Travel

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri


Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga.

Hari Raya Pertama

Tahun ni, buat pertama kalinya menyambut 1 Syawal di Klang. Bukan Mama sorang jer yang 1st time tau. Tok yah, Mak Wan, Ucu dan Papa pun 1st time!! Sebab biasanya keluarga Papa menyambut 1 Syawal di Taiping.

Selepas sembahyang raya, semua salam dan mohon maaf pada Tok yah dan Mak wan. Lepas tu makan ketupat (yg di anyam oleh Uncle Ipin dan Ucu), rendang ayam, rendang daging(rendang Mak wan memang mantoopp!!), lemang, kuah kacang dan lontong. Tak lupa jugek kek Mama yg tak berapa nak jadi tu..heheh

Lepas tuh pegi kedai gambar. Buat apa?? buat apa lagi, tangkap gambar laaaa...Ramai betul yang 'beraya' kat kedai gambar pagi2 raya nih rupa nya. Untung tokey kedai gambar. dan dan ni jugak la ada suara-suara berangan nak buka bisnes kedai gambar time raya. ekekkek..

Lama jugak la menunggu turn nak bergambar tu. Abis bergambar 1 family, family Uncle Long plak nak bergambar, tapi malangnya Dania bad mood tak nak bergambar pulakkkk....bad mood sebab tak dapat wrapping paper gambar princess rupanya. Punya la obsess kat gambar princess, apa saja yg ada gambar princess Dania nak. Wrapping paper pun nak..Aisya ngan Amna pun sama, nak jugak wrapping paper tu..kalau Mama jgn harap la Mama nak layan..tapi sebab ada Mak wan..kemain yer..mementang ada Mak wan..ngengada lebih plak!

Alang2 dah kat kedai gambar kan..Papa, Mama, Aisya, Amna & Aimy pun amik gambar jugak. Tak sabar nak tgk, tapi siap 2 minggu..lama betoi.
Lepas amik gambar, balik umah sambung makan lagi. Aisya ngan Amna ikut Mak wan beraya.
Malam kemas beg, sebab esok nak balik Sg. Siput pulak :).

4 comments:

  1. selamat hari raya to zalie & co!
    Cantik kaler hijau pucuk pisanggg..
    ayu betul tgk amyra dlm gambar nih.. dah jadik anak dara dahhh huhuhu

    ReplyDelete
  2. itu ler..dah ada anak dara aku ni..huhuhu

    ReplyDelete
  3. lawo hijau, kan? family ciknoora pun hijau gak tahun ni. so, lepas2 ni, kena bergilir la ek? sambut raya kat sg siput ke..kat klang ke. ok la tu. adil! ahahha..

    ReplyDelete
  4. desyouu...lawo kan..noora pun ijau jugak ek? nanti nak jenguk blog noora lak. Ha ah..lepas nih gilir2 la sambut raya. Tak per dah 6 tahun konker...ehheheh

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers