau badam (mama letak 40g walnut + 40g hazel)
suku sudu teh bicabonate of soda
Cara:
(1)pukol butter hingga gebu masokan kedua2 jenis gula tadi,vanilla dan telor dan d kacau rata
(2)masokan tepung,chocolate chips dan walnut d kacau rata
(3) ambil sesudu adonan tadi dan d taruh d atas dulang pembakar
(4) bakar pada suhu 150-170 selama 15-20 minit

Mula2 masa nak bakar, Mama ngan Aisya buat bentuk leper2. Bila bakar cookies nih kembang rupa2nya..akkakakka..cookies jadi bersambung2 sebab jarak dekat2, bentuk jadi macam biskut Chipsmore. 2nd time bakar, Mama tak buat leper2 dah, ambik sesudu kecik dari adunan terus letak kat dulang pembakar. Jarak pun jauh2 sikit. Bila dah bakar, baru la menjadi ala2 cookies famous amos tu..bentuk jer la..hhehehe..minta Amna rasa. Sedap katanya, sambil tunjuk thumb up lagi!
Lepas berbuka, tak sabar2 Mama nak rasa, hmm..boleh tahan la rasanya, tapi tak sesedap cookies famous amos la..ekkekek..Papa kata, byk rasa telur..(??)
Tapi yang bestnya, seronok ada ‘kawan’ buat cookies.

2 comments:

  1. alamak! kandou la baca entry ni. siap meleleh air mata. bila baca ayat yg "seronok ada kawan utk buat cookies" tuh!! hohoho..alhamdulillah ciknoora ada 'kawan' gak esok2 kalo ke dapur. wahwahwah..

    ReplyDelete
  2. hehehhe..sonok la Noora dah ada kawan ke dapur nanti. Kesian kat Pakcik la..takder kawan nak cuci keta..hehhe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget