Travel

Monday, April 20, 2015

Citadines Apartment Hotel, D'Pulze Cyberjaya

     Pada Sabtu lalu,aku dan keluarga telah pergi bercuti di Siberjaya,Selangor.Kami ke sana untuk meraikan hari ulang tahun ibuku.Kami telah menempah tempat di sebuah hotel yang bernama Citadines.Hotel itu bagaikan sebuah apartment namun ianya tetap sebuah hotel.
     Pada waktu petang,hari pertama di sana,kami bermandi kolam.Sewaktu kami tiba di kolam hanya kami sekeluarga yang ada.Kami seronok mandi.Jam menunjukkan pukul tujuh petang,kami mengelap badan dan bersedia untuk balik ke bilik hotel.Selepas kami bersiap,kami makan malam di sebuah kedai makan sushi.Sushi di sana sangat sedap.Bapaku keluar dari kedai makan secara tiba-tiba.Beberapa minit yang lama,bapaku pulang,kami ternampak sebuah kotak yang mengandungi mini cupcake.Kami menikmati sushi dan juga mini cupcake dengan tenang.
     Pada keesokkan harinya,kami bersarapan di Big Bob.Bapaku order roti wafel,salad,air oren dan yang lain lagi.Selepas itu,

...................
karangan dari Aisya.

Apa ni, tulis karangan tak siap. 
Menikmati sushi dan mini cupcake dengan tenang yang tak tahan tu.. "tenang" sangattttt.. dengan Ali keluo masuk nya. Hahahhahaha.
Biar mama sambung lah ye...


Citadines Apartment Hotel - hotel baru di Cyberjaya. Style apartment, Mama booking Apartment Type - 1 bedroom Executive. Ada beberapa type lagi bleh tengok kat http://www2.citadines.com/en/malaysia/cyberjaya/dpulze.html

Harga : RM228.53 termasuk GST segala bagai tu lah. Termasuk jugak breakfast untuk 2 orang.

Interior simple dan cantik. Tapi nak cari lobbynya tricky sikit. Sebab bangunan sekali dengan shopping mall + Tune Hotel + residence. Dari luar tak nampak macam lobby hotel pun. Huhuhu. Sila follow signboard Citadines Apartment Hotel.

Bila masuk bilik, perasaan tu macam masuk rumah sendiri. Hahahaha.. Tapi rumah nih jauh lebih cantik lah kan. Ada kitchen cabinet kaler putih yang cantik dan very my taste ( peti ais, toster, microwave, pinggan, cawan, sudu, cerek ). Kat ruang tamu ada meja kerusi, sofa, tv.
Sapa yang nak stay seminggu dua memang sesuai duk sini kut.

Check plak bilik dia, ada 2 katil bujang ( mana nak tido nih, toto lupa nak bawak plak. Hahahahha ) diantara bilik tido dan bilik air ada meja & cermin besar. Seswai nak buat kerja la, kalau yg datang untuk buat kerja. Kami buat tempat make-up la kat sini. Dalam bilik pun ada tv. Budak-budak layan kartun dalam bilik. 
Bilik air takde bath tub. Ada shower je. Pengaliran airnya sangat lah lambat. So, mandi dengan air yang agak bertakung. Hmmmm..

Swimming pool! Tempat wajib pegi. Ada kat tingkat 8. Takde pool untuk budak-budak. Nampak sangat hotel nih bukan tuk family. Kihkihkih..tapi budak-budak tetap seronok. Orang pun tak dak. Dah nak selesai baru ada 2 couple datang.

Dinner kat D'Pulze Mall. Bagi pilihan kat budak-budak. Nak makan nasi Arab ke sushi. Semua pilih sushi, poyo sangat budak-budak nih. Mama dah mayoteru(confuse) dah makan apa sebab ada SABA Restaurant ( sebelah D'Pulze ) dan ada Noodle Boat. 
So makan la kat Sushi Zanmai. Thank you Papa belanje. Muah! muah!

Ini minicupcake yang super comel. Masa Papa duk melayan Ali yang keluar masuk kedai, Papa beli minicupcake yang kioks nya ada kat depan Sushi Zanmai.
Comel gila cupcakesnya, rasa tak sedap mana tapi sebab comel kan, sekali ngap je.
Website depa : http://houseofmini.com

Lepas makan, bawak budak-budak kat area mainan. Tapi pukul 9.30 malam dah tutup. Tapi bleh lagi la nak pegang-pegang. Save duit papa. Hehehe.

Esok paginya 19 April 2015, breakfast voucher hotel untuk 2 orang. Makan di Big Bob Burger. Ada beberapa set breakfast yang boleh dipilih. 2 free dan tambah lagi 2 set. 1 set RM12.00.
Tak kenyang! Huhuhuhu..
Restoran ni sebelah dengan tempat mainan. Budak-budak duk keriau nak main. Tapi tak bukak lagi.

Lepas makan, budak-budak sambung mandi kolam. Mama sambung tido. Hihihi
Check-out pukul 12. 
Lepas ni sambung lagi aktiviti kat D'Pulze.
Tungguuuuu...








2 comments:

  1. Nak bg brp markah karangan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10 markah, sebab ada 2 perenggan jer. hehhe

      Delete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers