Travel

Sunday, August 23, 2009

Puasa Pertama Aisya

Puasa Pertama Aisya


Sebelum berbuka: Papa tolong urut perut Aisya

Semasa berbuka: makan pun tak lalu..siap muntah lagi
Selepas berbuka: dah cergas dah.. :)

22 August 2009
Hari ni seluruh umat Islam menyambut 1 Ramadhan. Memandangkan Aisya dah 6 tahun, Papa ngan Mama decide untuk ajar Aisya berpuasa. Waktu sahur, Papa kejutkan Aisya dan makan bersama Mama dan Papa.
Pukul 10 pagi, Aisya cakap lapar nak makan roti. Papa ngan Mama cakap baik2, tak boleh makan, Aisya puasa. Jenuh jugak la nak berentikan Aisya berenti minta makan..hehhe. ..Tengahari pun sama, cakap lapar, nak makan. Kesian memang kesian, tapi kalau tak diajar sekarang, bila lagi kan? Mama suh Aisya tido. Mula2 tak nak tido, duk merengek nak makan jer..lama2 tgk diaammm jer..la, dah tertido rupa2nya. Kekke
Pukul 4 petang, bersiap2 nak pegi umah Mak Ngah kat Kajang. Nak berbuka puasa dengan Uncle Long, Untie Umie, Dania, Ucu, Uncle Ipin & family Mak Ngah. Anak-anak kena tinggal sebab Mak pegi Umrah, jadinya menumpah kasih kat Mak Ngah..ekekke. Sebelum pegi, Aisya kata nak makan pisang, sakit perut katanya. Mama suh bawak pisang tu. Aisya letak pisang dalam Tupperware( bukan jenama Tupperware pun, tapi dah biasa kalau bekas plastic tuh mesti panggil Tupperware..ekekke). Dalam kereta, Aisya kata nak makan pisang tu. Eh! Jangan..belum boleh makan lagi...Mama minta pisang yang Aisya pegang. Nanti tiba2 tak perasan termakan plak..ekekke..Papa suh Aisya tido..(tido lagi..kekke)..Tapi memang Aisya tido pun, memang tak larat betul Mama tgk Aisya. Kesiannn.. Tapi Amna, tak diam2..pot-pet2 sepanjang jalan ke Kajang. Sorang2 pun jadi main. Letih betul Mama melayan Amna sekarang nih. Banyak betul soalan. Mama kenapa itu..Mama kenapa ini...masa mood Mama baik, Mama layan la..kalau dah tak larat..Mama ia kan ajer ..tak pun Mama suh Amna diam...kesian Amna. Heheh..
Dedekat sampai umah Mak Ngah, Aisya bangun tido. Aisya cakap”Dah tido pun sakit perut jugak”. Alahai ..kesiannya Mama ngan Papa dengar. Papa kata sampai umah Opah Ngah nanti boleh makan.
Sampai umah Mak Ngah dalam pukul 6.30 ptg. Sampai2 Aisya terus kupas kulit pisang! Alamak! Belum boleh makan lagi laa..muka Aisya memang dah pucat lesi kelaparan dah..duk merengek sakit perut. Papa pujuk sambil gosok2 perut Aisya.
Bila dah boleh berbuka, Aisya makan kueh jer. Masa makan kueh tepung pelita Aisya termuntah balik. Kesiannya, perut kosong tetiba diisi. Tu yg keluar balik kut. Tapi lepas tu, dah Ok..makan tak berenti. Tapi makan buah mata kucing jer la..orang lain dah berenti rehat. Aisya kat meja makan lagi makan buah mata kucing sorang2. Mama suh berenti rehat makan, tunggu Papa balik dari solat tarawikh baru sambung makan. Memang lepas Papa balik jer, terus Aisya sambung makan. Uncle Long bagi rm10 kat Aisya sebab dapat posa penuh hari nih!! Waa...kalau 30 hari dah rm300 nih. Uncle Long kata kalau jumpa jer la Uncle Long kasi..ekkekek

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers